Friday 26 December 2014

TTC 4 - Spotting selepas period dan form untuk HSG


Lamanya tak update pasal TTC saya ni kan. Nak menaip pun kekok, nak susun ayat lagilah. Saya balik kampung lama jugak cuti sekolah ni, 2 minggu. Hee. Isnin lepas, jumpa dengan Dr.Natasha sebab sebab saya nak tanya tentang saya spotting selepas period dan decide untuk HSG.

Dr. buat speculum untuk check samada ada discharge atau polips. Dr. kata ada merah-merah je. So lepas tu terus TVS. Masa TVS, Dr kata rahim saya tebal dalam 20mm macam tu. Akhir bulan ni kena buat pregnancy test dulu. Sebelum ni pernah dah rahim saya tebal 20mm. Hmm.. Haih. Jadi saya tak letak la harapan.

Jadi, Dr. dah isikan form untuk HSG. Once period, CD2 dah boleh call buat appointment untuk HSG on CD11 atau CD12. Yang penting, period. Bukan spotting.

Can't wait for HSG!!

Friday 19 December 2014

Lulur melulur.



Semalam, suami dan saya sepakat nak lulur badan masing-masing. Alah, lulur kat rumah pakai ape yang ada je. Saya lulur suami dulu, then suami lulur saya pulak. Kitorang tumpukan bahagian belakang sebab kat situ la kita jarang tonyoh.


Hujung tahun lepas, Farmasi Color Cosmetic (FCC) buat jualan gudang sempena ulang tahun diorang, banyak la saya borong. Sebab saya suka sangat CC Cream dia. Best! Bedak Silky Touch, scrub dan macam-macam lagi. :)

Berbalik pada lulur badan, saya kemain tau lulur suami lama, satu badan kot. Macam kat spa dah. HAHAHAHA. Tapi beliau, lulur belakang saya T____T Hari tu saya pegi spa buat facial je, tak sempat nak lulur sebab takde mase. Facial pun dah nak dekat 2 jam.

Apa saja untukmu duhai suami.. Hihi.


Thursday 18 December 2014

Curi masa sikit.




Sejak saya balik dari kampung Ahad lalu (suami ambil kat sana), bermula dari hari Isnin sampailah ke hari ni (Khamis), suami ajak saya keluar time dia rehat tengah hari. Kadang-kadang saya ajak dia pergi sarapan dulu. Hihi.

Sebenarnya saya ingat hari ni hari Jumaat, pelik pulak suami ajak keluar awal. Saya ingat keluar awal sebab nanti nak solat Jumaat (heh!). Rupanya suami nak survey kasut untuk kitorang. Lame dah jugak saya nak kasut sebab kitorang kadang keluar naik train, bas, jalan kaki. Seronok macam tu, tak yah hadap jem dan nak bayar parking. Yang termasuk dalam pilihan

Nike Air Max

Tapi, survey memang lebih cuma belinya tak tau la bila. Hahahaha. Salu dah macam tu. TV pun sama, survey dari tahun lepas, belinya baru 2 hari lepas. Kuikuikui.











Macam tak keje je orang yang tengah pilih baju tu. Hihi.



Monday 24 November 2014

Supplement untuk mengurangkan keguguran rambut.


Ini bukan kes nak elak keguguran rambut. tapi nak mengurangkan kadar keguguran rambut. Sebulan sebelum kahwin, tiba-tiba saya mengalami kadar keguguran rambut yang sangat serius. Tak tahulah kot masa tu stress dengan persiapan kahwin ke hape kan, ahaks! Tapi satu lagi masalah yang timbul masa tu adalah jerawat.

Kali ni kita tumpukan pada keguguran rambutlah dahulu. Beberapa hari sebelum kahwin saya buat rebonding, salah satu sebab rebonding, sebab masa tu rambut saya teruk sangat. Macam penyapu. Keras yang amat. Pulak tu saya fikir keguguran rambut ni bolehlah di atasi.

Lepas rebonding, still ada rambut yang gugur. Gugur yang mengerikan okay. Sampai tahap masa shampoo kita urut-urut kulit kepala lepas tu tengok kat tangan adalah dalam 20 helai rambut. Lepas tu urut lagi, tengok kat tangan ada lagi rambut.

Masa tu saya fikir, alamak botak la kepala aku kalau macam ni. T____T Lama jugaklah dengan masalah keguguran rambut ni. Nak masuk setahun saya kahwin, naik malu dengan suami HAHAHA, dalam bilik baju/make up kitorang tu memang akan ada rambut yang bertebaran kat lantai. Tak boleh jadi ni, saya amik keputusan untuk baiki dalaman dulu.

Saya memang ada amik supplement tapi saya sangat tak konsisten. Mula-mula je rajin lepas tu, terbiar macam tu je lah.

2 bulan ni saya makan

1) Multivitamin+Mineral Blackmores
2) Fish Oil Blackmores

Sumber : GOOGLE


Sumber : GOOGLE


Ada lagi supplement yang saya makan, cuma bagi saya penyebab rambut saya kurang sangat-sangat gugurnya adalah sebab amik dua benda kat atas tu. Yang terutama sekali, penyembuhan sudah tentu daripada Allah, cuma melalui supplement yang saya makan tu. Saya tak ingat saya baca kat mana inositol dalam multivitamin mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga boleh mencegah keguguran. Amount inositol dalam multivitamin tu tak banyak sangat, tapi bagi saya ia membantu.

Btw, sebelum tumit saya ada merekah tau, padahal sebelum kahwin tak pernah tau (malunya!!!). Tapi sekarang tidak lagi. PCOSer memang sangat memerlukan supplement untuk menampung vitamin-vitamin yang kurang dalam badan. Kena pujuk diri untuk lebih konsisten lepas ni. Hehe.

Selain daripada itu, pemakanan yang sihat jugak penting ye.

Daaaa.




Tuesday 18 November 2014

Sibuknya saya.


Sangat sibuk dengan urusan dunia. Ya Allah, haih. Dugaan sungguh. Tapi takpe, saya berusaha dan Allah bantu dalam memudahkan urusan saya. Urusan kesihatan dan Dr saya letak di belakang dulu buat masa sekarang.

Harapnya adalah peluang saya untuk buat rawatan lagi. :)

Sunday 2 November 2014

Oktober, bulan sibuk dan malas sedunia


Saya dah selamat period pada 25 Oktober yang lepas. Patutnya saya kena jumpa Dr pada CD2 tapi bulan ni banyak sangat kerja dan hal yang perlu diselesaikan so bertangguh. Dah siap email Dr nak jumpa CD5 pun tak dapat jugak sebab ada hal. Haih. Nampaknya kena tunggu next cycle untuk teruskan rawatan. Sepatutnya saya dah selamat buat HSG bulan ni. Bertangguh dulu la nampaknya.

Selain tu, saya ada rasa nak give up dengan usaha saya yang sebenarnya sangat tak seberapa ni. Walaupun guna GL, saya memang kena sediakan duit untuk rawatan yang tak di cover. Maybe sebab tu saya rasa tak boleh nak jumpa Dr lagi baru ni. Bulan Oktober banyak guna duit sikit. Bercampur baur semuanya.

Tapi, saya masih teruskan dengan supplement. Rasa nak muntah pun ada sebab banyak sangat yang saya makan. Antaranya:
  1. Folic Acid
  2. Mulitivitamin Blackmores
  3. Fish Oil
  4. Vit C
  5. Pati delima Gulsan
  6. Habbatus Sauda
  7. Susu kambing
Tapi bukanlah sumbat sekali gus semuanya, ada lah timing yang saya tetapkan. Kurma masih tak beli lagi. Tak berkesempatan lagi sebab nak beli yang sedap. Yang kecik-kecik. Kurma Nabi kot?? Tak ingat dah. Saya nak pupuk balik semangat saya nih!! Caiyok!

Bulan Oktober jugak saya boleh kategorikan sebagai bulan saya malas sangat-sangat. Tak tahulah kenape. Malas masak yang specific nya. Bolehlah dibilang dengan jari berape kali je saya masak untuk bulan Oktober tu. Haih. Tapi beruntungnya saya sebab suami tak kisah. :') Bulan ni tak nak dah malas-malas.

Kuat semangat!!

Wednesday 22 October 2014

OPK positif selepas waktu subur

*Entry ditaip pada 16 Oktober. Tak sempat nak taip habis, suami balik kerja dia baca HAHAHAHA. Terus saya tutup. *

Kesnya saya berkursus di Melaka dari 14-16 Oktober 2014. Tetibe lak kes. Hahaha. Okay, hari kedua kursus bersamaan dengan CD33, saya perasan ada EWCM. Pelik, takkan sekarang baru O. Saya memang tak test langsung OPK untuk cycle ni sebab hari tu masa scan telur, dah pecah kan (refer post sebelum ni). So, saya set la nak start ber OPK untuk next cycle.

Balik dari kursus semalam, yakni CD34 dan saya perasan masih ada lagi ewcm. So, saya test la OPK. Hasilnya positive. Dua line yang terang. Fuiyooo. Pelik pulak saya, takkan O dua kali cycle ni. Bila saya Google, yang saya jumpa yang ni.

It is normal to observe egg white CM twice in a menstrual cycle. The typical stretchy and fertile CM (spinnbarkeit) develops under the influence of estrogen hormones. Estrogen rises normally twice during the menstrual cycle: Just before ovulation and again about 7-10 days later.

Dan ini.

Double ovulation is possible and probably happens more often than in 1 of 100 cycles. About 1 in 80 pregnancies with spontaneous ovulation are twins, and about 2 in 3 of these twins are from double ovulation. However, double ovulation cannot usually be diagnosed by checking CM. 

Takpelah, ada rezeki ada. Kalau takde, usaha lagi. Yeay!

*update : 
Ada yang cakap, pcoser memang berkemungkinan untuk dapat dua kali +ve opk  dalam satu cycle. Hormon bercelaru, cenggitu le gamaknya.


Saturday 4 October 2014

Salam Aidiladha




Tahun lepas, kali pertama ber'Aidiladha sebagai suami isteri sebab kitorang kahwin masa Aidilfitri. Hehehe. Tahun ni, ber'Aidilfitri di kampung saya tapi ber'Aidiladha di Kuala Lumpur saje. Rindu sangat kat family saya kat kampung nun.

Hmmm..





Thursday 2 October 2014

Kecewa


Ada beberapa perkara dalam hidup saya buat masa sekarang yang mengecewakan saya. Tidak termasuk rawatan yang sedang saya jalani. Saya gembira dan tenang dengan semua tu. Perkara ni sukar untuk saya luahkan kat sini. Biarlah saya simpan dalam hati saya ni saje. Saya harap saya tabah menghadapinya. Sekuat mana saya, ada masa saya menangis memikirkannya.

Wednesday 1 October 2014

TTC 3 - Scan saiz telur and spotting punya hal


29 September saya jumpa Dr di Pusrawi, dah start guna GL saya. Masa datang, Dr review balik file saya dengan doc sebelum ni dan review hal-hal yang saya pernah buat sebelum ni. Kemudian, Dr nak check semula saiz telur.

Khamis lepas, saiz telur saya 13mm, hari ni selepas 4 hari dia dah start kempis. Dr ada cakap, maybe dia pecah hari Sabtu atau Ahad. Dr ada pesan supaya saya dan suami kerap BD.

Selain daripada tu, saya ada bagitahu Dr yang spotting saya ada since minggu lepas. Tapi tak banyak pun. Dr guna speculum untuk tengok kot kot ada discharge ke ape. Tak de ape pun. Pelik-pelik. Dr guna swab ambil sample dan bagi kat nurse untuk hantar lab kot ada infection.

So, pesanan Dr keraplah BD sebab period saya irregular, amalkan gaya hidup sihat, kurangkan berat badan. Heee. Next appointment, jumpa hari kedua period, hari tu lupa nak cakap kat Dr pasal vitamin untuk suami saya. Nanti nak cakap.

Lepas ni jugak, Dr akan buat HSG. Huuu. Untuk check tube sama ada tersumbat atau tak. Rawatan kesuburan sepenuhnya akan bermula November. Semoga Allah permudahkan. Aminnn~~

Itu saja untuk sekarang.

TVS, Consultation= RM 0.



Friday 26 September 2014

TTC 2 - Appointment kedua dengan Dr.N


Semalam, appointment kedua. Sepatutnya saya kena puasa, sebab nak buat Fasting Insulin (Fasting Blood Sugar). Tapi, otak ni asyik lupa je. Saya dah hadap telur masak separuh dua biji kuikuikui. Jadi untuk Fasting Insulin tu buat hari ni. Dah setel dah tadi. Datang, amik darah dan siap. Tujuan dia untuk tahu kadar gula dalam darah. Kalau tinggi, doc akan bagi ubat untuk turunkan kadar gula dalam darah tu. Macam kencing manis pulak. Huhu.

Cerita pasal semalam, saya bawak la sample semen suami saya dan hantar ke lab. Suami tak dapat nak teman sebab dia ada PDK. Duduk kejap, nurse panggil masuk bilik doc. Dalam bilik, saya cerita pada doc yang 3 hari lepas saya ada spotting coklat dan merah balik. Hari tu dah berhenti pada hari ke 9, tak sangka pulak hari ke 12 dia datang balik. Why??????????????

So, buat TVS balik semalam untuk tahu saiz telur. Semalam CD13, saiz telur saya 13mm. Isnin ni doc nak tengok balik saiz telur. Harap sangatlah telur tu membesar. Btw, saya ada dengar doc kata ovari sebelah kiri saya kosong. Tak faham pulak. Kenape kosong? Bukan ke ada telur kecil-kecil sebelah kiri. Dan telur yang membesar tu sebelah kanan. Isnin ni nak tanya doc dengan lebih lanjut.

Doc ada jugak explain pasal result darah saya hari tu, alhamdulillah doc kata semuanya okay dan normal.


Dan keputusan semen suami saya pun alhamdulillah, semuanya normal. Doc ada suggest suami untuk makan supplement. Sekarang saya kena tumpu perhatian untuk regulate balik period saya. Herrrr. Period oh period.

Saya jugak dah start bersenam 30minit setiap hari. Hahahaha, tak setiap hari jugak. Ada jugak cilok dua hari. Sabo ajelah. Cuma bab makan tu susah sikit nak kawal. Haih. Macam mana nak kuatkan semangat ni.

Okay dah.

Consultation, Fasting Insulin and TVS = RM330.

Isnin ni, sambung rawatan di Pusrawi. Tapi doc dah cakap, akan ulang alik. Kadang Pusrawi kadang KL Fertility, sebab kadang guna lab kat KL Fertility. :)


Sunday 21 September 2014

Memancing hobi suamiku.

Sejak kahwin tahun lepas, suami ada hobi baru. Tapi kata beliau, dah lama beliau minat memancing cuma tak de geng. Selain dari jadi mat bundle tegar, ni lah hobi beliau seterusnya. Khamis lepas, sebab saya cuti sekolah dan suami pulak cuti hari Jumaat tu, diajaknya saya pegi memancing.

Memancing kat mana?


Kolam Pancing New Vision Sementa. Suami kata, beliau pernah pegi dengan kawan-kawan beliau. Ahak tapi beliau tak tahu jalan, jadi kami Waze aje lah. Dari rumah, Waze bajet dalam sejam ++. Yang tak menahan, mula-mula dibawaknya kitorang sampai ke jalan kilang apekebende entah. Tak baik tau orang yang check in kat sini. Aniaya orang macam kami HAHAHAHAHA. Saya search kali kedua, barulah jumpa tempat yang betul. Mujur la bezanya dalam 4 km je. Kitorang sampai sana dalam pkul 10 macam tu. Suami dah bajet nak pancing sampai ke pagi. Tak tido la saya malam tu.

Sampai sana, makan dulu. Makan kat kedai makan yang ada kat situ je. Sedap dan banyak lak tu. Tak habis, siap tapau untuk makan kemudian. Hehehehe. Dalam 2 jam suami mula memancing,masih takde hasil. Dalam pukul 2 pagi, tetibe joran beliau kasi hint. Dapat la ikan Kaci.

Hahaha. Suke sangat ye bile dapat ikan. Dipendekkan cerita, seronok la jugak teman suami pergi memancing tu. Tapi, dalam pukul 4 saya mintak ngan suami nak tido dalam kete. Kate pukul 5.30 nak bangun teman beliau balik., tapi nanhadoooo. Pukul 6.30 baru kalut bangun. Dah subuh kooootttt.. Lewat dah.

Hari ni pulak, suami ke laut dengan kawan-kawan beliau. Bizi sangat ke sampai tak sempat-sempat aih nak sms saya. Amboi, siap dia. Hehehehe.
 Semoga selamat pergi dan selamat balik hubby baby. Love you. :)


Friday 19 September 2014

(8) : Refer ke Dr.N


Tadi jumpa gynae, dia cakap memang result ujian darah 0. Memang confirm tak pregnant. So, bila scan, dah takde sangat darah so doc tanya

"Awak dah berapa lama kahwin?"

"Setahun sebulan doc"

"Means U ada fertility problem, so saya refer kepada Dr.Natasha boleh?"

"Okay.."

So, keluar dari bilik doc, set GL semua. PA Dr.Natasha cakap kalau rawatan kesuburan memang ke sana ke mari. Kadang ke KL Fertility, kadang kat Pusrawi. So, saya hold dulu GL saya tu. Tamat dah la appointment saya dengan gynae saya sekarang ni setelah hampir 6 bulan tak tahu apa punca.

Tadi bila doc scan rahim dan doc ke tepi sikit dan nampak ovari saya. Saya nampak ada biji-biji telur belah kiri saya tu. Ya Allah, entah kenapa saya sedih sangat. Rasa macam diri tak sempurna. Macam mana lah saya nak buang rasa sedih dan terkilan ni.

Lepas tahu hari tu, sampai sekarang saya berfikir mampukah saya hamil satu hari nanti. Permudahkanlah Ya Allah. Mula-mula, saya kena berusaha kuat untuk turunkan berat badan saya.

Caiyok!!



Wednesday 17 September 2014

PCOS- Permudahkanlah jalanku, Ya Allah..


Cuti sekolah ni saya habiskan masa di rumah. Pagi ni bangun dengan bersemangat dan terus bersiap nak pegi HQ. Lepas pergi HQ, saya ke Klinik Pusrawi kat Jalan Ipoh dan tanya tentang Basic Fertility Assessment dengan doc mane. Sekali nurse cakap dengan Dr. Natasha, bila saya tanya macam mana prosedure dia sebab saya guna GL. Dia kata, selalunya mana-mana rawatan kesuburan tak cover. Tapi dia suggest suruh saya tanya di Pusrawi terus. Eh, sebelum ni saya tak pernah bagitahu saya jumpa pakar di Pusrawi kan? Ihiks!

So, tadi jugak saya pergi Pusrawi, mula-mula pergi bahagian GL. Dia suruh tanya terus kat bahagian O & G. Bila kat sana, nurse kat situ suruh tanyakan pada PA Dr. Natasha sendiri. Lama jugak tunggu dia keluar dari bilik 1 tu. Bila keluar, saya tegur dia dan tanya tentang;

  1. Procedure nak tukar doc - Boleh, tunggu GL saya ni tamat, pergi balik klinik mintak permohonan GL, terus cakap untuk PCOS. Nanti dah mohon boleh request dengan Dr. Natasha.
  2. Boleh cover atau tak - PA dia cakap, sama je dengan mana-mana company, selalunya kalau masuk bahagian kesuburan tak cover. Ada certain ubat kena bayar, contoh ubat hormon, suntikan nak pecahkan telur dan lain-lain. Tapi, untuk consultation boleh guna GL.
  3. Doc sekarang gynae bukan untuk bahagian kesuburan. Bukan salah dia jugaklah tak tahu punca period saya tak teratur ni kan.
Tadi, bila sembang dengan PA dia seronok dan tenang je rasa bila diterangkan satu persatu. Yang tak tanya pun dia terangkan. Alhamdulillah. At least saya tahu cara dia macam mana. Saya kalau dan bersungguh macam ni la. Ce dia mai malas, suruh la tera mana pun, tak buat jugak hihi.

Okay, setel satu bab. Lepas ni kena masuk bab apa yang boleh makan dan apa yang perlu dielakkan. Masa mengurut hari tu, akak tu cakap rahim saya berat ke sebelah kiri. Berat sebab telur tak matang banyak sangat la kot T____T. Ingat nak mengurut lagi lepas ni..


Monday 15 September 2014

TTC 1 - Kempen Kesedaran Fertiliti Bulan Ogos 2014.

Bulan lepas, saya terbuka blog Dr. Natasha, dan ternampak entri tentang Kempen Kesedaran Fertiliti Bulan Ogos 2014. Saya pun isi semua form dan buat call klinik untuk set appointment. Bukan saya nak ragu dengan rawatan yang saya dapatkan sekarang, saya nak kepastian yang sebetulnya, kenapa period saya sentiasa tak okay. Doc pula sentiasa positif dan kalau saya tak period, doc syak saya pregnant walhal saya tahu saya tak. Takkan pulak saya nak cadangkan kat doc yang saya nak TVS.

Dah, dah saya tetap akan sambung rawatan susulan yang sekarang. Tadi, saya dah selamat buat treatment pertama di KL Fertility & Gynaecology Centre. Masa Dr.Natasha buat TVS, dan hasilnya nampak lebih kurang macam ni, tapi saya punya tak rapat-rapat macam ni..

 
Gambar dari blog Dr.Natasha

Sebelah kanan tak banyak, dalam 4 biji, yang sebelah kiri banyak, bulat-bulat, jarang-jarang tapi ada dalam 11 biji. Masa tu saya macam nak menangis. Sebelum ni saya ada fikir yang saya ni PCOS, tapi tak official. Bila Dr bagitahu tadi, saya mungkin PCOS, saya rasa macam tak berpijak pada bumi yang nyata. Rasa macam "tak mungkin..".

Paling ketara sebab berat saya naik mendadak lepas kahwin yang menjejaskan hormon saya. Macam bulu macam lelaki tu takde sangat, just ada kumis je sikit.

1. Apakah penyakit polycystic ovarian syndrome (PCOS)?
PCOS juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal syndrome’. Dianggarkan bahawa 5-10 peratus wanita yang berada di dalam umur reproduktif mengalami masalah ini. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol. Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini adalah kait-paut dengan genetik.

2. Apakah gejala-gejala penyakit PCOS?
• Kitaran haid yang tidak teratur. Apabila haid datang kerapkali ianya berpanjangan dan banyak
• Kegemukan atau obesiti
• Kencing manis
• Kolesterol Tinggi
• Kemandulan
• Ketumbuhan bulu-bulu yang berlebihan seperti lelaki i.e misai, janggut dan di bahagian dada

3. Bagaimanakah diagnosis PCOS dibuat?
Doktor anda akan mengesahkan pesakit itu menghidapi PCOS sekiranya 2 daripada 3 kriteria tersebut di bawah dipenuhi:
• Kitaran haid yang tidak teratur
• Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang
• Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’

4. Apakah itu ‘polycystic ovary’?
Ini adalah apabila scan pelvis menunjukkan kilang ovari mempunyai cyst kecil-kecil selalunya sebanyak 12 atau lebih. Setiap satu cyst itu bersaiz anggaran 2-8mm di bahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil ‘string of pearls’.  Cyst kecil ini TIDAK akan membesar hingga boleh menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan. Sebanyak 20% kalangan wanita yang normal apabila diimbas pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’. Hanya sebanyak 6-7% wanita yang ada ‘polycystic ovary’ menghidapi penyakit PCOS.

Gambar ultrasound ovari menunjukkan 'polycystic ovary'
Add captionGambar ultrasound ovari menunjukkan ‘polycystic ovary’


5. Kenapakah pesakit PCOS sukar hamil?
Ini disebabkan masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. Tiap-tiap bulan, folikel kecil akan berkembang dan matang di dalam kilang telur, ovulasi akan berlaku apabila folikel itu matang dan dilepaskan ke dalam saluran peranakan. Akan tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan, i.e hormon lelaki dan insulin yang berlebihan, ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan dan kematangan telur. Ovulasi tidak akan berlaku dan kitaran haid terganggu. Oleh itu, pesakit akan lebih sukar untuk hamil.

6. Apakah risiko-risiko kesan masa panjang pesakit PCOS?
• 10-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis. Terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.
• Masalah kolesterol tinggi
• Masalah darah tinggi
• Masalah sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi
• Kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid.
• Masalah tidur
• Penyakit murung

7. Apakah rawatan untuk pesakit PCOS?

• Turunkan berat badan bagi pesakit yang gemuk. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan baik seperti haid menjadi teratur semula.
• Pill perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid yang teratur
• Ubat kencing manis i.e metformin terutamanya pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, menghidapi kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi.
• Ubat fertiliti untuk merangsang ovulasi contohnya ‘clomiphene’ atau ‘Gonadotrophin’.
Pembedahan ‘ovarian-drilling’. Ini bukanlah ‘first line’ treatment. Kebiasaannya, ini adalah untuk pesakit yang ‘resistant’ kepada ubat rangsangan ovulasi.



25 hb nanti appointment seterusnya untuk tengok keadaan telur tu, masa tu kena bawak semen suami, diorang dah bekalkan botol untuk letak.

Untuk hari ni. bayar untuk TVS sahaja . RM 100.


Uwaaaaa sedihnya. Sedihnya. Nak cuba kurangkan makan benda bergula. Nak betulkan period dulu. Saya nak sedih hari ni je, esok saya nak buka buku baru.


Tuesday 9 September 2014

(7) : Blood test


Saya dah habis makan Duphaston beberapa hari yang lalu dan hari ni appointment dengan doc. Masih belum period. Mungkin beberapa hari lagi. Doc scan, 3 minggu lepas rahim menebal 1.5cm, kali ni dah 2cm. Sebab saya buat pregnancy test sebelum makan Duphaston tu -ve, doc suruh buat blood test untuk confirmkan yang saya betul-betul tak pregnant.

"kita buat blood test dulu, kalau lepas ni period takpe biar dia datang. kita takut ni awal pregnancy kalau kita buat ape-ape"

Maybe kalau period tak datang jugak, doc akan bagi ubat turunkan darah. Kali ni just dapat folic acid. Doc pesan, tenangkan diri dan jangan risau. Hmmm. Hehehehe, saya memang selalu risau. Sedih dan sebak tengok ramai kawan-kawan dah pregnant, kahwin lewat daripada saya siap dah bersalin dah. Tapi, mama cakap Inshaallah ade rezeki anak untuk saya. Allah nak bagi saya lambat dari orang lain.

:)

Monday 1 September 2014

CD62

Sabo je la hakuuuuuu. Masih tak period, dah buat dah pregnancy test siap guna Clear Blue digital lagi. Not Pregnant dia habaq. So, saya makan je la Duphaston tu. Cik period, kenapa awak sangat degil ni... Hmmmmm....Hmmmmm...

Sunday 31 August 2014

Kelebihan berurut / mengurut

Assalamualaikum.

Hihi, ye ye je kelebihan berurut. Eh ke orang sebut mengurut? Dua hari lepas, saya pegi berurut. Kebetulan terjumpa akak ni masa dalam lif, rupanya dia selalu mengurut orang dan kebetulan jugak dia satu aras dengan saya.

Sebelum saya berurut, saya ada bersembang dengan kawan saya kat tempat kerja. Saya cerita la yang saya nak berurut. Dia kata ada sorang kakak kt spa cakap, tak elok wanita yang belum melahirkan berurut, tambah-tambah kat bahagian perut, nanti rahim / peranakan rosak. Wallahua'lam.

Tapi, yang saya tahu kelebihan berurut ni banyak. Yang saya Google la dan ringkaskan. KIHKIHKIH.

1) Meredakan tekanan
2) Membuatkan badan terasa segar dan 'ringan'
3) Melancarkan pengaliran darah
4) Mengurangkan angin di dalam badan
5) Untuk yang lemah syahwat (upss!)
6) Memulihkan kesuburan wanita yang sukar hamil
7) Kandungan yang lemah dan bermasalah rahimnya

Ada lagi kot kelebihannya, tapi ni je le yang saya tahu. Pengalaman saya berurut pulak, memang best. Mula-mula urut bahagian belakang badan. Dalam sejam macam tu la. Akak tu kata, saya ni banyak angin kat belakang tengkuk. Lepas tu urut bahagian kaki, kemudian perut.

Bila akak tu urut dan pegang bahagian perut, dia kata saya punya rahim jatuh dan senget ke kiri. Akak tu buat "sengkak". Tekan bahagian bawah perut dan tolak naik ke atas. Jumaat depan, dia suruh saya datang untuk berurut lagi.

Lepas berurut, saya rasa letih dalam masa sama rasa macam ringan je badan. Sakit badan sehari selepas berurut tu biasa. Saya takde pengalaman urut satu badan sebelum ni, harapnya betullah teknik yang akak tu guna. Tawakkal. Dia kata pengalaman dia 13 tahun mengurut orang dan masa  kat Indon, dia bidan orang bersalin cuma di Malaysia ni, dia urut biasa dan urut ibu mengandung

Itu je untuk sekarang. Daaaa.



Tuesday 26 August 2014

Keep calm and say Alhamdulillah. :)


:) 

 




Cabutan Bertuuuuuah.

Cerita random hidup saya semalam.

  1. Semalam ada jamuan raya, buat kat Restoran Haslam, Jalan Pahang.
  2. Dapatlah nombor untuk cabutan bertuah.
  3. Tapi memang dah agak tak dapat sebab seumur hidup tak pernah dapat mana-mana cabutan bertuah even cabutan tu hanya untuk sebatang pen. *sadis*
  4. Sebab dah yakin tak dapat, pegi tandas sebab nak baiki tudung.
  5. Terdengar sayup orang sebut nombor. Macam nombor aku. Eh tak kot.
  6. Dengar lagi cakap, mane wakil mane wakil.
  7. Keluar tandas, tengok ada hamper atas meja.

Kali pertama dalam hidup yang sangat bermakna. Hahahahaha.

Sunday 24 August 2014

Sesi mengomel di waktu bosan.

[sumber : peribadi]

Dua minggu lepas, baru balik dari kampung sempena cuti Hari Raya, minggu lepas pegi jalan-jalan kat Port Dickson so minggu ni kami nak habiskan masa di rumah je. Kebetulan suami pulak tak berapa sihat, demam tak kebah-kebah.

Hari ni pulak, hujan memanjang. Jadi seronoklah duduk dalam rumah, tengok tv dan makan tak berenti. Tadi tengok ada orang update kat area Leisure Mall banjir kilat. Ishhhh, duk KL ni kalau hujan lebat tak boleh nak suka sangat, mesti ada je tempat yang naik air. Harapnya jalan nak pegi keje esok takdelah banjir.

Hmmm.

(6) : Duphaston.

Okay, ini entry bertangguh yang terbaru. Lepas ni, jumpa dokor boleh terus taip entry fresh. Jumpa doktor hari Selasa (19.08.2014). Masa tu CD49, still tak period. So, memang tak makanlah lagi Tranexamic Acid yang doktor bagi bulan lepas. Ayat first doktor cakap bila saya cakap tak period lagi:

"Aii, pregnant kot?" Sambil senyum.

"Saya dah buat pregnancy test doktor. -ve je"

"Bila buat tu?"

"Dalam 3 hari lepas"

"Okay, takpe. Kita scan dulu"

Bila scan doktor kate "Eh tebal, hari tu dah tebal kan?"

Saya iyekan saje. Doktor cakap, nak tunggu dalam 3 minggu lagi. So lepas ni setiap minggu saya kena buat pregnancy test untuk pastikan yang saya betul-betul tak hamil. Masuk minggu last sebelum jumpa doktor 9 September nanti, makan Duphaston yang doktor bagi ni. Sebenarnya saya sendiri pun boleh rasa yang saya ni tak pregnant untuk cycle ni.

Saya tak sabar nak period kalau ikut hati ni sebab nak makan ubat tu dan betulkan period saya dulu. Cuma, sampai ke hari ni CD54, saya masih belum period.

Lepas jumpa doktor hari tu saya tak buat pregnancy test lagi sebab nak tunggu minggu depan. Tapi, semalam macam terkejut tergempar sikit. Petang semalam ada brown spotting. Secalit macam tu je. Saya rasa macam period, sebab sebelum ni memang brown macm tu.

Tengok hari ni dah takde. Takpe, tunggu dulu dua tiga hari lagi macam mana.

Untuk masa sekarang, saya amalkan minum pati delima Gulsan. Sedap pulak rasa dia. Kulit rasa lembut dan sihat je.

Nanti ada masa saya taip lagi, nak pegi dapur kacau suami masak. Hehehehe. Kalau suami masak, dia tak bagi saya duk terintai-intai tengok dia.

:)

Friday 22 August 2014

(5) : Dysfunctional uterine bleeding (DUB) & Tranexamic Acid

Just nak pendekkan cerita sebab ada kebanyakan jumpa doc just simple consult dan selalunya doc guna perkataan "tunggu". Perjumpaan dengan doc pada 22 Julai. Masa tu saya dah habis period, tapi even delay sebulan, heavy bleeding selama 4 hari sahaja dan spotting 5 hari. Memang memenatkan sebab dah la sekolah. Keadaan yang sama berulang kembali.

Pada masa tu lah saya nampak doc tulis pada borang tu DUB. Tak tahu apa DUB, just dah set balik mesti Google.

So, pada masa tu saya dapat Tranexamic Acid. Doc suruh makan pada hari saya period dan bleeding. Balik rumah, saya Google apa fungsi Tranexamic Acid dan apa sebenarnya DUB. Masa dapat tahu, saya sangat down. DUB, pada pandangan saya yang kurang arif ni dia ada sedikit persamaan dengan PCOS. DUB lebih kurang pendarahan berlebihan.

Dysfunctional uterine bleeding (DUB)

Dysfunctional uterine bleeding (DUB) is abnormal bleeding from the vagina that is due to changes in hormone levels.

Causes

  1. Every woman's menstrual cycle, or period, is different. On average, a woman's period occurs every 28 days. Most women have cycles between 24 and 34 days apart. It usually lasts 4 - 7 days.
  2. Young girls may get their periods anywhere from 21 to 45 days or more apart. Women in their 40s will often notice their period occurring less often.
  3. About every month, the levels of female hormones in a woman's body rise and fall. Estrogen and progesterone are two very important hormones. These hormones play an important role in ovulation, the time when the ovaries release an egg.
  4. Dysfunctional uterine bleeding (DUB) most commonly occurs when the ovaries do not release an egg. Changes in hormone levels cause your period to be later or earlier and sometimes heavier than normal.

Symptoms

Symptoms of dysfunctional uterine bleeding may include:
  • Bleeding or spotting from the vagina between periods
  • Periods that occur less than 28 days apart (more common) or more than 35 days apart
  • Time between periods changes each month
  • Heavier bleeding (such as passing large clots, needing to change protection during the night, soaking through a sanitary pad or tampon every hour for 2 - 3 hours in a row)
  • Bleeding lasts for more days than normal or for more than 7 days

Other symptoms caused by changes in hormone levels may include:

  • Excessive growth of body hair in a male pattern (hirsutism)
  • Hot flashes
  • Mood swings
  • Tenderness and dryness of the vagina
A woman may feel tired or have fatigue if she is loses too much blood over time. This is a symptom of anemia.

Haih. Dan fungsi Tranexamic Acid pulak,

Tranexamic Acid is given to stop or reduce heavy bleeding. When you bleed, your body forms clots to stop the bleeding. In some people these break down causing too much bleeding. Tranexamic Acid works by stopping the clots from breaking down and so reduces the unwanted bleeding.

It is used to control bleeding in a number of different conditions. It reduces unwanted or heavy bleeding following some surgery (such as surgery on the prostate, bladder, or cervix), nosebleeds, heavy periods (menorrhagia), bleeding inside the eye, tooth extraction in people who bleed more easily than normal, and in a condition called hereditary angio-oedema.

Senang cerita, Tranexamic Acid ni berfungsi untuk mengelakkan pendarahan berlebihan. Dia akan kontrol pengeluaran darah kita.


Down, memang sangat down. Nanti cerita lagi.




Sunday 17 August 2014

(4) : Period

Temujanji seterusnya, saya period. Akhirnya, tapi keluar sikit-sikit macam tu aje lah. Jumpa sekejap je. Pada bulan 5, period saya mula bermasalah teruk. Sehari kena 7 kali tukar pad. Letih sangat saya masa tu. Dah lah hari sekolah. Nak mengajar pun tak selesa.

Doktor pulak batalkan temujanji saya pada masa tu sebab dia ada kes, minggu seterusnya pun batal sebab dia cuti. Haih. Pada masa tu, kira sebulan saya tak jumpa doktor. Last-last saya pegi jugak bahagian emergency dan doktor kat situ bagi saya tarikh untuk jumpa gynae. Sebab teruk sangat. Dua hari lepas tu saya jumpa, period saya dah beransur kurang. Tapi bila scan, masih lagi tebal. Don't know why. Pada masa tu lah, doktor guna kaedah "pipelle" macam sedut darah yang still ada. Senak dia bukan main. Huuu.

Sampel darah tu doktor akan hantar ke lab untuk ujian. Nak tahu sama ada merbahaya or tak. Keputusan dia dalam dua minggu kemudian.

(3) : Keputusan ujian darah.

Temujanji seterusnya 2 minggu kemudian. Menunggu keputusan ujian darah. Ternyata saya tak pregnant. Keputusan pap smear pun okay. Takde apa-apa masalah. Bila scan masih lagi tebal dalam rahim saya. Hmm. Jadi, doktor bagi masa seminggu lagi untuk datang jumpa dia.

Monday 11 August 2014

Happy Anniversary, syg!


11th of August 2014

Loving me in a very special way, supporting me all the way, you will always be my Prince Charming.
And I wish to have a happy ending beside you, inside your arms, feel the affection and warmth.

Let’s stay this way forever.
Happy Anniversary, syg!

Wednesday 23 July 2014

Genap 8 tahun.

Terima kasih suami atas segala pengorbanan selama 8 tahun berkenalan. 20 Julai birthday Bubub tapi aye tak kasi pun lagi hadiah. I love you so much, Bubub!

Tak terasa 8 tahun kenal Bubub. Rasa macam baru seminggu. ❤️

Tak sempat.

Semalam appointment dengan pakar lagi. Yang sebelum ni tak sempat lagi nak sambung cerita. Nantilah bila ada masa. Cuma satu je, doktor bagus. Dia tak bagitahu something yang buat kita gelabah. Balik, saya Google apa yang doktor cakap and fungsi ubat yang doktor bagi.

Ya Allah, permudahkanlah. Hmm.

Saturday 19 July 2014

Selamat berpuasa.

Assalamualaikum w.b.t

Aiyoooook dah masuk 10 Ramadhan yang terakhir baru saya nak ucap selamat berpuasa. Huhu. Kali pertama berpuasa bersama suami adalah satu pengalaman yang "menakjubkan". Bangun 4.30 itu biasa, lepas sahur terus bersiap untuk ke sekolah itu pun biasa dah bagi saya selama hampir sebulan ni.

Alhamdulillah suami sangat memberi kerjasama pada saya. Beliau ringan tulang membantu saya masak. Ada satu ketika siap tak bagi saya masak pada hari tu sebab dia nak sediakan semua. Hihi.

❤️ you suami. Nanti ada masa saya attach gambar. Itu pun kalau ada masa. Hari ni berbuka di luar. 


Sunday 13 July 2014

Review : London Weight Management

Kali ni saya nak buat review tentang promosi yang saya pegi kat London Weight Management (LWM) ni. Saya memang suka pamper diri saya, ahaks! Selalu kalau ada masa saya akan pegi spa. Tu pun satu spa je saya pegi kat kampung nu ha. Dengan dia je kulit saya serasi. Alkisah Jumaat lepas, saya gatai tangan pegi isi offer yang diorang promote kat FB.



It's RED & it's HOT! Our best seller, Body Trim Fluid is back!


Redeem now at only RM28, inclusive of 1 Body Trim Fluid & 1 Fat Burning Slimming Session.



Body Trim Fluid (150ml worth RM360)

✔ Burns fat continuously for 12 hours

✔ Gets rid of ugly stretch marks & cellulite

✔ Firms, shapes & tones your thighs, hips & tummy

✔ Reduces water retention problem
✔ Smooths & softens skin
✔ Halal & safe

Don't wait! Click here http://bit.ly/1ifsxsj to redeem now!

*Promotion for new female customers aged 22 years & above with weight problems.
*Redemption at any 17 London Weight Management outlets in Peninsular Malaysia.
*While stocks last.
*T&C apply.



Kesnya bukan ape, saya saje nak mencuba sebab LWM ni dekat je ngan rumah saya. So, dalam hari Isnin dia call saya cakap pasal appointment yang dah saya pilih dalam website dia tu. Saya set kan hari ni pukul 11. So, pegi la saya dengan keizinan suami saya tu.

Sampai sana bagi I/C dan tunggu dalam consultation room dia tu. Dalam bilik tu, consultant saya Eva. Lepas timbang berat, kitorang bersembang pasal berat saya. Saya kena kurangkan 10 kg untuk sesuaikan dengan tinggi saya. Fuiyoooooo!

Eva explain pasal treatment yang saya kena buat. Dengan lipo la, krim bagai.  Masa dia explain tu saya ingatkan itu la yang saya dapat untuk hari ni. Ghopenye, idok le. Benda tu dapat kalau saya amik pakej untuk kurang 10 kg saya ni haa. 

Masa sesi consultation tu saya tanya siap-siap harga. Macam biasalah dia punya ayat mesti UP nak suruh kita amik pakej dengan dia. Saya memanglah berminat tapi $$ enggak ada. Eva asyik promote yang riban-riban, saya pun tanyalah yang minimum RM500 tu. Saya ada la survey sebelum saya ke sana.

Items dalam bilik consultation

Dia pun duk puji la nampak saya berminat. Saya cakap saya saje tanya, saya berminat tapi sekarang nak raya so saya banyak nak guna duit. Eva tetaplah pujuk saya amik pakej tu. Saya just cakap, nantilah lepas treatment baru saya decide. Dia tanya saya ada credit card tak, saya kata takde.

Dia pun tawarkan dalam rawatan nanti dia nak bagi saya ampoules dengan ape tah berharga RM190. Pening saya dengar explaination dia. Menyesal datang pun ada. HAHAHAHA.

Then lepas gagal pujuk saya, dia ajak salin baju. Rupanya macam biase je rawatan dia. Macam promosi sebelum-sebelum ni. Aroma Bath, Hot Blanket dan Infra red machine kot?

1. Aroma Bath / Steam Bath

Duduk dalam bilik Aroma Bath tu. Macam sauna la gaya dia. Dalam bilik. Berpeluh-peluh saya dalam tu. Sebab dah lama tak buat sauna, suka pulak saya. Duduk dalam tu dalam 15 minit.

2. Hot Blanket

Lepas steam tu, saya disuruh baring atas katil yang dah dilapik dengan plastik. Pastu saya discrub dan dibalut dengan plastik dan diletakkan tuala dan dibungkus dengan hot blanket dia tu. Eh banyak pulak DAN. Panas yang selesa bagi saya dalam tu.

Dah siap dalam 15 minit tu, pegi la mandi. Kemain saya mandi, macam kat rumah.

3. Infrared Machine

Berbaring dan di atas katil macam kat bawah ni. Diletakkan alat kat badan dan perut.



Haa, yang bulat-bulat macam dalam gambar tu diletakkan atas perut saya. Dia punya shock macam perut kena tarik. Dan ada yang bulat-bulat nipis, di letakkan pada lengan dan peha saya. Walaupun perut macam kena tarik setiap 15 saat, elok je saya tertidur. Sampai Eva tu kejutkan saya. T_________T


Itu saje lah. Masa dah siap semua, sempat lagi dia offer suruh bayar deposit untuk RM500 tu, saya refuse dan tak nak. Rasa macam dah tak dapat pujuk saya, Eva bagi 5 kad untuk new customer. Bolehlah bagi pada kawan yang nak rasa treatment free. Sape yang nak bolehlah bagitahu saya. Pesanan saya, kalau ada duit lebih, bolehlah amik pakej. Tapi satu yang saya confuse, ada kena tanda tangan tau last tu. Tapi dia tutup description dia. Ada 4 boxes, 1 box je yang saya nampak harga RM28 tu. Risau jugak, tapi sebab saya takde bagi debit card, atau duit lebih untuk deposit, saya buat tak tahu je la. Harapnya takde la unsur-unsur nak tipu saya. Kalau ada siap dia.

Bagi saya okay lah jugak, takde la kena paksa tahap maximum. Maybe ada la sikit peningkatan dari segi service dia tu sekarang ni.

Lupa nak cakap, berat saya turun 1.5kg selepas rawatan. Hehehehehe. Nampak dan rasa jugaklah hasilnya. Weeehu! Suami pun cakap nampak siiiiiiikit perubahan. Macam tak percaya pun ada. :)



Friday 11 July 2014

Suamiku.




Saya sayang sama kamu.






Thursday 10 July 2014

(2) : Temujanji pertama dengan pakar, pap smear dan blood test

Seminggu lepas jumpa doktor di klinik panel, ambil GL dan setel semua. Pergilah ke hospital panel pulak yakni  pada 11.4.2014. Suami ambil half day teman saya pegi hospital.

Bila jumpa doktor, doktor tanya masalah dan doktor suspek saya pregnant dengan cerita saya. Tapi, sebab pregnancy test saya semuanya negative, doktor scan. Doktor cakap rahim saya tebal sangat. Lepas tu, doktor cakap nak buat pap smear. Pap smear? Masa tu, saya dah gelabah semacam, saya tengok je suami kat sebelah, dia buat muka rilek je. Hahahaha.

So, bila tengok doktor cakap takde tanda darah beku dan bukan tanda darah period. Doktor tunjukkan pada suami printed scan dan explain. So, last doktor cakap, blood test untuk tahu saya ni pregnant ke tidak. Doktor cakap, kalau dapat result awal doktor akan call saya terus. Kalau tak pregnant, kena makan ubat atau d&c untuk next appointment. Pada masa tu, saya masih menanti. Jauh di sudut hati saya tetap mengharap yang ianya bukan darah period. Dan, kalau berakhir dengan period pun, saya redha sebab mungkin rezeki kami di lain hari. Daaaan lagi, alhamdulillah semua kos ditanggung kecuali pap smear tak cover. RM38 saje.

Tiada apa-apa ubat untuk lawatan pertama.

Bersambung...

Friday 4 July 2014

(1) : Masalah period? Darah beku?

Assalamualaikum.

Baru terasa macam nak mula coret kisah saya dan masalah yang saya alami. Mari kita bermula dari awal. Sebelum kahwin, period saya memang tak tetap. Cycles yang sangat tak cantik tapi masa tu saya tak terlintas nak jumpa pakar. Yang selalu saya jumpa dokor biasa je. Bila scan doktor kata masalah hormon, sebab belum kahwin doktor hanya bagi ubat pelawas haid. Haih.

Selepas kahwin, suami dan saya tidak merancang. Kalau ada rezeki, kami terima dengan hati dan tangan yang terbuka. Kalau tak de lagi, kami berdua-dua lah dulu. Hari-hari berlalu tanpa disedari, dah nak masuk 6 bulan kami berkahwin pada bulan Februari. Start pada bulan tersebutlah period saya makin teruk. Hanya brown spotting. Berlanjutan ke bulan April hanya brown spotting. Bila buat pregnancy test, haruslah -ve memanjang. Mahal ,murah semua saya beli.

Awal April saya tekad ke klinik panel dan request nak scan sebab nak tahu kenape. Bila doktor tanya:

"Awak request nak scan kan? Kenape ye?"

"3 bulan period saya spotting je doc..Tak tahu kenape.."

"Okay kita scan.."

Bila doktor scan, doktor kate ada darah beku. Masa tu saya rasa nafas saya terhenti. Darah beku ape pulak ni. Doktor tanya:

"Saya tak tahu kenape darah beku, so saya refer awak kepada pakar, nanti saya sediakan GL"

Saya angguk, fikiran dah melayang entah ke mana. Haih. Dugaan.


Bersambung..

Saturday 21 June 2014

Malam hujung minggu

(sumber : peribadi)

Selalunya note macam ni akan ditulis bila suami keluar main futsal, memancing atau ada hal lain dan beliau balik ketika saya telah tidur berdengkur (ahaks). Okay, puasa pun belum dah kena apply cuti untuk block patients. Macam raya tahun lepas, suami memang ambil cuti 2 minggu sebab tahun lepas kami kahwin ketika cuti hari raya, ahaks! dan saya pula memang cuti raya seminggu dan untungnya tahun lepas bersambung dengan cuti penggal kedua. Tahun ni nampaknya, saya cuti seminggu ajelah kot dan suami masih dengan 2 minggu beliau. Jeles mak!!

(sumber: peribadi)
 Suami berkerja di hari Sabtu untuk program remeja. Dah beberapa malam saya menolong beliau, memerah otak untuk Explore Race ni. Bab men-GOOGLE suami cakap saya memang pakar. Jumpa je kalau nak cari ape-ape. Kihkihkih. Nasib je padahal, takpun suami ampu saya kot? HAHAHAHA. Dari pagi saya duk ulang alik dalam rumah, basuh kain segala, buat kerja rumah dan paling banyak menghadap laptop ni, bila tengok jam dah nak pukul 1. Dasyat sungguh penangan duk saja ni.

Okay lah, saya beransur dulu. Daaaaa.

Tuesday 17 June 2014

Hari lawatan ke Pusat Sains Negara dan Kilang Beryl's Seri Kembangan


 (sumber : peribadi)
Masa baru sampai, kat dalam tu saya banyak rakam video.

 (sumber : peribadi)
Shopping dan rasa dalam masa yang sama. Dapat 5% discount untuk setiap item. Rasanya macam murah lagi dari beli kat Langkawi nun.

(sumber : peribadi)
Makan setahun pun belum tentu habis ni. HAHAHAHAHA.


Waaaaaah, seronok! Sebabnya tahun lepas dah pergi ke Kilang Vitagen, Taman Burung dan Planetarium. So, tahun ni kita tukarlah tempat lain pulak. Masih menggunakan khidmat pakej err tapi tak ingat lak ape name dia tadi. Esok lah tengok balik kat sekolah. Pakej untuk kanak-kanak ni memang berbaloi sebab kita boleh pilih nak pakej yang mana.

Semuanya termasuk makan pagi (roti Gardenia + air mineral) dan makan tengah hari di KFC. Tahun lepas, 3 tempat jadi sampai sekolah lewat. Dalam pukul 5 lebih baru sampai. Tahun ni ambil dua tempat je iaitu Pusat Sains Negara dan kilang coklat Beryl's di Seri Kembangan. Satu kelebihan pegi dengan pakej ni, diorang yang handlekan untuk kita. Dari dalam bas dia bagi input semua dan diorang jugak yang handle murid kita. Kita just tolong tengok-tengokkan jugaklah. Takkan nak ambil kesempatan pulak kan. Hihihi.

Masa nak balik tu, diorang bagi satu pek kecil yang ada coklat Beryl's campur-campur. Boleh la rasa serba satu coklat dia. Dah la masa nak beli pun hadap tester banyak mana dah. HAHAHA. Sedap, yang dark chocolate sedap bagi saya sebab tak manis.

Okay, jumpa lagi di lawatan tahun depan. Terima kasih la buat mak ayah yang sudi ikut sama lawatan ni.


Sunday 15 June 2014

Nuffnang Malaysia


Dah lama rasanya tak update Nuffnang. So, disebabkan dah ada blog baru ni jadi saya masukkan link blog baru ke Nuffnang. Walaupun saya rasa dah jarang orang update blog tapi masih ade je yang setia. Dak gitu? Zaman blog-blog dan blogger tengah "UP" zaman 2011 cenggitu, macam-macam jenis blog yang saya baca.

Sekarang kalau singgah balik kat blog-blog dulu, bersawang dah semuanya. Dah dewasa dah semua hehehehe. Okay la, nak taip panjang rasa dah mengantuk seharian berjalan dengan suami. Padahal pusing-pusing dalam Mid Valley je. Hihihi. Stamina tak kuat ni... Daaa.

Friday 13 June 2014

Hangit

(sumber : instagram saya)

Macam yang pernah bagitahu yang saya suka tengok reality documentary tv series kihkihkih. Jadi, disebabkan suami saya memang tak balik makan tengah hari saya bercadang nak goreng ayam je la untuk saya makan sambil makan tembikai.

Goreng, tutup dan tinggal pastu tengok Married To Jonas. Tak lama lepas tu bau lain macam. HAHAHAHAHA. Hangit la mak oii sebabnya lupa nak slowkan api sama. Haih. Makan je la.

Angau saya.

Assalamualaikum.

(sumber: fb group sekolah suami)

Hehe. Bagi salam kat blog sendiri. Saya dan suami dah kembali ke teratak kami di Kuala Lumpur ni. Suami dah mula bekerja semalam dan saya masih lagi di rumah menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah yang masih berbaki. Sesungguhnya saya rasa masa berlalu dengan sangat pantas bila saya berada di rumah ni.

Bila pandang jam dah pukul 9, pandang lagi pukul 11, pandang lagi aih..Dah pukul 5. Waktu yang buat saya excited. Waktu suami saya balik. Suami dan saya berkenalan selama 7 tahun sebelum kami berkahwin. 3 tahun pertama saya memang langsung tak percayakan beliau HAHAHA, sebab saya cemburu. Ye lah, masa tu saya dah di alam pekerjaan sementara suami masih lagi bergelar pelajar. Ahaks!

Tapi, satu tahap yang saya rasa dialah satu-satunya, sampai sekarang saya angaukan dia tak henti-henti. Hikhiks! Ada satu cerita yang mahu saya ceritakan di sini, tunggu segalanya berjalan lancar saya akan detailskan satu persatu. Doakan saya. :)


Tuesday 10 June 2014

Memancing



Selepas balik Kelantan, balik Terengganu pulak. Sambil meneruskan hobi suamiku yang tercinta. Jom memancing!! Isteri kerja ngap ngap ngap. Ahaks!

Saturday 7 June 2014

Kami balik kampung.

Hari Khamis balik kampung, hari ni masih di kampung jadi macam sibuk je nak update blog ni. Ahaks!

Wednesday 4 June 2014

This Year - Cooper (Keeping Up with the Kardashians trailer)


Setiap kali saya tengok Keeping Up With Kardashians suami mesti cakap "takde cerita lain?" HAHAHA. Saya suka la tengok diorang, penuh dengan drama. Sama jugak macam saya suka tengok Giuliana and Bill, Eric and Jessie. Sangat tak bermanfaat. HAHAHAHA. Okay, saya suka lagu kat bawah ni. Ahaks!




This Year - Cooper


Can we go right back to the start
I got a little lost
Done living in the past
There's many seasons in our lives
It's been a long winter
Spring's getting nearer

Remind me of all the good and the bad (i know, i know)
Remind me of everything that we had (i know, i know)
Right now it's so clear
This year has been the best and the worst year
I hear it's all uphill from here
This year has been the best and the worst year
I hear it's all uphill from here

ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh

I'm listening to the sound advice
You spoke from the heart
Just be who you are
And everything falls into place
The seasons change, but we're the same

Remind me of all the good and the bad (i know, i know)
Remind me of everything that we had (i know, i know)
Right now it's so clear
This year has been the best and the worst year
I hear it's all uphill from here
This year has been the best and the worst year
I hear it's all uphill from here

ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh

I hear...
This year has been the best and the worst year
I hear it's all uphill from here

This year has been the best and the worst year
I hear it's all uphill from here
This year has been the best and the worst year
I hear it's all uphill from here

ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh, ohh

Salad ayam dan kisah memancing.

 (sumber : peribadi)

Semalam sebelum balik kerja, suami cakap beliau balik lambat sikit sebab nak ke kedai alat memancing. Dalam pukul 6 lebih suami call dan tanya 

"Dah masak ke belum tu?"
"Belum, kenape yunk?"
"Tak payah masaklah, sebabnya saye nak pegi memancing jap lagi"
"Alaaaaa, kenape..Kenapeeee...Tidakkkkkk!!!! Hehehehe, okay la"

So, sebab suami cakap tak payah masak saya sediakan snek ringan ajelah malam semalam. Buat salad ayam dan banjirkan dengan mayo Thousand Island. Sedang saya prepare untuk salad dan goreng ayam, suami datang cakap nak potongkan ayam. Perkara kecil macam tu pun saya boleh terharu. Sejak akhir-akhir ni suami rajin ke dapur tolong saya. Dua hari sebelum, tolong sediakan ayam dan goreng ayam macam Kak Wook, siap tak bagi saya tolong tu. Sebelum ni, buat paste ikan bakar, kerang rebus, ikan cencaru black pepper dan ada lagi yang saya dah lupa hihi. Suami selalu cakap dia serba serbi boleh (perasannyerrrrr Bubub hihihi). Okay la tu kan. Ahaks!

Pagi tadi suami balik, masa tu dah azan Subuh. Saya tengok dalam freezer ada ikan yang sangat besar. Macam ikan patin hari tu besarnya. Dari jari hingga lebih dari siku panjangnya.

(sumber : google)

Aye tujukan gambar kat atas ni khas untuk Bubub. I love you so much Bubub. Semoga Bubub sihat dan gemok macam aye. Muaaaahhhh!! Jangan diet please. Ngeh3.


Monday 2 June 2014

Cerita hujung minggu dan sakit kepala yang amat sangat.

(sumber : peribadi)

Saya masih di alam cuti sekolah tapi tidak untuk suami. Apa ada hal? Sebab kalau bukan musim cuti sekolah pun, kami selalu keluar jalan-jalan sekitar KL bersama-sama. Yang buat saya tak sabar adalah, nak balik kampung! Dah lama tak balik jumpa family.

Bercerita tentang hujung minggu kami. Sepanjang Sabtu dan Ahad, kami banyak habiskan masa di luar. Antaranya ke:

  1. PopFest
  2. Dataran Merdeka
  3. PropangandaFest
  4. Makan-makan
  5. Jalan-jalan kasi lenguh kaki
  6. ??
  7. ????
Lepas tu saya tak ingat dah. Ngeh3. Btw, dah dua minggu saya menanggung sakit kepala yang menggunung tinggi. Setiap malam makan Paracil. Semalam saya tak makan sebab suami dah tak bagi saya makan. Katanya, saya terlalu bergantung pada ubat.

Okay tak boleh tahan dah ni. Nak rehat, rasa macam nak tarik rambut je ni nak bagi hilang sakit kepala. Sakit, bukan pening. Haih.


Sunday 1 June 2014

Milo

(sumber : peribadi)

Sambil menguap, saya menaip entry ini. Oh, semalam jam 01:40 pagi suami saya buatkan dua gelas besar milo panas. Suami ni, ada masanya dia rajin ke dapur untuk masak atau sekadar bancuhkan air. Apa plan hari ni? Jom round KL!

Thursday 29 May 2014

You.


(sumber : peribadi)


I did not know how it is going to be when I met you first,
but I want to let you know that my hand is outstretched for you to hold
and my heart is here for yours to keep.
I truly, dearly and really love you!

~ Jim Vulcan ~

Happy holiday

:
(sumber : google)

Subhanallah, seronoknya kalau time cuti ni dapat pergi pantai. Tan kan kulit yang dah sedia tan. Hahahaha. Encik, ambillah cuti dan jom kita pergi!!

Saturday 24 May 2014

Pesanan suami saya sebelum kami berkahwin.


(sumber : peribadi)

Dulu sebelum suami dan saya berkahwin, suami saya berpesan agar saya jangan jadi "culture shock" lepas kami berkahwin nanti. Saya pada masa tu, tentulah kepeningan. Ape kes nak kena "culture shock" lepas kahwin. Suami cakap "Masa baru-baru kahwin, jangan cerita atau upload something yang boleh diibaratkan macam kita sorang je yang boleh kahwin". Saya pada masa tu gelak aje lah dan alert dengan pesanan tersebut. 

Tapi, macam biasa saya ni degil sikit. Sikit je. Hihi.


Friday 23 May 2014

Assalamualaikum, ahaks!

Tiba-tiba terasa nak buat blog baru untuk cerita lepas kahwin saya. HAHAHAHA. So, untuk permulaan perkenalan, kami berkahwin pada 11 Ogos 2013. Majlis yang sederhana, dihadiri oleh rakan-rakan terdekat dan saudara mara.


Masuk bulan ke 9 kami berkahwin. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun ada masa merajuk, berselisih faham dan bertentangan pendapat tapi itulah asam garam dalam perkahwinan. Saya bersyukur kerana hari demi hari kami mula memahami antara satu sama lain. Oh ya, kami masih belum direzekikan anak. Masih berdua, sambung bercinta. Mengenali suami selama 7 tahun sebelum berkahwin bukanlah satu merit yang saya betul-betul mengenali beliau. Saya anggap perkenalan yang lama itu cuma satu kelebihan di mana saya tahu serba sedikit apa yang suami saya suka, tak suka, hobi dan macam-macam lagi. 

Okay, rasanya itu sahajalah untuk sesi perkenalan. Ada masa terluang, saya menaip lagi.

Daaa~