Saturday 17 January 2015

TTC 5 - Pengalaman HSG saya.


Baru ada peluang nak menaip. Sibuk sangat sebab dah bukak sekolah ni. Sabtu lepas saya berpeluang untuk merasai pengalaman prosedur HSG. :)


sumber : google



Apakah Hysterosalpingogram (HSG)?



HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

 
sumber:google


Bila prosedur ini boleh dilakukan?



Ujian HSG hanya akan dilakukan pada hari 10-13 dalam kitaran haid. Ini adalah bagi mengelakkan ujian dijalankan pada masa subur. Ujian ini boleh mengakibatkan kekejangan kepada perut akibat kemasukan dye, namun begitu kesan ini sangat minima dan tidak membawa kesan negatif kepada pesakit.


So, kitorang sampai Pusrawi dalam pukul 10 dan buat pendaftran dan masa tu saya CD10. Sebab hari Sabtu sibuklah sikit sebab diorang separuh hari je. Saya memang nak buat hujung minggu so tak payahlah nak ambik mc or cuti.

  1. Duduk kejap dengan suami kat depan, nurse panggil masuk dalam bilik dan salin pakai baju yang telah disediakan. Warna purple bajunya. Hihi.
  2. Nurse suruh duduk kejap sebab Dr sibuk ada banyak patient. Dalam 15 minit kemudian, nurse suruh baring dan buka kaki macam nak bersalin tu.
  3. Dr datang dan mulakan prosedur. Takut jugak tapi nurse suruh rilex dan letak kedua tangan atas bantal.
  4. Dr masukkan spekulum dan rod panjang dan masukkan dye.
  5. Masa Dr masukkan dye tu rasa jugak senak.
  6. Dr suruh mengiring skit ke kanan untuk snap pic, yang ni senak dia lain macam.
  7. Lepas tu mengiring ke kiri. Senak/sakit tapi terkawal.
  8. Dr keluarkan semua alat, sambil saya dalam keadaan baring Dr review result saya dengan tunjuk gambar-gambar dari mula sampai habis. Ada 6 keping semuanya.

Lepas rehat kejap, bersihkan mana patut dan salin baju balik. Bleeding jugak sikit tapi sehari je. Esoknya dah kering. Keluar dari bilik tu saya cari suami saya. Sebabnya beg dan phone semua kat dia. Tengok depan kaunter dia takde, tahu dah ni mesti pegi cafe kat depan bahagian radiologi tu. Amboi, sedapnya dia makan nasi lemak sebungkus. Hahahaha. Saya duduk situ dan suami tanya nak makan tak. Saya kata tak nak la. Suami kata, sedap ni rugi kalau tak rasa. Suami bangun dan ambik 2 bungkus nasi lemak. Menambah dia makan noh..

Tengah makan, nurse call tanya ada kat mana. Hehehe. Kelakar pulak, patutnya keluar dari bilik tu kena terus pegi kaunter amik resit untuk buat bayaran, saya elok datang makan dulu. Lepas makan, setelkan bayaran.

Alhamdulillah, result tube saya okay. *Wink2* Tunggu Isnin untuk review result penuh dengan Dr Nastasha.

Nanti saya ceritakan pulak consultation saya dengan Dr Natasha pada hari Isnin tu. :)

update: HSG di Pusrawi RM300, campur dengan apa lagi ntah total semua RM314.

Till then,
Daaaaa..

Monday 12 January 2015

Alhamdulillah


Dah setel HSG, nanti saya cerita-in. Busy bila dah start buka sekolah ni. Ahaks!



Friday 9 January 2015

Dup dap dup dap, esok HSG


Since saya dah period 1 Januari lepas, saya call untuk buat HSG pada 10hb. Then email Dr Natasha bagitahu yang saya booked pada CD10 untuk HSG. Dr suruh saya jumpa dia. So saya pilih hari Rabu.

TVS untuk check rahim dan ovari. Sebelah kanan ada telur yang sedang membesar. Semuanya okay dan boleh proceed untuk HSG esok hari. Sebelum ni Dr dah bekalkan saya dengan ubat dan borang. Dr bagi saya Zithromax 4 biji untuk dimakan malam ni. 4 biji sekaligus dan Clebrex untuk sebelum HSG dan 1 biji lagi petang, petang tu makan kalau sakit.

Btw, Dr cadangkan lepas HSG next cycle boleh buat IUI. Saya nak jugak tapi saya nak turunkan berat badan dulu. 5-10% dari berat sekarang. Susahnyaaaaa nak turun berat ni....Ape pun Dr kata, jangan fikir sangat lagi pasal IUI, kita setelkan HSG dulu. :) Result review hari Isnin depan.

Saya akan buat HSG ni kat Pusrawi. Kos dia RM300. Yang ni tak cover la. Huhuhu. Berdebar-debar pulak. Sekarang tengah Google maklumat pasal HSG. Yang penting mental kena bersedia. Wish me luck!!