Friday 9 December 2016

Tak boleh tido punya entry

Huuuu, ada masa memang macam ni cuma selalunya tak sempat nak on laptop tapi kali ni laptop elok je kat meja, jadi on la kejap sambil taip entry ni. Sekarang dah pukul 4.10 pagi. Suami dan anak elok je tido, jadi oleh sebab ibu tak dapat nak tido marilah sembang perkara random.

  1. Aku rasa aku makin sensitif lepas jadi mak ni. Sensitif tu dari segi emosi la. Masa pregnant aku asyik la jeles dengan kawan-kawan suami aku tu. Maklum la suami aku sorang je lelaki kat department dia tu. Ingatkan hormon masa pregnant je, tapi lepas bersalin makin teruk sampai aku rasa asyik nak cari gaduh je dengan dia. Apekehalnya la, dah nak masuk setahun bersalin kot. Harap ini bukanlah kategori meroyan. Seraaaammmm.
  2. Aku harap cecepat la dapat surat tukar tempat kerja at least takde la aku stress hadap kos tol dan minyak hari-hari. 
  3. Sambung balik, cane nak tenangkan fikiran dari fikir pasal hal suami aku kat tempat keje tu ek? Dia takde pape pun, aku je yang lebeh and aku pun kalau kira memang kenal pon kawan-kawan dia tu tapi ehhh tak boleh pulak aku. Hahaha. Ape aku taip ni.
  4. Aku dah start nak on senam balik tapi cam biasa la, asal nak start je anak mintak susu la, ajak main sama-sama dia la, nak tunggu dia tido? Bunyi derap kaki pun terjaga kalau kat umah ni haa, ace time keluar amboi bising la tera mana pun, elok ja dia tido.
  5. Sindrom shopping tak berhenti. Ni paling malas jugak, time kita dah nekad tak mau shopping time tu la dia macam melambai-lambai depan mata. Baru ni aku duk gila kat Bella Ammara. Habis p borong bbelle dia tu, pastu beli blouse dia sekali. Aku pesen kalau suka mesti rasa nak beli banyak terus. Apa masalah tah.
  6.  Aku rasa nak tukar link blog la. Rasa je la.
  7. Hmmmmm....
  8. Jap, blur kejap.
  9. Tu je kot.

Tuesday 6 December 2016

Period or pregnant?

Masa ttc, sy selalu ada perasaan "perasan pregnant". Of course la kan kita kemain teringin nakkan zuriat jadi apa-apa simptom sebelum period mesti kita alert. Suami sy kalau sy cerita pasal simptom-simptom tu mesti terbalik mata sebab annoyed :P

Tapi memang betul pun kan, simptom sebelum period dan pregnant ni lebih kurang je. Tu yang dulu sy selalu "perasan pregnant". Antaranya;

1) Perut terasa kembung
2) Loya
3) Spotting
4) Miss B terasa kembang
5) Moody
6) Selera makan meningkat

Ni sy la, orang lain sy tak sure macam mana. Sy taip entry ni sebab sy tengah loya. Bukan loya sebab ape pun, kesnya sy makan karipap sardin. Huuu, sy kalau makan makan terlalu berminyak memang bikin loya and sakit kepala. T_T

Tu je la selingan di petang hari ni. Hihihi.


Saturday 12 November 2016

Pengalaman bersalin saya.


Assalamualaikum.

Baru ada kesempatan nak menaip. Busy betul, hihi. Kali ni saya nak ceritakan pengalaman bersalin saya pada Januari lalu. Suami hantar saya balik kampung pada pertengahan bulan Disember dan suami cakap lagi 2 minggu dia balik semula. Saya masa tu nervous sangat, sebab suami balik nanti due saya tinggal lagi beberapa hari. Sepanjang ada kat kampung tu saya doa dan cakap-cakap dengan baby suruh tunggu ayah balik baru keluar, hahahaha.

30.12.15

Suami sampai dari KL. Sengih panjang la saya. Kikiki. Cakap dengan suami, esok saya nak pegi scan la untuk tengok kedudukan baby. 

31.12.15

Pegi scan, doc cakap nak 3d ke saya cakap nak 2d je sebab nak tahu kedudukan baby dan air ketuban. Scan, doc cakap baby dah masuk laluan tapi air ketuban saya border line dalam erti kata lain sikit. Doc tak bagi surat refer sebab due saya 5/7.01.16 appt kat klinik 3.01.16 nanti. Tapi hati ibu kan, tak sedap. Duk whatsapp kawan-kawan dalam group diorang suruh pegi hospital terus. Tak pergi pun, balik dari klinik pegi makan assam laksa. Sedapnya, teringat-ingat. Hihi.

01.01.16

Pagi-pagi lagi dah bersiap nak ke hospital, bawak beg baby dan beg ibu masuk kereta. Bawak buku merah. Suami pun dan bawak baju dia, standby kalau saya admit, dia tak balik dah sebab nak tunggu saya.

Terus ke HUSM. Memang dah decide nak bersalin kat HUSM, ada dua option sebelum ni. Kalau tak sempat nak balik kampung, bersalin kat Pusrawi. Kalau sempat, HUSM. Sampai HUSM, pegi ke labor room. Yang ni blur sikit sebab tak berapa faham prosedur kat situ. Kitorang pulak kategori pemalu. Hahaha.

Saya buat-buat berani pegi tanya nurse dan doc. Doc nak surat refer, tapi tak de surat refer yang ada salinan scan dan kat salinan tu doc tulis AFI saya 5. Dalam masa yang sama saya email doc natasha untuk tanya. 


Mula-mula doc nak surat refer jugak tapi sebab due dah dekat, doc panggil masuk dan scan. Bila scan, sehari sebelum tu air ketuban saya 5, hari tu tinggal 3 pulak. T_T. Nak nangis. Then panggil pakar dan pakar buat macam doc natasha cakap tu, doppler UARI. Masa ni saya rasa macam waooo sangat, saya boleh tengok kat screen blood flow baby. Subhanallah. Macam-macam warna dalam screen tu. Blood flow tu warna merah ke biru, ada tompok-tompok tu denyutan jantung. Saya pun tak berapa ingat. Bila tengok blood flow, normal. Ketuban 3, pakar cakap kemungkinan baby tak kencing lagi hari ni tapi sebab due dah dekat doc risau jugak.

Masa saya scan 3d/4d 31 weeks, sonographer ada bagitahu yang ketuban saya consider kurang sebab masa tu 13. Sepatutnya 15. Rasa saya la, ketuban saya bocor sikit-sikit tanpa saya sedari. Fuh.

Then, doc nak check bukaan dan CTG.


 Check bukaan doc cakap "eh dah 3cm, awak tak de rasa sakit ape-ape lagi ke ni?" Saya cakap "takde lagi setakat ni doc, biasa je" Dalam hati dah start nervous. Aih, nak beranak dah ke ni. Huhu. CTG baby pulak. Dengan perut yang gedabak besar pastu kena baring dalam masa yang lama memang melenguhkan weh. Jenuh tarik beg dengan kaki sebab nak ambik phone. Suami masa ni tunggu kat luar.

Sambil CTG baby, doc ambik darah saya.

Lepas CTG, doc cakap "admit ye. Ketuban dan kurang dan kena induce hari ni jugak sebab takut ketuban makin sikit"

Dup dap dup dap.

Lepas tu, nurse bagi makanan. Makan selera aje saya ni. Hihi.

Keluar jumpa suami, cerita dengan suami semua. Dia pun start nampak nervous dah. Nurse datang bawak kitorang ke wad. Call mama bagitahu keadaan saya.


Suami pegi solat Jumaat, lepas solat Jumaat suami call tanya nak makan pizza tak, saya cakap nak. :P Bukan setakat pizza, cendol pun suami beli. Makan la kitorang berdua. Pizza sekali 3 kotak suami beli.

Petang tanya nurse bila nak induce, nurse cakap hari ni tak jadi. Lega la jugak. Sepanjang petang dn malam ada beberapa kali nurse panggil untuk scan dan check bukaan. Still 3 cm dan tak sakit. Pukul 12 tengah malam scan lagi dan doc cakap induce 8.30 pagi 2hb tu. Dup dap dup dap. Doc cakap eh dah 3 cm, tak sakit ke? Saya cakap, tak lagi doc. Hebat awak, kalau orang lain, dah memulas-mulas ni. Huu, ye ke. Tak leh nak bayang.

02.01.16

Malam tak boleh nak tido sebab rasa panas, berpeluh-peluh. Jadi saya bangun la solat hajat lepas tu tido. Pukul 5.30 pagi saya mula rasa sakit perut. Memulas jugak. Ingat nak membuang tapi tak pun. Terus mandi dan solat subuh. Lepas solat Subuh, sempat lagi pakai cc cream, bedak, eye liner, lipstick sikit pastu suami ajak jalan-jalan keliling wad. Masa ni dah start kuat dan contraction. Makin berjalan makin sakit.

Dalam 7.30 pagi setengah jam duk berjalan dengan suami saya cakap nak masuk wad sebab tak tahan sangat sakit ni ha. Mama dan mil dah tunggu kat dalam, cakap dengan diorang sakit sangat. Duduk sakit berdiri sakit, serba tak kena. T_T

Masuk tandas, plup keluar lendir dan darah.

Keluar bagitahu mama dan mil. Cakap kat nurse yang saya sakit sangat. Nurse nak ctg baby dulu. Pasang ctg, saya cakap nurse tak ctg nurse sakit ni. Sakit sangat. Nurse tanya nak check jalan, check bukaan. 6cm!

Nurse cakap, labor room labor room dah 6 cm. Terus cakap kat mama tolong panggil suami jap.

Terus ke labor room pada 9.45 pagi.

Ngeri bila ingat balik contraction ni haha. Suami sentiasa bersama saya sepanjang dalam labor room. Urut saya, bagi saya cengkam tangan dia, tumbok belakang dia sampai nurse kata kenapa buat suami macam tu. Hahaha . Bukan tumbok kuat pun nurse. 

Nurse suruh selawat dan tenang. Eeeee, macam mana nak tenang dah sakit ni. Hee.

Okay seriously saya tak pandai push, jenuh doc cakap jangan pejam mata masa push tapi saya terpejam gak. Adoi.

Tapi akhinya tepat jam 2.10 petang 02.01.16 lahirlah seorang baby boy. Alhamdulillah.



Terima kasih buat suami dan mama yang banyak jaga saya sepanjang saya berpantang. Bab pantang, next entry kita sambung. Daaa.

Fuh! Lega dapat menaip setelah 10 bulan bersalin. Alhamdulillah saya bersalin naturally, tak perlu induce. Baby memang dah tak sabar nak keluar sebenarnya. Thank you jugak untuk nurse dan doc HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Dari mula masuk sampai bersalin yang handle saya semua perempuan. Alhamdulillah.

:)


Friday 9 September 2016

Selamat Hari Raya Aidiladha

Inshaallah esok kitorang gerak balik kampung. First time travel dengan anak yang dah start makan. Harus segala kelengkapan dibawa balik. Blender pun bawak uolls. Hahahahaha.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua. Aaaminn...

Tuesday 30 August 2016

Hai hai hai

Assalamualaikum.

Lamanya tak bersiaran. Ni curi masa sikit menaip sementara nak ambik Nuh kat nursery. Hihi. Masih tak berkesempatan nak bercerita tentang proses melahirkan Nuh. Tahu-tahu Nuh dah nak masuk 8 bulan dah beberapa hari lagi. (^_^)'




Jadual saya pun dah berubah 100% sejak ada Nuh. Hihi. Jadual yang padat tapi alhamdulillah suami banyak tolong saya. Kadang nak basuh baju pun tak sempat tambah-tambah saya fully breastfeed Nuh. Tak banyak masa dah ni. InshaAllah, nanti saya menaip lagi. 

Take care.

Friday 13 May 2016

Alahai anak... :P

Assalamualaikum.

Saya baru bukak laptop dengan harapan nak up satu entry sebab Nuh tido. Sekali mata dia dah bukak daaa. Kena sambung lain kali la pulak. :P


Friday 18 March 2016

Random di kala anak tido.

Assalamualaikum.

Kata nak update lepas balik KL, nan adooo :P Saya dah balik KL nak dekat sebulan dah rasanya tapi sekali pun tak sempat nak bukak laptop. Anak tido, terus pegi siapkan keje terbengkalai. Nak masak pun kena tunggu suami balik sebab anak nak melekat je dengan ibu dia ni haa. 

Lagi seminggu nak masuk kerja, sebenarnya saya dan suami dah book nak hantar taska area rumah kitorang ni since ramai kawan-kawan kat tempat kerja suami pun hantar situ. Tapi akhir-akhir ni ada pulak yang buat saya ragu dengan persoalan, confident ke nak hantar taska dengan sekarang ni banyak isu pasal taska. Haih, kita cuba lah dulu. Dua-dua ada pros and cons sebab semuanya berbalik kepada individu tu sendiri. Kita sebagai mak ni hanya mampu berusaha yang terbaik untuk anak seterusnya tawakkal pada Allah semoga Allah lindungi anak-anak kita.

Btw, anak saya 76 hari lebih kurang 2 bulan 16 hari umur dia. Cepatnya masa berlalu. Betul mama cakap, masa pregnant rasa lama sangat nak tunggu dia keluar, perasaan bercampur-campur. Teruk jugak sy psycho masa pregnant, selalu duk fikir bukan-bukan tapi lepas tu istighfar balik, haih. Sekarang, tup-tup dah nak masuk 3 bulan dah. 

Awal-awal lepas lahir anak warded lama sebab kuning. Memang musim kot sampai kawan saya cakap anak-anak sebelum ni kuning tak sampai seminggu, ni anak kelima 2 minggu tak hilang lagi. Anak saya 2 minggu warded, kuning sebulan lebih baru betul-betul hilang. Ibu macam tak berpantang sangat duk pi mai pi mai hospital. Lepas discaj, still tak boleh makan jamu, halia, lada hitam, bawang putih sebab takut kuning naik. 

Dalam anak duk kuning, saya pulak batuk, demam dan selsema. Mama saya risau sangat sebab dalam pantang duk sakit-sakit. Masa tu saya tak boleh angkat kepala langsung sebab kalau angkat dunia ni berpusing-pusing. Bp low sangat, anak kuat menyusu tapi makanan yang saya boleh makan terhad sangat masa tu. Pegi hospital, drip air makan supplement dalam seminggu lepas tu baru la betul-betul okay. Seksa weh. Huhuhu.

Bila anak dah sihat, teruslah saya makan jamu. Saya amik Phytonatal dan Akar Herbanika Nona Roguy.



Walaupun duk pi mai pi mai hospital, barut perut tak tinggal. Untuk barut, mama dah beli minyak bidara. Best sangat minyak ni, sampai sekarang saya guna. Masa bidan datang nak urut dan tungku pun saya bagi minyak ni untuk dia urut.





Banyak lagi nak cerita, tak cerita lagi saat-saat nak bersalin. Hahahaha. Yang tu macam-macam hal. Kelakar pun ada. Nantilah kalau ada masa pula. 

Nak lipat kain pulak.


Daaaa.

Tuesday 2 February 2016

Baby Nuh


Assalamualaikum w.b.t

Lamanya tak bersiaran. Alhamdulillah wa syukurillah saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki 2 Januari 2016, jam 1410. Hari ni pulak genap sebulan dah baby.


Boleh panggil Nuh.


Panjang lagi nak cerita, tunggu saya balik KL nantilah saya ceritakan. Tak best taip guna phone.

Hihi.



Genap sebulan hari ni. :)