Thursday 10 August 2017

21 weeks 2 days

Sekejap je rasa masa berlalu. Dah 21 weeks dah sy minggu ni. Perubahan of course la dari segi berat =.=" Semalam check up kk nurse cakap sebab dah 2 kali berat naik mendadak so next week kena mgtt. Dah la next week kena mgtt kat pusrawi jugak. Aduhai. Habis la 2 kali seminggu minum ayaq gula. Tadi duk sembang dengan baba, tanya la dia tak boleh ke kita gitau result mana2 yang kita minum dulu air gula tu. Baba pun takde jawapan. Jenuh la ibu.

Tapi hadap je la. Ni sema gara-gara durian. Tak tahu la kenapa kalau makan durian confirm berat naik. Padahal makan sikit je. Ni nurse cakap 21 weeks sy dah naik 6kg++, ada balance lagi 6 kg sampai bersalin. Sebenarnya normal la berat naik kan. Cumanya sebab naik banyak sangat. Hesh.

Di samping cerita pasal mgtt, minggu ni jugak ada rezeki untuk kami sekeluarga. Selepas hampir 4 tahun duk berulang jauh, akhirnya sy dapat tukar dekat dengan rumah. Ni lunch hour siap boleh balik umah kejap. Hihi. Alhamdulillah. Syukur sangat tak payah nak hadap jem, highway and tol. Semua tu kos tau.

Rasa macam tak percaya. 1st day keje dekat terus ajak baba lunch sama-sama. Hari ni pun sempat lunch sama-sama then baba balik klinik, sy balik umah jap. Alhamdulillah. Harap baba belikan scooter untuk ibu sebab bazir je minyak pegi dengan kete :P Tapi baba dah cakap "pandai lagi ke bawak motor?" haha. Kite belajar la balik.

Okay la, nak rehat n solat dulu. Ada masa boleh le menaip lagi. Daa.