Saturday 28 February 2015

Jaley jaley hujung minggu

Macam biasa, kalau hujung minggu ade je aktiviti. Aktiviti makan kat luar lah selalunye. Hihi. Hari ni makan tengah hari kat Kudu Bin Abdul. Suami ai ni suka sangat berkari-kari bagai. Baru last week dah pesan kat ai kata tak mau dah makan kari, gulai semua sebab kolesterol tinggi dalam darah. Beberapa minggu lepas suami asyik sakit kaki, doc suspek gout tau haih. Bila check darah alhamdulillah takde, tapi kolesterol pulak tinggi. Kena beringat la ye, jangan tengok orang gems je kata dia kolesterol tinggi. Suami ai yang kecik molek pun kena, walaupun tinggi bukan tahap bahaya tapi possibilities untuk makin naik tu ada.

Lari topik plak weh. Hahahaha. Okay lepas makan, sama macam selalu gak mesti tak tahu nak pegi mane. Mula-mula nak gerak balik, sampai area Kampung Baru suami kate,

"Jom pegi KLCC, saya nak cari buku Nike"

"Kenape dengan buku tu..?"

"Ada koleksi gambar kasut Nike 70's, orang cakap bookstore kat KLCC ade"

"Elok gak, aye pun nak cari Diagnosis"

Sampai sana, jalan-jalan dan pegi lepak Kinokuniya. Sampai sana tengok ramai orang, rupanya ada Majlis Pelancaran Buku. Saya tak pulak amik gambar, jadi saya print screen la gambar dari FB Konikuniya. Hehehe.  Diari Nona Gila by Takahara Suiko dan Whatever You Say I Am by Anwar Hadi.



Diagnosis out of stock. Tu la, awal-awal dulu takmo cari.  #88lovelife pun takde sebab katenya jual online je. Padahal dah tahu online je sebab hari tu nampak komen kat IG Diana tu ada seller komen boleh beli dengan dia, tapi tak ingat dah sape. :]


  
Sambil suami tengok buku Nike dia tu, saya ambil buku ni dan baca. ;) Banyak benda lagi saya kena belajar sebab saya ni kadang macam budak-budak sangat padahal umur di ambang 30 dah weh. 
 

 

Okay ni sedap sangat! Saya teringin nak minum coffee, haih padahal dah janji dengan diri nak avoid tapi hari ni tak tahan la. Suami try ABC special, sedap plus ais dia gebu gebas. Len kali kalau datang sini lagi boleh ngap lagi ABC nih. Heeee.


Okay tu je la dulu.

Daaa~


Friday 27 February 2015

Sebahagian dari usaha

Lupa nak cerita weh. 2 minggu lepas saya buat rawatan bekam. Ni kali kedua saya berbekam. First dulu buat bekam untuk buang toksin, 14 cups semua di belakang badan. Kali ni buat bekam kesuburan, 2 kat perut dan 8 kat belakang. Kali ni macam tak puas sikit. Sebab tak banyak darah yang keluar. Akak tu cakap yang banyaknya angin.

Kali kedua ni jugak saya cuba kat tempat lain, kat Dato Keramat. Banyak weh dia cucuk, tak terkata banyaknya HAHAHA. Kalau yang first dulu, takde la banyak macam tu. Ngeri jugak tapi alhamdulillah la lega lepas bekam tu. Cuma kat perut tu sekejap je dia buat, tak tunggu lama skit. Maybe sebab ada customer lain datang kot.

Cycle kali jugak saya try Jamu Yusuf Zulaikha.


SUMBER : GOOGLE


Fungsinya :

ЈΑΜU ΖURΙΑΤ: ‪‎ΥUЅΟF (untuk SUAMI)

Μеnіngkаtkаn tеnаgа
Μеmеkаt dаn mеmbаnуаkkаn аіr mаnі
Μеnсеgаh kесut, kеndur dаn kеdut
Τаhаn lаmа dаn bеrdеnуut
Μеnаіkkаn nаfѕu
Μеngаtаѕі mаtі рuсuk
Μеngurаngkаn ѕtrеѕѕ dаn mеngаtаѕі mаѕаlаh bаrаn

 ЈΑΜU ΖURΙΑΤ: ‪‎ΖULΑΙΚΗΑ (untuk ISTERI)

Μеngаtаѕі kеѕukаrаn mеndараt zurіаt
Μеnаіkkаn kеіngіnаn, mеmеkаtkаn dаn mеrараtkаn
 Μеngаtаѕі kеrар kеgugurаn
Μеrаwаt реrаnаkаn lеmаh/јаtuh
Μеnсаntіkkаn Μіѕѕ V
Μеnсеgаh kесut, kеndur dаn kеdut
Μеngеtаt dаn mеlеmbарkаn fаrај
Βеntuk bаdаn mеnаwаn, mеmејаlkаn рunggung dаn рауudаrа
Μеngurаngkаn ѕеnggugut
Μеlаnсаrkаn hаіd
Μеlаwаѕkаn реrkumuhаn

** Τаk ѕеmеѕtіnуа реrlu аmbіl kеduа-duа ѕеt tеtарі аdаlаh lеbіh bаіk јіkа kеduа-duа раѕаngаn mеngаmаlkаnnуа.

Saya beli 2 set untuk saya dan suami. Tapi suami saya ni kan haih liat sangat nak makan apa-apa kalau tak hulur depan mata dia tau. Saya baru je makan beberapa hari. Start semalam asyik farting tak berhenti heeee. Pastu alhamdulillah membuang pun setiap hari, kalau tak....hmmmmm. Hihihi. Saya nak tengok cycle period saya macam mana lepas ni sebab sebelum consume jamu ni saya asyik spotting je. Tu yang saya pegi bekam. Memang tak pregnant sebab dah test "not pregnant". Terus guna yang ClearBlue. Puas hati sket jawapan dia. Harap ada perubahan lepas ni.

 :)

Stress Punca Tidak Subur

Paste kat sini, nanti boleh tengok selalu. Orang cepat lupa cenggini la. Hehe. Bulan ni stress punya pasal, saya asyik brown spotting je. Herrrrr. Tak jadi jumpa Dr untuk start clomid.



Salah satu punca tidak subur ialah stress. Selalu stress. Stress melampau. Trend masa kini ramai wanita berkerjaya yang memegang jawatan-jawatan penting dalam sesuatu organisasi. Setiap hari berdepan dengan pelbagai situasi mencabar. Keadaan ini akan menimbulkan stress atau tekanan yang akan memburukkan lagi masalah kesuburan wanita.

Tahap stress yang melampau kepada wanita akan menyebabkan hormon tidak dikeluarkan dengan baik dan seterusnya gagal mengeluarkan telur dari ovari. Keadaan ini dinamakan stress-induced anavulation. Jika kitar haid tidak mengalami ovulasi, bermakna tiada ovum dikeluarkan dan tidak dapat disenyawakan. Hamil adalah sesuatu yang mustahil.

Stress akan mempengaruhi bahagian otak yang dikenali sebagai hipotalamus yang memainkan peranan dalam penghasilan hormon-hormon gonad. Stress juga didapati mempengaruhi sistem imunisasi yang akan mengganggu proses awal kehamilan.

Stress juga akan mengganggu emosi pasangan sama ada lelaki atau perempuan. Ia akan mengurangkan rasa ghairah terhadap aktiviti seks sehingga jarang berlakunya kekerapan berjima' yang menyebabkan terbantutnya peluang untuk hamil.

Tips bagi memperkukuhkan kesuburan bagi pasangan berkahwin:-

*Urus stress secara bijak dengan pergi bercuti ke tempat peranginan yang sesuai bila anda mula merancang untuk mengandung.
*Nikmatilah hubungan kelamin dengan tenang tanpa perlu memikirkan sangat tentang keinginan untuk menimang zuriat buat sementara waktu.
*Solat hajat, terdapat amalan-amalan dan zikir-zikir khusus untuk memudahkan anda menimang cahaya mata.
*Dapatkan berat badan ideal dengan diet seimbang dan senaman
*Amalkan diet sihat - diet seimbang, makan banyak sayur - sayuran dan buah - buahan setiap hari, kawal pengambilan daging ayam atau ternakan yang disuntik. Cuba beralih kepada ayam organik
*Amalkan pengambilan makanan yang mempunyai pelbagai vitamin.

Tips kuruskan badan secara semulajadi

Paste kat sini, nanti boleh tengok. Ahaks!

1. Limau nipis
Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.

2. Nanas
Buah nanas dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kekacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisul dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan tidak terlalu masak, kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.

3. Buah delima
Buah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiao bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam, dan tapis. Amalkan minum dua hingga dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

4. Lobak merah dan timun
Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehinggaanda mencapai berat badan yang diinginkan.

5. Daun salam (atau daun kari)
Daun salam atau dipanggil daun kari biasanya digunakan didalam masakan. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, antaranya adalah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, cirit-birit dan mengurangi obesiti. Bagi yang ingin mengurangkan obesiti/ kuruskan badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.

6. Halia
Jus halia ini pula perkongsian dari kawan cik tom. Jus halia sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air limau memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih.Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.

*copy and paste*

Friday 13 February 2015

TTC 6 - Next step


Lama betul nak boleh ke update blog ni. Zaman bujang dulu, rajin nau hari-hari update. Lepas kahwin, banyak yang takdan. Hehe. Lepas HSG, Isnin review result dengan Dr. Okay je semua, hari tu tak TVS pun. Kalau dikira, lepas ni terus IUI, tapi sebab saya tak pernah lagi amik Clomid, so Dr suggest untuk try dulu 1 atau 2 cycle. Kalau tak berjaya, proceed IUI.

Sekarang tengah tunggu period datang. Frust betul kot, dah 3 cycles okay je period walaupun 35 hari. Ni dah CD42, tak period pun lagi. Cuma sekarang spotting je, ingat spotting beberapa hari datanglah period, tapi nan hado. Haih, maybe saya stress sangat 2 minggu lepas tu yang lambat tu. Takpun sebab banyak makan. Geram pulak bila fikir pasal kerja ni.

So sebab takde tanda-tanda lagi nak period dan maybe tak period bulan ni, saya dah book untuk bekam Isnin depan. Lama dah tak bekam. Dulu saya bekam di Sri Gombak, kali ni saya cuba cawangan Noraini Bekam kat KL ni. Dengan Kak Fina.Nak buat bekam kesuburan. 2 cup kat perut, 6 kat badan. Harap semuanya okay.


Daaa~