Saturday 12 November 2016

Pengalaman bersalin saya.


Assalamualaikum.

Baru ada kesempatan nak menaip. Busy betul, hihi. Kali ni saya nak ceritakan pengalaman bersalin saya pada Januari lalu. Suami hantar saya balik kampung pada pertengahan bulan Disember dan suami cakap lagi 2 minggu dia balik semula. Saya masa tu nervous sangat, sebab suami balik nanti due saya tinggal lagi beberapa hari. Sepanjang ada kat kampung tu saya doa dan cakap-cakap dengan baby suruh tunggu ayah balik baru keluar, hahahaha.

30.12.15

Suami sampai dari KL. Sengih panjang la saya. Kikiki. Cakap dengan suami, esok saya nak pegi scan la untuk tengok kedudukan baby. 

31.12.15

Pegi scan, doc cakap nak 3d ke saya cakap nak 2d je sebab nak tahu kedudukan baby dan air ketuban. Scan, doc cakap baby dah masuk laluan tapi air ketuban saya border line dalam erti kata lain sikit. Doc tak bagi surat refer sebab due saya 5/7.01.16 appt kat klinik 3.01.16 nanti. Tapi hati ibu kan, tak sedap. Duk whatsapp kawan-kawan dalam group diorang suruh pegi hospital terus. Tak pergi pun, balik dari klinik pegi makan assam laksa. Sedapnya, teringat-ingat. Hihi.

01.01.16

Pagi-pagi lagi dah bersiap nak ke hospital, bawak beg baby dan beg ibu masuk kereta. Bawak buku merah. Suami pun dan bawak baju dia, standby kalau saya admit, dia tak balik dah sebab nak tunggu saya.

Terus ke HUSM. Memang dah decide nak bersalin kat HUSM, ada dua option sebelum ni. Kalau tak sempat nak balik kampung, bersalin kat Pusrawi. Kalau sempat, HUSM. Sampai HUSM, pegi ke labor room. Yang ni blur sikit sebab tak berapa faham prosedur kat situ. Kitorang pulak kategori pemalu. Hahaha.

Saya buat-buat berani pegi tanya nurse dan doc. Doc nak surat refer, tapi tak de surat refer yang ada salinan scan dan kat salinan tu doc tulis AFI saya 5. Dalam masa yang sama saya email doc natasha untuk tanya. 


Mula-mula doc nak surat refer jugak tapi sebab due dah dekat, doc panggil masuk dan scan. Bila scan, sehari sebelum tu air ketuban saya 5, hari tu tinggal 3 pulak. T_T. Nak nangis. Then panggil pakar dan pakar buat macam doc natasha cakap tu, doppler UARI. Masa ni saya rasa macam waooo sangat, saya boleh tengok kat screen blood flow baby. Subhanallah. Macam-macam warna dalam screen tu. Blood flow tu warna merah ke biru, ada tompok-tompok tu denyutan jantung. Saya pun tak berapa ingat. Bila tengok blood flow, normal. Ketuban 3, pakar cakap kemungkinan baby tak kencing lagi hari ni tapi sebab due dah dekat doc risau jugak.

Masa saya scan 3d/4d 31 weeks, sonographer ada bagitahu yang ketuban saya consider kurang sebab masa tu 13. Sepatutnya 15. Rasa saya la, ketuban saya bocor sikit-sikit tanpa saya sedari. Fuh.

Then, doc nak check bukaan dan CTG.


 Check bukaan doc cakap "eh dah 3cm, awak tak de rasa sakit ape-ape lagi ke ni?" Saya cakap "takde lagi setakat ni doc, biasa je" Dalam hati dah start nervous. Aih, nak beranak dah ke ni. Huhu. CTG baby pulak. Dengan perut yang gedabak besar pastu kena baring dalam masa yang lama memang melenguhkan weh. Jenuh tarik beg dengan kaki sebab nak ambik phone. Suami masa ni tunggu kat luar.

Sambil CTG baby, doc ambik darah saya.

Lepas CTG, doc cakap "admit ye. Ketuban dan kurang dan kena induce hari ni jugak sebab takut ketuban makin sikit"

Dup dap dup dap.

Lepas tu, nurse bagi makanan. Makan selera aje saya ni. Hihi.

Keluar jumpa suami, cerita dengan suami semua. Dia pun start nampak nervous dah. Nurse datang bawak kitorang ke wad. Call mama bagitahu keadaan saya.


Suami pegi solat Jumaat, lepas solat Jumaat suami call tanya nak makan pizza tak, saya cakap nak. :P Bukan setakat pizza, cendol pun suami beli. Makan la kitorang berdua. Pizza sekali 3 kotak suami beli.

Petang tanya nurse bila nak induce, nurse cakap hari ni tak jadi. Lega la jugak. Sepanjang petang dn malam ada beberapa kali nurse panggil untuk scan dan check bukaan. Still 3 cm dan tak sakit. Pukul 12 tengah malam scan lagi dan doc cakap induce 8.30 pagi 2hb tu. Dup dap dup dap. Doc cakap eh dah 3 cm, tak sakit ke? Saya cakap, tak lagi doc. Hebat awak, kalau orang lain, dah memulas-mulas ni. Huu, ye ke. Tak leh nak bayang.

02.01.16

Malam tak boleh nak tido sebab rasa panas, berpeluh-peluh. Jadi saya bangun la solat hajat lepas tu tido. Pukul 5.30 pagi saya mula rasa sakit perut. Memulas jugak. Ingat nak membuang tapi tak pun. Terus mandi dan solat subuh. Lepas solat Subuh, sempat lagi pakai cc cream, bedak, eye liner, lipstick sikit pastu suami ajak jalan-jalan keliling wad. Masa ni dah start kuat dan contraction. Makin berjalan makin sakit.

Dalam 7.30 pagi setengah jam duk berjalan dengan suami saya cakap nak masuk wad sebab tak tahan sangat sakit ni ha. Mama dan mil dah tunggu kat dalam, cakap dengan diorang sakit sangat. Duduk sakit berdiri sakit, serba tak kena. T_T

Masuk tandas, plup keluar lendir dan darah.

Keluar bagitahu mama dan mil. Cakap kat nurse yang saya sakit sangat. Nurse nak ctg baby dulu. Pasang ctg, saya cakap nurse tak ctg nurse sakit ni. Sakit sangat. Nurse tanya nak check jalan, check bukaan. 6cm!

Nurse cakap, labor room labor room dah 6 cm. Terus cakap kat mama tolong panggil suami jap.

Terus ke labor room pada 9.45 pagi.

Ngeri bila ingat balik contraction ni haha. Suami sentiasa bersama saya sepanjang dalam labor room. Urut saya, bagi saya cengkam tangan dia, tumbok belakang dia sampai nurse kata kenapa buat suami macam tu. Hahaha . Bukan tumbok kuat pun nurse. 

Nurse suruh selawat dan tenang. Eeeee, macam mana nak tenang dah sakit ni. Hee.

Okay seriously saya tak pandai push, jenuh doc cakap jangan pejam mata masa push tapi saya terpejam gak. Adoi.

Tapi akhinya tepat jam 2.10 petang 02.01.16 lahirlah seorang baby boy. Alhamdulillah.



Terima kasih buat suami dan mama yang banyak jaga saya sepanjang saya berpantang. Bab pantang, next entry kita sambung. Daaa.

Fuh! Lega dapat menaip setelah 10 bulan bersalin. Alhamdulillah saya bersalin naturally, tak perlu induce. Baby memang dah tak sabar nak keluar sebenarnya. Thank you jugak untuk nurse dan doc HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Dari mula masuk sampai bersalin yang handle saya semua perempuan. Alhamdulillah.

:)