Friday 31 July 2015

Pemakanan dan tips sebelum positif UPT.

Assalamualaikum semua.

Heee, bagi salam pulak kali ni. Dalam bulan Syawal ni, banyak bebeno rumah terbuka lah, sekolah terbuka lah, dewan terbuka lah kan. Dah pesan kat diri sendiri makan tu jangan over sangat, tapi kadang terbabas jugak. :P


Entry kali ni saya nak berkongsi serba sedikit tips tentang pemakanan dan usaha-usaha yang saya dan suami buat sebelum dapat postive UPT bulan 4 lepas.

Supplement/Pemakanan (saya)

  1. Multivitamin Blackmores
  2. Asid Folic
  3. Fish Oil
  4. Susu kambing Hiraq dan Syifa
  5. Pati Delima Gulsan
  6. Air suam + hirisan lemon setiap pagi dan petang
  7. Jamu Zulaikha (on off)

Supplement/Pemakanan (suami)

  1. Tribestan (untuk meningkatkan performance sperm)
  2. Madu
  3. Jamu Yusuf (on off)
  4. Air lemon + madu
  5. Air lemon

Kalau nak diceritakan tentang pemakanan saya sebelum ni, memang teruk jugak. Tak terkawal. Semua benda saya nak makan. Dan fav saya adalah kelapa. Tak kiralah coconut shake ke, air kelapa ke, air kelapa + aiskrim, kelapa jeli semua tu fav saya. Saya selama ni tak sure yang saya ni sebenarnya tak tahu atau tak ingat yang fungsi air kelapa tu sebenarnya "mencuci". Bila tahu tu rasa macam, what?? Bila tahu masa hujung bulan 12,2014 tu terus saya stop.


Awal tahun 2015 saya mula stop kebanyakan makanan/minuman kegemaran saya. Antaranya;

  1. Semua yang ada air kelapa. Tapi, kuih yang ada kelapa tu saya makan jugak kadang-kadang.
  2. Adik beradik kopi.
  3. Kek
  4. Teh
  5. Nanas
  6. Ikan keli

Saya tetapkan azam yang saya nak pregnant dengan lebih sedikit usaha sebab nak try Clomid dan kalau tak berjaya, proceed to IUI.

Masuk Feb, saya ditukarkan ke tempat kerja yang saya tak mahu. Tapi, nak tak nak kenalah terima. Masuk tempat kerja baru, susah nak cari makanan tengah hari. Masa ni lah bermula aktiviti so-called diet saya.

Saya pernah buat diet atkins, tapi hanya bertahan sampai tengah hari. Sadis betul. Huhuhuhu. Jadi, sebab susah nak cari makanan tengah hari, saya mula ubah cara pemakanan dan cara hidup saya.

  1. Makan berat pada waktu pagi. Pagi tu jam 740 sekali dan pukul 10 sekali.
  2. Tak makan nasi waktu tengah hari. Makan buah dan minum air banyak-banyak.
  3. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis berais.
  4. Berzumba atau aerobik di waktu petang. Just amik masa dalam 30-40 minit sehari. Suami memang aktif futsal dan tak merokok.
  5. Makan sebelum malam. Kadang terbabas jugak bila suami ajak keluar malam.

Dua bulan yang pada mulanya terpaksa, buat berat saya dari 63kg menjadi 58kg tanpa saya sedari. Tahu pun masa appointment dengan doc, kena timbang dan check bp dan saya pregnant dengan berat 59kg.


Selain dari tu, saya jugak berusaha dari segi kerohanian. Allah, terasa diri sangat lalai sebelum ni.

Antara usaha since Feb 2015;

*Jumpa ustaz.

*Solat sunat taubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Terasa berdosa pernah terlintas nak delay untuk dapat zuriat masa awal kahwin dulu sebab masalah kewangan.

*Selalu baca doa untuk mendapatkan zuriat. "rabbi la tazarni" dan "rabbi habli", tak kira waktu. Time sujud terakhir, masa drive, lepas waktu subur, lepas bd. Boleh kata macam sepanjang masa ayat-ayat ni meniti di bibir saya sambil letak tangan di perut.



*Zikir "ya khaliq, ya bari', ya musowwir"

*Banyakkan bersedekah. Tak kira untuk siapa, saya banyak sediakan makan-makan untuk kanak-kanak, sedekah pada masjid, ibu bapa, suami dan lain-lain. Ada sekali saya keluar makan dengan suami, ada seekor kucing ni sampai hampir sekor ikan saya cubitkan untuk dia, selalunya dapat dua tiga mulut terus pergi. Pelik pulak, sebab kucing ni siap cuit saya dengan kaki dia huhu tapi lepas cubitan terakhir tu saya cakap slow-slow pada kucing tu "doakan saya direzekikan anak tau".

*Kirimkan doa pada rakan-rakan yang pergi umrah.

*Mohon ibu dan ayah doakan agar dipermudahkan urusan untuk mendapatkan zuriat.

*Sentiasa bergembira. Sebelum tu kan saya asyik stress fikir pasal tempat kerja baru. Tapi, fikir-fikir tak mengubah apa-apa pun. Tapi tak tahulah kenapa masuk bulan Feb tu saya mula suka tengok Running Man. Hehehehe. Asyik duk gelak dengan suami tengok game show ni.




 fav saya, sparta kook. kikikiki.


*Mohon maaf dengan semua orang terutamanya suami. 


*Bernazar, ada hukum mengatakan makruh. Saya tak cakap saya nazar tapi kata-kata saya tu macam saya nazar la jugak. Awal bulan 4 saya macam yakin yang saya akan pregnant. Nak kata instinct, macam tak masuk akal kan tapi Ya Allah kuat sangat perasaan saya masa tu. Jadi saya cakap pada suami "kalau aye pregnant cycle ni, aye akan bagi ape je yang wak nak"

Sekali, pregnant betul hehe alhamdulillah. Suami mintak belikan dia mesin mancing. T____T. Dah la saya tak berapa gemar hobi beliau tu. Tapi lepas saya pregnant, beliau cuti memancing sampailah saya bersalin InshaAllah. Jadi mesin tu, simpan dalam box dulu. :)


Rasanya itu sahajalah kot. Ini hanya usaha saya dan suami. Semua atas kehendak Allahu Taala yang menentukan segala-galanya. Mungkin dah sampai rezeki saya dan suami sebelum sempat mencuba Clomid dan IUI.

Setiap kali teringat, setiap kali tu la saya panjatkan syukur pada Allah Taala yang mengurniakan rezeki pada kami suami isteri secara naturally. Allah tahu kedudukan kewangan kami. Sebaknyaaaaaaaaaaaa.



Sampai di sini dululah. Semoga bemanfaat.

:') Kuatkan semangat!!






Thursday 16 July 2015

Second Trimester

Sedar tak sedar, hari ni genap 15 weeks kandungan saya. Alhamdulillah, loya dan muntah-muntah mula menjauh pergi. Sekarang tengah deal dengan keletihan. Keletihan bukan  sebab apa sangat, sebab badan makin membulat kot. Hihi. Selera makan pun dah mula bertambah. 

Selain dari membulat, sepanjang Ramadhan ni saya diuji dengan UTI (Urinary Tract Infections) :( Saya memang ada history dengan UTI sejak zaman sekolah rendah. Memang problem sedikit bila puasa. Bila puasa, badan kita akan kekurangan air. Untuk orang yang normal InshaAllah boleh tahan even kencing banyak kali. Untuk orang macam saya pula, bila kerap kencing di bulan  puasa lepas tu tak topup balik air, tu yang terjadinya infection di pundi kencing. Sakit abaq ang!







Takpelah, demi baby ibu sanggup hadapi apa jua dugaan. Lama dah tak scan ni. Last scan bulan 6 hari tu, next appointment untuk scan bulan 8 nanti. Sebenarnya terasa nak scan kat swasta tapi suami tahan saya hehehe. Sabar katanya. 


Tujelah buat masa sekarang. Saya beraya di rumah mentua dulu tahun ni. Nasib balik awal, takdelah kena hadap jem. Sebut pasal jem, untuk ttcians yang baru pregnant atau lepas hari subur,  jangan berani travel lagi tau. Kalau nak travel, lapik punggung dengan bantal atau kusyen masa dalam kereta tu. Ni 1st saya travel jauh sejak pregnant, KL-Ganu. Masa awal-awal dulu lagilah, keluar berjalan pun tak. Pergi dan balik kerja je. Bukan apa, kita tak tahu kondisi rahim dan baby kita macam mana. Apapun, sentiasa berdoa dan tawakkal pada Allah kerana Dia lah sebaik-baik pemberi pertolongan.


Selamat Hari Raya Aidilfitri :)