Saturday 28 March 2015

Duphaston


"Negative ya puan. Puan tak mengandung"



Rabu lepas, saya jumpa dr. Tak tahan sangat sebab last month (feb) saya langsung tak period due to stress sangat kot kena tukar tempat kerja, tak period satu hal tau spotting whole month tu buat saya geram. This month langsung tak period jugak dan tanda-tanda nak period pun tak de. Tapi satu yang saya perasan, baru ni ada EWCM. Ngeee.

Jumpa dr, sembang-sembang dan review treatment sebelum ni dan dr ajak untuk TVS. Masa TVS, yang nampak lining dalam rahim 8 mm. Ada telur yang herot-herot. Dr nak bagi Duphaston untuk stimulate period sebab saya sepatutnya start Clomid once period datang. Treatment jadi lambat sebab period huru-hara.

So, untuk confirmkan yang saya tak pregnant, buat blood test jadi takde la saya tertunggu-tunggu saya ni pregnant ke tak even saya memang rasa saya tak pregnant cycle ni. Kalau result negative, boleh start amik Dupaston hari ni. Kalau pregnant pun, boleh amik jugak.

Tapi, dah dapat result hari ni. Ayatnya kat atas nuhhhh. Tapi walaupun dah agak dah tak pregnant, bila dengar ayat negative tu, macam sedih pulak. Hmm.

Dah la diet asyik ke laut. Bersenam tapi makan sedappp je.

Frust dengan diri sendiri kadang tu.

Nak, tapi usaha ciput je.


Thursday 19 March 2015

MR.DIY


Suami saya ni kalau dah mai rajin dia macam-macam dia akan buat. Tapi most of time dia memang rajin la berbanding saya. HAHAHAHA. Kadang-kadang tukar susunan barang la, baju la, masak la. Untungla saya kan?

Baru-baru ni lepas park kereta, tengok tepi rumah sampah ada kayu. Tepi rumah sampah tu selalu orang letak kayu, sofa lama, cermin dan macam-macam lagi la kot orang nak recycle balik. Suami tengok, dia kata elok jugak kalau nak buat tempat sangkut seluar ni since suami dah ubah kedudukan susunan baju dalam so called "GUA" dia tu so paku tempat sangkut seluar dan terlindung dengan rak jadi tak tempat nak sangkut dah. Hihi. Suami panggil bilik tengah tu "GUA" sebab dalam tu ada baju-baju dia dan vinyl records dia tu. Macam walk in wardrobe la lebih kurang. Sepatutnya perempuan la ada walk in wardrobe kan, ini lelaki pulak. Sabo je.



Asalnya macam ni. Kalau saya memang blur nak buat apa ni. Hihi.



 Dalam proses, saya tukang pegang je la. Nak gergaji pun tak reti. Nak tolong pulas skru lagi tak larat. *buat-buat je tak larat tu :P*


 Siap dah satu. Kemas la sikit nak letak toiletries bagai tu.


 Yang kedua, easel untuk cermin. Biras bagi set bilik tidur untuk bilik tamu kitorang. Tapi set meja solek ni tinggal cermin je, mejanya habis pecah. Macam mana la orang lori tu angkut. Haih. Tapi sekarang letak dalam bilik kitorang dulu cermin ni. Nanti nak pindah ke bilik tamu.


 Last, tempat sangkut seluar. :)

Semua kos ni tak sampai RM20. Drill dah ada kat rumah. Tinggal beli skru, pengukur dan besi L shape tu je. Tenaga suami tu tak ternilai la. Haha. Seminggu lebih jugak duk menghadap nak siapkan.


Saya tanya jugak, nanti kita pindah nak kena cabut ke semua tu. Suami kata entah la. Hihihi. Sakan duk DIY dinding orang, padahal kita ni menyewa je. :D








Sunday 15 March 2015

First Love




Love & Misadventure By Lang Leav

Friday 13 March 2015

Warded


Alkisahnya, awal pagi 12/03/2015 saya tersedar le dari tidur. Niat asal nak pegi tandas je. Lepas pegi tandas tetiba perut memulas. Sakit sangat memulasnya tu. Pegang perut pun sakit sampai tahap nak jalan pun tak boleh. Ape hal pulak ni?

Saya baring atas karpet. Saya menangis sambil panggil suami saya, saya rasa saya panggil slow je tapi nasib baiklah suami saya dengar, terus suami saya datang cepat-cepat tengok saya. Saya kata perut saya sakit sangat, tak tahu kenapa.

Suami cari ubat, tak jumpa pulak dah hihi. Dalam sakit-sakit tu geli hati jugak saya tengok suami nervous cari ubat. Saya kata dalam bakul ubat tu, tak jumpa tak jumpa katanya hihi. Tengah suami cari ubat, saya bangun masuk tandas dan muntah. Habis keluar makanan malam tu. -.-

Suami bagi makan ubat, dalam mamai mamai saya makan je. Lepas tu suami siapkan saya tuk pegi hospital. Satu masalah kawasan umah saya ni, orang block kereta kita. Diorang memang tak angkat handbrake tapi tulah kalau dah berderet yang block jenuh la nak tolak kereta dari hujung. Dah la kite ni sakit perut. Huhuhu. Dalam kereta pun tak boleh duk atas sit, duk bawah sambil tekan perut.

Sampai Pusrawi terus ke kecemasan. Tujuan ke Pusrawi, sebab panel. Check darah and urine. Masuk tandas, diarrhea pulak. Jumpa doc dan doc suspek saya appendix. Saya cakap gak saya ada history gastrik. Then, nurse suruh baring kat katil bahagian rawatan dan cakap yang saya kena admit ward, kena tunggu result dulu.


gambar biasa kita lihat kalau masuk ward, hihi.

Awal pagi tu suami takleh tunggu, so saya duk sorang je la. 


baju tadika kemas, hihi

Saya amik gambar ni dan WhatsApp kat suami, dia tak balas pun. Saya pun ZZZzzzzZZZ. Tengah syok tdo, saya dengar orang bersin. Tahu dah, pandang belakang suami dah ada. Hehehe. Tak kerja la dia semalam teman saya sampai keluar wad.

Saya mintak dengan doc nak keluar semalam jugak sebab saya dah makin okay. Doc pun cakap urine and blood test menunjukkan saya takde apa-apa. Keracunan or appendix. Alhamdulillah. Doc kata maybe period nak datang or angin banyak dalam badan buat saya sakit perut memulas camtu. Haih, tak pasal-pasal masuk wad hihi sebabnya doc suspek appendix. Balik dari hospital, baru saya terfikir. Saya syak gastrik saya makin teruk. Last month pun saya kena, yang tu siap demam panas lagi.

Acidic sangat badan saya ni. Haih. Dengan angin dalam badan yang kacau bilau lagi ni. Jap nak Google, kalau ada saya tepek kat blog.

Daaa. Oh lupa hari ni doc bagi mc jugak. So bersambung la cuti dengan hujung minggu. Walaupun next week cuti sekolah, tapi saya kursus 3 hari. -.- 

Pagi ni still rasa sebu dalam perut. Tak tahu nak buat macam mana so saya bancuh susu kambing dan grill ayam untuk sarapan. :)


Thursday 12 March 2015

Anak punya pasal


Seingat saya kisah ni berlaku tahun 2010, ada seorang rakan sekerja (sekarang ex sebab masing-masing kerja tempat lain) bercerita perihal abang dia dan kakak ipar dia yang sudah mungkin beberapa tahun berkahwin dan belum direzekikan anak. Saya dan kawan baik saya yang masih bujang, hanya mendengar cerita dia.

Disebabkan masih belum direzekikan anak, mak rakan sekerja saya ni suruh/paksa abang dia kahwin satu lagi. Dan memang abang dia kahwin satu lagi. Pilihan mak dia. Saya dan kawan baik saya dengar, kitorang saling memandang. Masa tu kitorang fikir, ada jugak pesen mak macam tu zaman sekarang.

Lepas abang dia kahwin baru, memang selang tak berapa lama isteri no 2 dia pregnant. Apa jadi lepas tu saya tak tahu dah la sebab kitorang tak contact dah.

Yang nak dijadikan cerita, seminggu lepas ex rakan sekerja saya ni PM saya kat FB. Tanya khabar dan terus tanya dah ada baby ke belum. Saya just cakap yang saya masih berdua dengan suami. Dia pun kata "kenape lambat bebeno tu? pegi la urut mengurut" Saya tak balas dah sebab tak nak panjangkan cerita. Kalau setahunlimabulan dia kata lambat bebeno, yang kahwin 4 5 tahun tu dia nak kata apa la pulak ye.

Saya sebolehnya memang tak nak jawab atau hurai treatment yang saya buat pada orang yang tak berapa nak rapat dengan saya. Saya pun sebenarnya malas nak jawab soalan-soalan macam tu tapi mak saya kata macam mana sekalipun saya memang tak boleh nak elak orang tanya.

Takpe, semoga ada rezeki rakan TTC dan saya lepas ni. :)

Tuesday 10 March 2015

Random hari ini


  1. Period lewat
  2. Check UPT
  3. UPT +ve
  4. Tahniah! Anda mengandung

*harapan setinggi gunung*

Saturday 7 March 2015

Secret Group


Beberapa tahun sebelum kahwin suami ada buatkan satu Secret Group kat FB untuk kami berdua. Kesnya, saya la asyik rajin menempel kat wall dia. Kadang-kadang suami pun ada post kat wall saya. So daripada orang lain meluat tengok kitorang :P adalah baiknya kitorang je yang tengok apa kitorang post.

Sebelum kahwin, kitorang berjauhan sebab suami masih belajar dan saya dah kerja masa tu. Nak bincang or share apa-apa selalu dalam group tu la. Masa nak tunang dan nak kahwin lagi lah banyak perbincangan. Senang buh dalam tu, permanent dan tak payah nak delete bagai. Nanti tua boleh tengok balik. 

Lepas kahwin topik perbincangan mula berubah. More to penambahbaikan dalam perkahwinan. Semalam, suami takde kat rumah sebab pegi memancing. Tup-tup ada notification dari group. 

Tadaaaa!!



Amboi, takut saya tau. Ngeee. Terima kasih kerana sentiasa mengingatkan saya tentang semua ni. Maklumlah, saya ni pelupa orangnya. :)


Friday 6 March 2015

Lagu kenangan



Saya kenal suami dah lama. Masa kitorang belajar kat Uni, masuk tahun 2005. Kitorang berlainan course tapi satu kelas English yang namanya BID masa sem 3. Tak tahu pulak dia (guna dia la sebab time tu tak kawen lagi, hihi) dah berkenan kat saya since sem 1, tapi masa sem 3 yakni setahun lepas tu baru dia start nak kenal-kenal dengan saya. Panjang kalau nak diceritakan dari awal ni. Haha.

Ingat lagi, masa tu bulan puasa. Dia mintak CD yang ada gambar saya dan dia (masa tu pendrive mahal woi haha). Rupanya, dia nak buat movie maker. Tahun 2007 tu ramai la kawan-kawan "gila" buat movie maker masing-masing. Saya pun buat jugak, penat kot mengadap bendalah tu. Nak susun gambar, transition lagi HAHAHAHA. Usaha tangga kejayaan betul.

Background song movie maker dia, lagu ni. Sampai sekarang kalau saya tengok movie maker tu atau dengar lagu ni, saya sebak sikit. Sebab, haih..Tak sangka, lelaki yang salu buat saya marah dan rasa nak tumbuk je muka dia tu dah jadi suami saya dah pun sekarang. Alhamdulillah.

Jadi, saya nak layan lagu ni jap. :)




Monday 2 March 2015

Random hari ini


"Nak jemur kain yang dalam mesin basuh, rupanya TADI lupa letak SABUN!"


Blerghhhh..