Thursday 20 April 2017

Alhamdulillah. :)


Baru balik dari hospital. Alhamdulillah dah nampak dah sac adik Nuh. Sekarang baru 4w 5d dan due inshaallah 24.12.2017. Barulah boleh nak bercerita sikit sementara Nuh masih kat taska. Hihi.

Sebenarnya last period sy pada 27.12.2016. Bulan 1, 2 dan 3 tu manjang la sy asyik check upt semuanya BFN. So sy buatlah tak tahu je. Masuk pertengah bulan April ni sy mula prasan yang setiap kali sy pam susu makin sikit. Haish kenape pulak kan. Bila test upt pada 11.4 tu naaahhh BFP. 

Sy secara jujurnya terus rasa nak menangis dan lemah lutut. Suami pulak masa tu takde sebab kursus. Pagi tu jugak sy whatsapp suami bagitahu, terus suami cakap dia pening dan terus teringatkan Nuh. Of course we are planning to have another baby tapi bukan lah dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya nak tunggu Nuh wean off dulu.

Ini akibatnya kalau plan sendiri hehehe. Tapi emosi celaru suami isteri sekejap cuma, terus we olls plan untuk next year dan terus jadi happy dan terus suami panggil Nuh "abam" =.='

Semoga adik Nuh membesar dengan sihat dan selamat. Inshaallah. Masih jauh perjalanan. Semoga ibu masih dapat BF nuh dan simpan stok untuk Nuh. Bak kata mama "jangan ingat anak sulung susah nak dapat, yang kedua pun susah" 

Alhamdulillah.

:)

Eh lupa, kali ni pun sama macam kes Nuh dulu. Ada dua sac. Kalau tengok gambar belah kanan ada yg gelap tu tapi doc tak boleh nak ukur. So tunggu next month untuk tengok dia membesar ke x. Kalau x, kira 1 saje la.





Wednesday 19 April 2017

Tak boleh move on lagi

Cerita ni memang beri kesan mendalam sangat pada sy. Sangat mengimbau zaman kanak-kanak. Antara lebih kurang ayat masa episod last.

"sy rindukan zaman itu, kerana masa tu ibu dan bapa sy masih muda dan kuat"

Huu.



Saturday 15 April 2017

Dan sebenarnya


Jawapan untuk semua persoalan, 


our sweet little boy


11 April 2017




:)

Apa-apa pun tunggu confirm dengan dr dulu. Semalam pegi scan tak nampak lagi.



Saturday 8 April 2017

Simptom pcos kembalikah?

Assalamualaikum,

Terus kepada tajuk la kan. Sy sebenarnya dah mula rasa pelik sebab last period sy Disember 2016 kot. Aduhai, selepas bersalin period sy mula datang masa umur Nuh 9 bulan iaitu pada bulan Oktober 2016. Dah berapa sticks upt saya test semuanya BFN. Sy rasa sebab berat naik mendadak dan sy craving sangat manis sejak akhir-akhir ni. Ni dah start naik balik jerawat kat dagu seperi masa lalu. T_T

Masa sy pregnant Nuh, sy langsung tak suka kek and benda manis-manis. Tapi start bulan Feb tahun ni, sy mula craving. Sangat! Berat dari 52 dah jadi 57 sekarang. Dah la 52 tu last sy dapat masa sy kat Uni. Huaaaa, okay fully breastfeed bukanlah alasan kukuh okay untuk kekal kurus ditambah sekarang anak dah besar dan boleh jalan so maknya banyak la masa terluang.

Sebelum ni, nak jejak dapur nak suap makanan pun tak sempat. Anak nak mengempeng je.Tapi tak sure lak normal untuk breastfeeding mommy period tak tetap macam tu. Sy dah email dr, tunggu dr balas. 

Nampaknya kena usaha untuk turunkan berat balik. Ada terdengar ke terbaca (penyakit lupa berleluasa) lebihan 700 kcal yang kita makan akan menyebabkan berat naik 1 kg. Kalau salah tolong betulkan.Ikut bmi, sy kena dapatkan berat 48kg plus suami sy kecik molek orangnya. Sy tak mahu dah jadi raksasa balik macam dulu.

bukan kaki sy