Thursday, 10 August 2017

21 weeks 2 days

Sekejap je rasa masa berlalu. Dah 21 weeks dah sy minggu ni. Perubahan of course la dari segi berat =.=" Semalam check up kk nurse cakap sebab dah 2 kali berat naik mendadak so next week kena mgtt. Dah la next week kena mgtt kat pusrawi jugak. Aduhai. Habis la 2 kali seminggu minum ayaq gula. Tadi duk sembang dengan baba, tanya la dia tak boleh ke kita gitau result mana2 yang kita minum dulu air gula tu. Baba pun takde jawapan. Jenuh la ibu.

Tapi hadap je la. Ni sema gara-gara durian. Tak tahu la kenapa kalau makan durian confirm berat naik. Padahal makan sikit je. Ni nurse cakap 21 weeks sy dah naik 6kg++, ada balance lagi 6 kg sampai bersalin. Sebenarnya normal la berat naik kan. Cumanya sebab naik banyak sangat. Hesh.

Di samping cerita pasal mgtt, minggu ni jugak ada rezeki untuk kami sekeluarga. Selepas hampir 4 tahun duk berulang jauh, akhirnya sy dapat tukar dekat dengan rumah. Ni lunch hour siap boleh balik umah kejap. Hihi. Alhamdulillah. Syukur sangat tak payah nak hadap jem, highway and tol. Semua tu kos tau.

Rasa macam tak percaya. 1st day keje dekat terus ajak baba lunch sama-sama. Hari ni pun sempat lunch sama-sama then baba balik klinik, sy balik umah jap. Alhamdulillah. Harap baba belikan scooter untuk ibu sebab bazir je minyak pegi dengan kete :P Tapi baba dah cakap "pandai lagi ke bawak motor?" haha. Kite belajar la balik.

Okay la, nak rehat n solat dulu. Ada masa boleh le menaip lagi. Daa.

Monday, 19 June 2017

View paling tinggi


Assalamualaikum.

Hari ni dapat komen lagi di post Sebahagian Dari Usaha. Ramainya yang view post tu. Bile kite tengok kat post, dah 7600 view dah. What???! Serba salah pun ada, sebab kite sendiri tak sure mana satu asbab kite pregnant bile ade yang tanya sesuai or berkesan tak jamu tu. Yang first sekali of course la rezeki dari Allah dan dah sampai masanya kan. Di samping tu banyak kot yang kite buat sebelum kite pregnant. Boleh tengok kat post Pemakanan Dan Tips Sebelum Positif Upt.

Semoga kawan-kawan yang masih ttc, bakal mendapat khabar gembira suatu hari nanti. Allah maha mendengar dan maha mengasihani. Yang penting jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah.

Salam sayang dari kite.

*hugs*

Friday, 16 June 2017

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Walaupun agak terlewat nak ucap sebab kita sudah pun berada di penghujung Ramadhan tapi kite nak ucap jugak selamat menyambut ramadhan al mubarak untuk semua yang membaca blog kite ni. Ahaks! Ada ke yang baca? Hmm.

Tahun ni merupakan tahun ke 4 saya dan suami menyambut ramadhan bersama-sama. Dan syawal nanti adalah anniversary kitorang yang ke 4 weehuuu! Alhamdulillah. Macam-macam yang kitorang hadapi bersama-sama. Walaupun dah kenal 7 tahun sebelum kahwin, bila dah kahwin sangat lain perasaannya. Hihi.

Apapun, sempena bulan ramadhan yang mulia dan penuh dengan barakah ni, saya doakan agar kawan-kawan dan pembaca blog saya beroleh kebahagiaan dan kegembiraan yang maksimum dalam kehidupan korang. Saya juga doakan semoga Allah makbulkan doa/permintaan kawan-kawan sekalian. Aaaamiinn.

Untuk yang bakal pulang ke kampung next week, silalah berhati-hati di jalan raya. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Jangan lupa doa naik kenderaan, ayatul qursi dan bismillahi lazi.

.LOVE.

Thursday, 20 April 2017

Alhamdulillah. :)


Baru balik dari hospital. Alhamdulillah dah nampak dah sac adik Nuh. Sekarang baru 4w 5d dan due inshaallah 24.12.2017. Barulah boleh nak bercerita sikit sementara Nuh masih kat taska. Hihi.

Sebenarnya last period sy pada 27.12.2016. Bulan 1, 2 dan 3 tu manjang la sy asyik check upt semuanya BFN. So sy buatlah tak tahu je. Masuk pertengah bulan April ni sy mula prasan yang setiap kali sy pam susu makin sikit. Haish kenape pulak kan. Bila test upt pada 11.4 tu naaahhh BFP. 

Sy secara jujurnya terus rasa nak menangis dan lemah lutut. Suami pulak masa tu takde sebab kursus. Pagi tu jugak sy whatsapp suami bagitahu, terus suami cakap dia pening dan terus teringatkan Nuh. Of course we are planning to have another baby tapi bukan lah dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya nak tunggu Nuh wean off dulu.

Ini akibatnya kalau plan sendiri hehehe. Tapi emosi celaru suami isteri sekejap cuma, terus we olls plan untuk next year dan terus jadi happy dan terus suami panggil Nuh "abam" =.='

Semoga adik Nuh membesar dengan sihat dan selamat. Inshaallah. Masih jauh perjalanan. Semoga ibu masih dapat BF nuh dan simpan stok untuk Nuh. Bak kata mama "jangan ingat anak sulung susah nak dapat, yang kedua pun susah" 

Alhamdulillah.

:)

Eh lupa, kali ni pun sama macam kes Nuh dulu. Ada dua sac. Kalau tengok gambar belah kanan ada yg gelap tu tapi doc tak boleh nak ukur. So tunggu next month untuk tengok dia membesar ke x. Kalau x, kira 1 saje la.





Wednesday, 19 April 2017

Tak boleh move on lagi

Cerita ni memang beri kesan mendalam sangat pada sy. Sangat mengimbau zaman kanak-kanak. Antara lebih kurang ayat masa episod last.

"sy rindukan zaman itu, kerana masa tu ibu dan bapa sy masih muda dan kuat"

Huu.



Saturday, 15 April 2017

Dan sebenarnya


Jawapan untuk semua persoalan, 


our sweet little boy


11 April 2017




:)

Apa-apa pun tunggu confirm dengan dr dulu. Semalam pegi scan tak nampak lagi.



Saturday, 8 April 2017

Simptom pcos kembalikah?

Assalamualaikum,

Terus kepada tajuk la kan. Sy sebenarnya dah mula rasa pelik sebab last period sy Disember 2016 kot. Aduhai, selepas bersalin period sy mula datang masa umur Nuh 9 bulan iaitu pada bulan Oktober 2016. Dah berapa sticks upt saya test semuanya BFN. Sy rasa sebab berat naik mendadak dan sy craving sangat manis sejak akhir-akhir ni. Ni dah start naik balik jerawat kat dagu seperi masa lalu. T_T

Masa sy pregnant Nuh, sy langsung tak suka kek and benda manis-manis. Tapi start bulan Feb tahun ni, sy mula craving. Sangat! Berat dari 52 dah jadi 57 sekarang. Dah la 52 tu last sy dapat masa sy kat Uni. Huaaaa, okay fully breastfeed bukanlah alasan kukuh okay untuk kekal kurus ditambah sekarang anak dah besar dan boleh jalan so maknya banyak la masa terluang.

Sebelum ni, nak jejak dapur nak suap makanan pun tak sempat. Anak nak mengempeng je.Tapi tak sure lak normal untuk breastfeeding mommy period tak tetap macam tu. Sy dah email dr, tunggu dr balas. 

Nampaknya kena usaha untuk turunkan berat balik. Ada terdengar ke terbaca (penyakit lupa berleluasa) lebihan 700 kcal yang kita makan akan menyebabkan berat naik 1 kg. Kalau salah tolong betulkan.Ikut bmi, sy kena dapatkan berat 48kg plus suami sy kecik molek orangnya. Sy tak mahu dah jadi raksasa balik macam dulu.

bukan kaki sy