Wednesday 23 December 2015

Urut betulkan urat

Assalamualaikum.

Taip kat blogger apps je sebab  dah kat kampung. Sekarang dah masuk 38w. Sebelum ni saya selalu lenguh-lenguh badan. Masa nak masuk 37w travel balik kampung, ya ampun dah macam ape dalam kereta. Pusing kanan lenguh, kiri lenguh and yang pasti kena banyak berhenti sebab nak pee. :D

Suami dah balik KL, next week balik semula. Cerita pasal urut ni. Lama dah mama suruh saya pegi urut. Katanya bagi urat tu longgar sikit. Sejak masuk 7 bulan hari tu memang saya tak lena tido sebab tak selesa. Ye la, kita orang moden ni banyak ikut cakap dr, dr tak bagi urut kita pun ikut je la and diri sendiri pun tak berani nak tadah bagi orang sembarangan urut padahal zaman dulu bersalin pun dengan bidan jugak, kat rumah lak tu bersalinnya. Tapi tu dulu, salah satu sebab zaman sekarang ni susah nak cari bidan yang betul-betul pakar.

Nak cerita pasal urut dengan bidan yang selang berapa rumah je pun tapi susah nak jumpa dia sebab dia sibuk. Sebelum saya pegi urut saya tengok dulu gambar part yang tak boleh urut masa pregnant hihi tapi memang takde satu pun bidan sentuh part part tu. Bagus-bagus.

*titik larangan untuk wanita hamil*


Saya bahasakan acik je la senang, acik mula dengan tapak kaki, bukan semua tapi kat kawasan lekuk tu je pastu naik ke betis. Acik tanya pernah krem betis ke, saya jawab haah katanya urat bersimpul kat situ. Kat tulang pinggul acik tu kata saya pernah jatuh dulu. Haah, memang pun. Sakit la masa acik urut, padahal mama kata acik urut je bukan tekan pun. Huhu.

Dipendekkan cerita satu badan la acik urut. Acik sendawa kemain lagi. Dan  efek dia on the spot boleh rasa. Sebelum ni kalau nak tukar posisi kanan kiri memang susah, sambil acik pegang tangan saya tuk tukar posisi, eh tak sakit pun. Patutlah ramai booking dia, mak dia, nenek and moyang dia memang bidan dah. Acik cerita mak dia yang sekarang umo 80 pun still ada "angin" nak mengurut orang lagi even tak berapa sihat.


Bila tanya nak book dia awal tahun, katanya dah full cuma tengok je la sape yang bersalin dulu, boleh selit saya. Saya dah book orang tuk urut, tapi awal-awal kalau acik ada boleh la nak suruh dia urut dulu.


So, lepas dah beberapa hari urut ni, rasa lega and ringan sikit badan. Nak tukar-tukar posisi pun tak sakit dah. 


72.5kg mana tak berat nak bawak badan ni haaaaa. :D

InshaAllah ada masa saya menaip lagi. 


Daaa..


Monday 7 December 2015

35 weeks 6 days!

Assalamualaikum semua.

Lamanya kite tak menaip kat blog. Ada simptom tak mau menaip kat laptop cenggini la ghupenye. Terbiar je blog.

Alhamdulillah, kite dah nak masuk 36 weeks. Suami start cuti hari Rabu sebab kitorang nak balik kampung. InshaAllah kite bersalin kat kampung halaman kite. Makin lama makin nervous, tapi excited tu tetap ada. Semoga semuanya dipermudahkan. :) Doakan ye. Kite salu doakan kawan-kawan yang masih TTC akan dikurniakan zuriat.

Last trimester ni kite sangat jarang dapat tido sebelah malam, terjaga sebab rasa berat je kat perut even dah lapik dengan bantal, nak pegi tandas dan panas. Panas sebab rumah atau bilik kite takde aircond. Suami salu cakap, tak elok tido dalam aircond. Memang la tak elok, tapi kipas tu tak pernah nak tukar nombor lain. Asyik no 1 je. Hahahahaha. Sebelum kahwin, kipas siling memang salu nombor 5, kalau kipas meja or dinding mesti kena nombor 3 tapi............. itu semua dulu, lepas kahwin suami ajar kite suruh tido dengan kipas no 1. Tapi, elok jugak sebenarnya sebab lama-lama kite jadi imune. Bila kipas nombor 2 je, tambah-tambah kalau straight ke muka esoknya mesti hidung tersumbat. 

Kat ruang tamu pun sama, time orang datang je suami kuatkan kipas takut siblings, kawan-kawan or sedara mara pelik apekehal umah diorang ni kipas nombor 1 je. Hihi. Tapi sekarang kite kuatkan nombor 2 dah kat ruang tamu, tak tahan eeehhhh.


Bila nak cerita pasal sepanjang pregnancy ni, kite memang tak banyak meminta. Sampai suami pun cakap yang kite langsung takde mengidam ke apa. Awal-awal tu asyik lapar je la. Akhir-akhir pulak mula takde selera nak makan. Tapi kalau makanan ada depan mata, memang ku hadap je hihi..

Sakit belakang pun takde, semua ni ajaran suami kite la. Suruh kite sentiasa aktif and kena selalu make sure posture time duduk, berdiri tu betul.

Cuma yang paling ketara kite cepat letih je. Memanjang rasa nak tido. Perubahan ni paling ketara sebab sebelum pregnant kite hanya tido waktu malam je. Ini idak, pantang letak kepala memang confirm boleh terlelap. :P


 Nah, bibimbap belanja satu kaki kat ampa semua. Kikikiki. Time ni 31weeks. Muka tak pernah nak tunjuk, pemalu betul.



Ni pulak ibu bibimbap masa 33weeks duk lepak kat department suami lepas checkup. 


Itu saje la kot buat masa ni. InshaAllah ada kelapangan kite update lagi. 


Take care!




Monday 19 October 2015

Lamanya menunggu di Klinik Kesihatan?


Rasanya ramai ibu-ibu mengandung/tak mengandung yang mengadu/bercakap/bagitau yang kalau nak checkup atau dapatkan rawatan kat Klinik Kesihatan (kk) ni lama sangat. Ye la, kalau ibu mengandung ambil nombor pun bukan dia ikut turutan pun. Salah satunya sebab nombor tu terbahagi ikut kawasan. Dan bilik pun lain-lain kan.

Saya pun macam tu la, tambah saya ni mengajar. Lama pulak cikgu lain nak mengganti kelas saya masa saya tengah check up tu. Walaupun sebulan sekali. Huaaa, kite tak tahu hati orang ni.

Checkup 15.10.15 baru-baru ni, ada dua items yang saya kena buat. 

Scan
ANC

Untuk kali pertama la sejak mengandung, saya pergi kk awal. Sebelum 7.30 pagi. Yakni, 7.15 pagi saya dah sampai kk. Pintu depan buka 7.30 pagi. Disebabkan suami saya kerja kat situ, saya follow la beliau masuk ikut pintu staf kat belakang hihi.

7.20 mesin nombor tak buka lagi. Dalam 7.25 pagi diorang buka then dapatlah saya nombor pertama kemudian ada la sorang akak tu dapat masuk ikut pintu depan. Memang diorang akan utamakan ibu mengandung dan golongan warga emas untuk masuk seawal 7.30 pagi.

 selingan, hihihi.


Ambil nombor antara 7.30-8.00 pagi kena daftar kat kaunter depan dulu, baru boleh ke kaunter ibu dan anak.

Dah setel daftar, tunggu nurse bagi nombor dan bagi botol untuk letak urine and letak buku kat bilik tuk check hb dn tekanan darah.

Lepas check HB, tekanan darah.. Tunggu nombor untuk scan pulak. Lepas scan, masuk bilik nurse untuk ANC. 

Pegi pukul 7.15 setel nak dekat pukul 10 untuk scan dan ANC. Kalau salah satu je, dalam pukul 9 dah setel rasanya.

Jadi lepas ni, saya kena pegi awallah. Hihi. Tuje nak kabo. Pegi lambat siap lambat, pegi awal setel awallah sikit.


Kita kenalah faham kat kk tu ramai orang macam kita, saya pun ada check private gak. Sama jugak ramainya. Menunggu dan menunggu.

Jadi, kenalah banyak bersabooo..

:)
 

Sunday 18 October 2015

R U ready?


Di self service laundry. Tunggu baju siap kering.

Suami : Besar dah perut by.. Dah ready ke ni? *senyum*

Saye : Huu, takut and risau la jugak. Tapi excited.

Suami : Haaa, tak tahuuuu...

Saye : Ngeee..

Tuesday 6 October 2015

Deeper conversation


"And if you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me...."



  1. Random talk tentang waktu bersalin nanti selalu buat air mata kitorang bergenang.
  2. Suami tanya nanti nak baby panggil saya ape?
  3. Masa mula-mula baby start kick, saya bagitahu suami. Suami letak tangan kat perut dan cakap "baby, give me 5", terus baby kick!! Baby salu bagi kerjasama dengan suami, hihi. Kalau bagi salam, panggil dan sembang, memang akan respon la la tu jugak. Ibu is jeles.
  4. Suami extra caring, tambah-tambah sekarang dah mula tak selesa time tido.
  5. Suami ada bagitahu nanti kalau saya berpantang kat kampung, kebosanan la dia kat KL ni. Huu, sedih pulak. 
  6. Tuje la setakat ni.

Friday 25 September 2015

Fitflop yang best!

Salam Aidiladha semua!

Tahun ni tahun kedua untuk kami suami isteri beraya di KL. Kitorang kahwin 2013 masa raya puasa. Raya Haji beraya di kampung suami. Tahun lepas tak balik, tahun ni pun tak balik. Tahun ni tak balik sebab, suami nak save cuti dah untuk next year. Banyak dah beliau amik sebelum ni. Untuk balik kampung, memancing dan Aidilfitri.

Alkisahnya semalam di pagi raya saya just buat pulut cicah rendang.. Tengah hari kitorang keluar. Tanya suami nak pegi mana, suami cakap;

"kita pegi Paradigm la nak?"

"haaa okay je.."

Jalan-jalan dalam Paradigm Mall tu, ya ampun ramai sangat orang. Ni kes kat Factory Outlet ke ape namanya buat sales. Saya dan suami masuk la jugak tengok, kalau nak beli seluar tu memang berbaloi la tapi kalau setakat beli selai dua je pastu nak bayar memang kitorang tak la. Sebab panjang bebeno linenya.

Dalam tu pulak dah macam sardin hehehehehe. So, kitorang jalan lagi dan tengok Speedy buat sale jugak. Rasanya dalam Paradigm tu buat sales kot.

.
.
.
.
.
.

Sebenarnya, 22 September baru ni birthday saya. Hehehe. Tua dah. Tak lama dah nak cecah 30. Seperti tahun-tahun sebelum ni, saya memang tak pernah harapkan hadiah dari suami sebab suami memang suka bagi hadiah randomly sepanjang tahun.

Tapi malam birthday saya tu suami cakap;

"ce teka, saya nak bagi apa tahun ni? saye bagi 3 percubaan. kalau salah, kire cancel hehehehe"

"laa, ade jugak main tak jadi gitu?"

"ehhh, ofkos la.."

Okay, saya dah tak ingat apa yang teka. Hahahaha. Tapi tiga tiga tu salah.

 Suami pun cakap, ingat tak hari tu kita tengok sandal tebal tu. 

"fitflop tu eh??"

"haah, tapi sebab awak teka salah. no more"

"ape ni! ape ni! nakkk"

"hahahaha, no.."

Tapi semalam suami ajak masuk kedai ni dah suruh saya pilih, weee! Elok sangatlah sebenarnya beli Fitflop di musim-musim ni, sebabnya kaki saya dah mula sakit kalau jalan lama. Asyik duk pakai flat Clarks hadiah hantaran je. Heeee. Sampai dah terkopek tapak dalam walaupun luaran elok lagi. Beli flat H&M masa promo tapi pakai lama-lama kaki sakit jugak and yang tak tahan, kaki jadi busuk. Hahahaha.



Ce teka saya amik yang mana? 


Masa try saya duk jalan-jalan dalam kedai tu. Memang best, setakat ni la. Kena tunggu lagi dua tiga bulan kita bagi review lagi. Lepas beli terus pakai. Suami pulak beli cap. Alang-alang untuk second item dapat voucher RM40.


Last, makan!


Makan kat Nando's. First time try. Ingat Nando's ingat pulak kat diva AA tu. Kikiki. Ada kan dia selit jugak pasal Nando's masa kes Me'nate tu. 




Dulu masa aktif berblog kat blog lama, sikit-sikit ambik gambar. Sekarang....? Time teringat je hihi. Sebenarnya, masa pregnant ni lain sikit habit saya. Yang dulu suka sekarang tak suka. Yang dulu tak suka, sekarang suka.


Tapi, apapun kali ni cipta rekod sebab setelah sekian lama tak menaip panjang.

:P








Monday 21 September 2015

waiting....

-
-
-
-
-
-

“The longer you wait for something, the more you’ll appreciate it when you get it. Because anything worth having is definitely worth waiting for.”
~Anonymous~


 First saya jumpa blog dr tasha, saya buka bahagian HOME dan di akhir kata aluan dr, dr letak quote ni. Deep sangat quote ni. Kita semua pernah menunggu, tak kiralah menunggu untuk dapat kerja ke, kereta, pasangan, zuriat dan macam-macam lagi.

Sakit menunggu tu kadang tak dapat digambarkan dengan perasaan. Nak cerita pun tak tahu macam mana. Dulu saya nak sangat kahwin awal, tapi Allah tetapkan tahun ke 7 hubungan kami, barulah kami berkahwin.

Lepas kahwin saya create blog ni untuk saya ceritakan perjalanan hidup saya lepas berkahwin. Nak masukkan cerita jalan-jalan, being pregnant, having babies tapi lain pulak jadinya..Jadi blog pasal infertility journey sebab sebelum kahwin ingat nak pregnant tu senang je. Orang takde pengalaman, gitulah gamaknya berfikir. Menunggu lagi..

Tak berapa lama untuk kami berbanding orang lain. Tapi sakitnya menunggu tu...



our little bibimbap..

Suami cakap bibir nipis macam saya ;)

Ibu sentiasa doakan agar baby sihat je kat dalam rahim ibu. Membesar dengan sihat, dikurniakan rupa paras, fizikal dan dalaman yang sempurna, dipermudahkan urusan kelahiran nanti dan banyak lagilah doa ibu. 

I love you, baby.


:)


Sunday 30 August 2015

Random di hari cuti.


Hari ni saya bangun awal sikit. Awal sikit je. Tapi bangun awal pun, lepas solat saya just baring dan lepak. Dari semalam terasa nak lipat baju, tapi tak lipat-lipat jugak. 2 minggu ni sebelum basuh baju, saya akan lipat dulu baju yang dah kering. Dah setel lipat baru mula basuh baju. Takdelah terasa bebannya. Huahuahua.

 Kalau ikutkan, lipat baju suamilah yang paling senang. Lipat dua macam ni je. Senang nak pilih katanya. Ni tshirt nak pegi kedai bawah atau area-area rumah je. Tu dah senget-senget bukan salah saya ye. Hehehe.


Yang berkolar dan baju kerja hang je. Seluar keje pun hang. Suami pesen teratur, hanger nak kena sama, tersusun ikut tone warna. OCD la lebih kurang. Saya ni main sebat je.

Baju jalan pulak, suami lipat sendiri letak dalam satu box panjang. 


 
 Bilik ketiga. Peti ais kena letak dalam bilik sebab dapur kecik yang amat. Dalam bilik ni semua baju suami, baju saya dalam almari di bilik tidur kitorang. Sebab tak bercampur, saya rasa mudah pulak. Hihi.



Okay, maksudnya di sini, saya malas lipat baju saya lah sebenarnya hahahahaha. Jadi, apa yang nak disampaikan adalah, kami habiskan cuti merdeka kami kat rumah je. Sebab dalam masa yang sama nak jimat duit. Jimat tak jimat pun, makan kat luar tu tetap ada cuma kurang berjalan.


Okay, nak buat roti bakar jap. Daaaa~


Saturday 29 August 2015

:)




[sumber: tumblr]


Friday 21 August 2015

Minum air gula ketika mengandung (MGTT)


Selasa lepas ANC saya di kk. Timbang, check urine, HB dan last jumpa nurse. Jumpa nurse, nurse komen pasal berat saya yang boleh dikatakan naik mendadak. Huuuu. Dari 60.4kg sekarang 64.3kg. Extra 3 kg katanya. Jadi, jadual asal untuk minum air gula bulan Oktober nanti kena awalkan, yakni pada hari ni. T_________T

Start puasa pukul 10 malam semalam, dan pukul 8 pagi saya sampai kk. Tapi, ramainya lah yang kena MGTT hari ni. No saya di panggil, nurse amik darah dulu. Lepas ambik darah, nurse cakap minum air ye. Saya nampak air oren. Hehehehe.

Masa nak duduk, ada sorang tu tengah merah-merah matanya dan air dalam gelas ada setengah lagi. Susah nak telan katanya. Saya pun, amik gelas baca bismillah dan rasa dulu seteguk. Suam. Lepas tu minum tak berhenti. Tengah menaip ni terasa dalam tekak. Huhuhu..

Lepas minum tanya nurse pukul berapa pulak kena ambik darah, nurse kata 11.15. Nanti dia panggil no balik. Tunggu kat luar, dalam setengah jam saya rasa nak termuntah. Rasa je la. Lepas tu sendawa pulak dah. Adoi kuat jugak rasa oren tu.

Dalam pukul 10 mula rasa macam dehydrate. Kurang air. Tanda kurang air saya, miss v mula rasa ngilu. Hmm. Tahan je la sampai 11.15. Nak minum air tak berani takut effect result. Ada baca, boleh je minum sikit tapi tak mau lah.

11.20 no dipanggil dan mula ambik darah kali kedua. Resultnya minggu depan, kalau tak call means normal..Kalau dapat panggilan tu faham-faham je la. T____T


Harapnya idak la. Harapnya berat naik sebab saya kuat tido. Debo pulak. Itu aje lah update saya.

:) 



Friday 31 July 2015

Pemakanan dan tips sebelum positif UPT.

Assalamualaikum semua.

Heee, bagi salam pulak kali ni. Dalam bulan Syawal ni, banyak bebeno rumah terbuka lah, sekolah terbuka lah, dewan terbuka lah kan. Dah pesan kat diri sendiri makan tu jangan over sangat, tapi kadang terbabas jugak. :P


Entry kali ni saya nak berkongsi serba sedikit tips tentang pemakanan dan usaha-usaha yang saya dan suami buat sebelum dapat postive UPT bulan 4 lepas.

Supplement/Pemakanan (saya)

  1. Multivitamin Blackmores
  2. Asid Folic
  3. Fish Oil
  4. Susu kambing Hiraq dan Syifa
  5. Pati Delima Gulsan
  6. Air suam + hirisan lemon setiap pagi dan petang
  7. Jamu Zulaikha (on off)

Supplement/Pemakanan (suami)

  1. Tribestan (untuk meningkatkan performance sperm)
  2. Madu
  3. Jamu Yusuf (on off)
  4. Air lemon + madu
  5. Air lemon

Kalau nak diceritakan tentang pemakanan saya sebelum ni, memang teruk jugak. Tak terkawal. Semua benda saya nak makan. Dan fav saya adalah kelapa. Tak kiralah coconut shake ke, air kelapa ke, air kelapa + aiskrim, kelapa jeli semua tu fav saya. Saya selama ni tak sure yang saya ni sebenarnya tak tahu atau tak ingat yang fungsi air kelapa tu sebenarnya "mencuci". Bila tahu tu rasa macam, what?? Bila tahu masa hujung bulan 12,2014 tu terus saya stop.


Awal tahun 2015 saya mula stop kebanyakan makanan/minuman kegemaran saya. Antaranya;

  1. Semua yang ada air kelapa. Tapi, kuih yang ada kelapa tu saya makan jugak kadang-kadang.
  2. Adik beradik kopi.
  3. Kek
  4. Teh
  5. Nanas
  6. Ikan keli

Saya tetapkan azam yang saya nak pregnant dengan lebih sedikit usaha sebab nak try Clomid dan kalau tak berjaya, proceed to IUI.

Masuk Feb, saya ditukarkan ke tempat kerja yang saya tak mahu. Tapi, nak tak nak kenalah terima. Masuk tempat kerja baru, susah nak cari makanan tengah hari. Masa ni lah bermula aktiviti so-called diet saya.

Saya pernah buat diet atkins, tapi hanya bertahan sampai tengah hari. Sadis betul. Huhuhuhu. Jadi, sebab susah nak cari makanan tengah hari, saya mula ubah cara pemakanan dan cara hidup saya.

  1. Makan berat pada waktu pagi. Pagi tu jam 740 sekali dan pukul 10 sekali.
  2. Tak makan nasi waktu tengah hari. Makan buah dan minum air banyak-banyak.
  3. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis berais.
  4. Berzumba atau aerobik di waktu petang. Just amik masa dalam 30-40 minit sehari. Suami memang aktif futsal dan tak merokok.
  5. Makan sebelum malam. Kadang terbabas jugak bila suami ajak keluar malam.

Dua bulan yang pada mulanya terpaksa, buat berat saya dari 63kg menjadi 58kg tanpa saya sedari. Tahu pun masa appointment dengan doc, kena timbang dan check bp dan saya pregnant dengan berat 59kg.


Selain dari tu, saya jugak berusaha dari segi kerohanian. Allah, terasa diri sangat lalai sebelum ni.

Antara usaha since Feb 2015;

*Jumpa ustaz.

*Solat sunat taubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Terasa berdosa pernah terlintas nak delay untuk dapat zuriat masa awal kahwin dulu sebab masalah kewangan.

*Selalu baca doa untuk mendapatkan zuriat. "rabbi la tazarni" dan "rabbi habli", tak kira waktu. Time sujud terakhir, masa drive, lepas waktu subur, lepas bd. Boleh kata macam sepanjang masa ayat-ayat ni meniti di bibir saya sambil letak tangan di perut.



*Zikir "ya khaliq, ya bari', ya musowwir"

*Banyakkan bersedekah. Tak kira untuk siapa, saya banyak sediakan makan-makan untuk kanak-kanak, sedekah pada masjid, ibu bapa, suami dan lain-lain. Ada sekali saya keluar makan dengan suami, ada seekor kucing ni sampai hampir sekor ikan saya cubitkan untuk dia, selalunya dapat dua tiga mulut terus pergi. Pelik pulak, sebab kucing ni siap cuit saya dengan kaki dia huhu tapi lepas cubitan terakhir tu saya cakap slow-slow pada kucing tu "doakan saya direzekikan anak tau".

*Kirimkan doa pada rakan-rakan yang pergi umrah.

*Mohon ibu dan ayah doakan agar dipermudahkan urusan untuk mendapatkan zuriat.

*Sentiasa bergembira. Sebelum tu kan saya asyik stress fikir pasal tempat kerja baru. Tapi, fikir-fikir tak mengubah apa-apa pun. Tapi tak tahulah kenapa masuk bulan Feb tu saya mula suka tengok Running Man. Hehehehe. Asyik duk gelak dengan suami tengok game show ni.




 fav saya, sparta kook. kikikiki.


*Mohon maaf dengan semua orang terutamanya suami. 


*Bernazar, ada hukum mengatakan makruh. Saya tak cakap saya nazar tapi kata-kata saya tu macam saya nazar la jugak. Awal bulan 4 saya macam yakin yang saya akan pregnant. Nak kata instinct, macam tak masuk akal kan tapi Ya Allah kuat sangat perasaan saya masa tu. Jadi saya cakap pada suami "kalau aye pregnant cycle ni, aye akan bagi ape je yang wak nak"

Sekali, pregnant betul hehe alhamdulillah. Suami mintak belikan dia mesin mancing. T____T. Dah la saya tak berapa gemar hobi beliau tu. Tapi lepas saya pregnant, beliau cuti memancing sampailah saya bersalin InshaAllah. Jadi mesin tu, simpan dalam box dulu. :)


Rasanya itu sahajalah kot. Ini hanya usaha saya dan suami. Semua atas kehendak Allahu Taala yang menentukan segala-galanya. Mungkin dah sampai rezeki saya dan suami sebelum sempat mencuba Clomid dan IUI.

Setiap kali teringat, setiap kali tu la saya panjatkan syukur pada Allah Taala yang mengurniakan rezeki pada kami suami isteri secara naturally. Allah tahu kedudukan kewangan kami. Sebaknyaaaaaaaaaaaa.



Sampai di sini dululah. Semoga bemanfaat.

:') Kuatkan semangat!!






Thursday 16 July 2015

Second Trimester

Sedar tak sedar, hari ni genap 15 weeks kandungan saya. Alhamdulillah, loya dan muntah-muntah mula menjauh pergi. Sekarang tengah deal dengan keletihan. Keletihan bukan  sebab apa sangat, sebab badan makin membulat kot. Hihi. Selera makan pun dah mula bertambah. 

Selain dari membulat, sepanjang Ramadhan ni saya diuji dengan UTI (Urinary Tract Infections) :( Saya memang ada history dengan UTI sejak zaman sekolah rendah. Memang problem sedikit bila puasa. Bila puasa, badan kita akan kekurangan air. Untuk orang yang normal InshaAllah boleh tahan even kencing banyak kali. Untuk orang macam saya pula, bila kerap kencing di bulan  puasa lepas tu tak topup balik air, tu yang terjadinya infection di pundi kencing. Sakit abaq ang!







Takpelah, demi baby ibu sanggup hadapi apa jua dugaan. Lama dah tak scan ni. Last scan bulan 6 hari tu, next appointment untuk scan bulan 8 nanti. Sebenarnya terasa nak scan kat swasta tapi suami tahan saya hehehe. Sabar katanya. 


Tujelah buat masa sekarang. Saya beraya di rumah mentua dulu tahun ni. Nasib balik awal, takdelah kena hadap jem. Sebut pasal jem, untuk ttcians yang baru pregnant atau lepas hari subur,  jangan berani travel lagi tau. Kalau nak travel, lapik punggung dengan bantal atau kusyen masa dalam kereta tu. Ni 1st saya travel jauh sejak pregnant, KL-Ganu. Masa awal-awal dulu lagilah, keluar berjalan pun tak. Pergi dan balik kerja je. Bukan apa, kita tak tahu kondisi rahim dan baby kita macam mana. Apapun, sentiasa berdoa dan tawakkal pada Allah kerana Dia lah sebaik-baik pemberi pertolongan.


Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Sunday 7 June 2015

0_0



Entah apa masalah malam ni, selalunya saya lah yang berlumba masuk bilik tido. Mata kalau dah mengantuk, buat macam mana pun tak boleh nak tahan. 

Sebab tak mengantuk, perut pun jadi lapar. Saya bancuh teh o, terpaksa bancuh teh sebab milo dah habis. Risau jugak nak minum teh ni dengan badan dah memang sedia berangin, ermmmm tapi okay je la kot sebab untuk cicah biskut cream cracker je.

Eh, tengah taip entry ni saya menguap pulak. Kikikiki. Boleh la slow-slow nak tido ni. Suami dah terbang ke mana dalam mimpi tu, hehehehe. Dia kerja esok, saya takpe..Cuti lagi.






Penutup malam ni.


-

-

-

-

Comelnya awak Arrianshah Akid masa kecik. Aunty suka tengok awak. <3


Selamat malam.





Wednesday 3 June 2015

Scan dan hearbeat baby :)


Baru dapat bertenet, hujung minggu habiskan masa kat rumah abang ipar sebab mil, fil dan anak saudara suami datang KL.



TVS : Kalau dikira, ini kali kedua saya scan. First scan memang tak nampak langsung.



TAS : Ni masa kat Klinik Kesihatan. Dah la suami saya kerja kat situ. Nurse cakap suka la suami saya dapat kembar. Tapi sebab scan abdominal je, macam tak sure.



TAS : Kat Klinik Kesihatan hari yang sama. Tak jelas sangat. Hehehehe.



TVS 25/05 : Yang ni paling saya puas hati. Selalu tengok scan ni sebab nampak jelas kepala baby dan mata baby. Comel sangat awak kat dalam tu. :') Dr zoom kat jantung baby. Kelip-kelip. Yang bulat kat depan baby tu sumber makanan baby Dr cakap.


 TVS : Heartbeat baby. Masa ni la Dr Tasha cakap yang dia confirm baby okay. Sebelum ni kan saya bleeding, jadi dia tak berapa nak confirm. Subhanallah, macam tak percaya. :')


Saya lupa nak ambil gambar scan yang 2nd kantung nampak masa TAS kat kk. Masa TVS, rupanya macam blood clot, Dr kata macam kantung pun ye jugak tapi dalamnya kosong. Besar saiznya, dalam 3cm. Dr kata dia tak efek baby. Ada dua kemungkinan akan jadi dengan blood clot / kantung tu. 

  1. Saya akan bleeding.
  2. Badan saya akan absorb.
Jadi, saya on Proluton lagi hari tu untuk kuatkan rahim saya. Dr akan tengok balik next week.




 
TAS 1/06/15 : Masa scan dah nampak tangan baby. Tengok balik blood clot / kantung selepas seminggu, Alhamdulillah, badan saya absorb. :) Dah kecik dah, memang langsung tak obvious dah size dia. Dengar heartbeat baby jugak hari tu.


Dan 1/06 tu la kali terakhir saya dengan Dr Tasha, Dr pass saya ke Dr Habibah untuk check up baby dan untuk buka buku pink kat Pusrawi. Saya dah buka buku pink kat KK. Sekarang tengah bincang dengan suami nak teruskan kat kk atau Pusrawi. Fikir-fikir semua data saya ada dalam fail tu dan Dr akan maklum yang kandungan saya ni agak berisiko.


Tak sure lagi macam mana ni. Nanti fikir balik.


Saya masih on Duphaston, Dr Tasha suruh makan sampai 14 weeks.


Alhamdulillah, semoga baby sentiasa sihat. Amin...


Tuesday 26 May 2015

Makanan yang mengurangkan mual / loya ketika mengandung

Sumber : PAMA


Rasa loya dan mual semasa trimester pertama kehamilan adakalanya membuatkan bakal ibu menjadi malas untuk makan, padahal waktu itu adalah saat kritikal pertumbuhan janin. Sepatutnya pada trimester pertama, ibu perlu makan banyak makanan berkhasiat bagi memastikan janin membesar dengan sihat.
Namun demikian, sikap tidak lalu makan di awal kehamilan adalah perkara normal kerana ketika ini berlakunya perubahan hormon dalam badan ibu. Tetapi jangan terlalu melayan perasaan tersebut kerana ibu perlu tahu bahawa pemakanan ibu memberi kesan terhadap perkembangan bayi di awal kehamilan.
Oleh itu ibu perlu cari apakah jenis makanan yang boleh dimakan tanpa rasa mual dan paling penting ia sihat serta mampu memberikan khasiat kepada ‘orang di dalam’. Jika tetap rasa loya dan mual, makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap.
Brokoli
Ibu hamil terutama pada trimester pertama sangat digalakkan mengambil banyak sayuran hijau seperti brokoli yang kaya dengan kandungan folat, kalsium, karotenoid dan serat yang membantu perkembangan mata bayi dalam kandungan. Kalium yang terdapat dalam brokoli juga membantu menormalkan tekanan darah.
Yogurt
Ibu hamil sering ditekankan agar minum susu yang banyak membekalkan kalsium. Tetapi ada kalangan ibu hamil langsung tidak boleh menghidu bau susu apatah lagi meminumnya. Jadi, gantilah ia dengan mengambil yogurt kerana ia mengandungi protein, kalsium, vitamin B dan zink. Kandungan kalsium dalam yogurt juga dikatakan lebih tinggi berbanding susu.
Buah Beri
Kumpulan buah-buahan beri sememangnya sedap walaupun rasanya masam manis. Ia membantu ibu menghilangkan rasa mual. Buah beri seperti strawberi, blueberi, rasberi yang kaya dengan vitamn C, potassium, folat, serat dan antioksidan yang tinggi memang digalakkan kepada ibu hamil.
Daging
Daging yang kaya dengan protein, vitamin B12, B6 dan niacin sememangnnya bagus untuk mengelakkan masalah anemia sepanjang mengandung. Daging juga mengandungi kolin yang membantu perkembangan bayi. Pengambilan daging di awal kehamilan sangat penting untuk janin dan ibu sendiri.
Kekacang
Kekacang merupakan sumber protein, zat besi, protein, folat, kalsium dan zink. Mineral ini diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan janin pada tiga bulan pertama. Kekacang boleh dijadikan snek kudapan bagi menghilangkan rasa loya dan mual yang muncul pada bila-bila masa. Selain mengenyangkan ia berkhasiat.


*copy paste untuk rujukan*

Sunday 24 May 2015

Sac, spotting and bleeding


Banyak benda nak rangkum dalam entry ni. Masa dapat BFP, saya rasa saya baru dalam 3 weeks. Saya pun jadi confuse nak kira sebab tak boleh nak kira based on last period sebab tu bukan period la kot. Lepas tu pulak, nurse sampai ke sudah tak bagitahu weeks masa 1st bhcg saya tempoh hari. Haih.


Okay, lepas keluar result darah 30 April, appointment dengan Dr Tasha (dr salu bahasakan dr tasha dalam email sebenarnya) selepas 2 minggu iaitu pada 13 Mei. Tapi, haihhhhh lemah rasa nak taip bab ni.

06/05/15 - Pagi di sekolah, saya rasa lain macam. Rasa macam ada benda nak keluar. Pegi tandas nampak ada brown spotting yang kecik je. Tak sedap hati, email dr tasha, dan dr suruh jumpa dia di KL Fertility esoknya dan tambah dos Duphaston kepada 2 bji 2 kali kali sehari.

Petang, keluar makan jap lepas pergi klinik. Rasa makin tak sedap hati. Balik rumah, tengok ada darah pekat besar 20 sen. Saya terus nangis sambil panggil suami. Suami peluk saya dan cakap, tak de apa-apa, jom kita pegi Pusrawi.

Pegi Pusrawi, scan nampak samar je sac. Dr bekalkan lagi Dupaston dan MC sehari. Malam tu saya fikir "aku yakin, darah ni ni bukan dari baby aku"

07/05/15 - MC. No bleeding and spotting. Alhamdulillah. Jumpa Dr Tasha. Dr nampak risau bila saya cerita pasal bleeding. So, TVS.

 Yang saya bulatkan tu, sac. Nampak ada satu lagi macam bulan sabit tu? Yang bulan sabit tu bila Dr zoom kat dia, dia pun macam sac tapi Dr tak cakap apa pun. Suami, mama dan bff kata entah-entah itu penyebab bleeding. Takpun, itu kembar kata diorang tapi Dr tak cakap apa pun, jadi wait and see je la.


 Lepas TVS, Dr Tasha cakap nanti jumpa balik di Pusrawi dan hari tu saya dapat suntikan Proluton, dia oil based yang berfungsi untuk menguatkan rahim. Dr bagi saya satu lagi dos untuk cucuk. Pegi mana-mana klinik untuk minta cucukkan.

08/05/15 - Semalam on Proluton but saya bleeding lagi masa buang air kecil. Menitik-nitik. Nangis lagi saya masa tu. Petangnya, brown CM.

09/05/15 - Siang takde bleeding or spotting. Malam, jam 9.45.. Darah keluar banyak sangat. Saya pakai overnight pad. Penuh dalam masa 2 jam. Masa ni saya redha sebab ada keluar seketul yang kecik. Saya rasa tak de harapan dah.

10/05/15 - Saya ke klinik untuk cucuk satu lagi dos Proluton. Walaupun bleeding teruk semalam, sya habiskan je la dulu sebab esoknya jumpa Dr Tasha.

11/05/15- Saya standby dengan pad. Pagi, keluar darah merah pekat. Pekat sangat tapi tak banyak macam semalam. Jumpa Dr, such a miracle..... TVS, nampak heartbeat!! Tapi Dr tak print out scan tu. Dr bagi satu lagi dos Proluton, datang cucuk 3 hari kemudian.

13/05/15 - Pukul 3 pagi keluar darah pekat. Ya Allah, luluh hati saya. Sepanjang saya bleeding, saya buat solat hajat dan doa banyak-banyak agar Allah kuatkan saya dan kuatkan baby dalam kandungan. Tapi, mood saya teruk sangat. Saya macam kemurungan, saya letih, pucat sebab keluar darah macam tu. Makan pun tak lalu.

Petang, ke Pusrawi jumpa PA Dr untuk cucuk Proluton, dia tanya saya bleeding lagi ke..Saya cakap pagi tadi bleeding lagi. Dia kata, tak menjadi dah baby tu sebab selalu bleeding. Ya Allah, kita ni yang tengah takde mood, sedih bagai dia tambah lagi sedih kita. Saya kata la, masa scan Dr dah nampak heartbeat kan, dia kata tu tak confirm lagi. Huaaa, menangis dalam hati je saya mampu. Malas nak gaduh.

Saya bagitahu mama, mama kata PA ke nurse ke Dr ke diorang cakap based on ilmu dan pengalaman tapi takde sapa boleh lawan kuasa Allah kalau Allah nak selamatkan baby saya even saya bleeding teruk sekalipun. Masa tu la mood saya okay, saya kuatkan hati cakap yang darah tu bukan dari baby saya.



Dan, itulah kali terakhir saya bleeding dan spotting. Alhamdulillah. Masa saya bleeding, saya rasakan yang simptom pregnancy saya semua hilang. Takde loya, breast rasa biasa, letih je la ada sebab bleeding kan.

17/05/15 - Mood saya kembali okay, simptom semua macam kembali pulak. Tender breast, fatigue, nausea.. :) Alhamdulillah.


Kalau ikut perkiraan scan, hari ni 24 Mei 2015 saya 7 weeks 3 days. Panjang lagi perjalanan tapi awal-awal dah diuji. Saya masih berjaga-jaga, usaha sehabis daya menjaga dan tak berhenti berdoa. Saya ada juga jumpa ustaz, yang tu saya simpan saja la ceritanya.


Nanti saya update lagi.




Friday 22 May 2015

Simptom sebelum UPT positif


Lama tak berblog, banyak sangat nak update tapi kekangan masa sebab banyak tido je kikiki menyumbang kepada blog tak berupdate.

Sebelum tu nak cakap, barang-barang Nile tu dah sampai. Semua okay je. Nanti la update.

Kali ni nak cerita simptom saya sebelum positif UPT, atau istilahnya BFP. :)


Untuk ingatkan kembali, last period saya yang betul-betul period adalah pada Januari. Februari spotting sepanjang bulan (blergh), Mac langsung tak period. So, hujung bulan Mac saya jumpa Dr dan buat blood test yang negatif tu serta Dr bekalkan saya Duphaston untuk induce period so next cycle on April saya boleh start Clomid.

Tapi semua berubah lepas saya jumpa Dr on CD4, telur membesar dengan jayanya iaitu 20x22mm dan period stop terus pada CD3. Tangguh Clomid, kena tunggu next cycle.

Cycle yang merubah hidup saya walaupun dalam keadaan period kacau bilau.

5DPO - Tengah bersiap-siap nak keluar, saya tetiba mengah. Nafas tak cukup.
6DPO - Still mengah, cepat penat.
7DPO - Habis mengajar saya akan ambil masa untuk tido selama setengah jam
8DPO - Still tido tengah hari.

Saya memang tak pernah tido siang walau penat macam mana sekalipun. Ini tahap tak boleh nak celik mata. Tepat 1230 mesti kena tido sampai pukul 1 untuk setiap hari bekerja.

9DPO -  Suami demam panas selepas bau perfume saya. Sampai kena drip air.
10DPO - Mengah dan breast rasa lain macam. Kembang semangkuk. Huhu.
11DPO - Mengah. Tak cukup nafas. Breast rasa kembang and tender.
12DPO - Penat
13DPO - Suami demam lagi lepas bau perfume time salam nak pergi kerja.
14DPO - POSITIF!!
15DPO - ClearBlue pregnant 1-2 weeks.


Saya ni selalu sangat meng-Google tanda-tanda awal kehamilan. Kali ni lain sangat tapi saya ada instinct yang cycle ni saya akan berjaya pregnant.


Alhamdulillah..


Tuje la buat masa ni, nanti saya update lagi. InshaAllah.

Saturday 2 May 2015

Alhamdulillah, All praises to Allah. :)


Tak tahu nak mula dari mana. Tapi Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan rezeki kepada kami suami isteri.



28/4/2015 - Dalam pukul 6 pagi, saya buat UPT memang terkejut sangat sebab dalam 15 saat line kedua tu muncul. Faint line, but it's there!

Masih rahsiakan dari suami dan semua orang,




Petang, 4.40 pm - Saya cuba sekali lagi test. Mana tahu yang first tu evaporation line. Kalau saya betul-betul pregnant, tak kira masa line tu mesti ada.



Yes! It's there.

Saya mula bagitahu suami. Suami saya tak percaya sebab sebelum ni saya pernah sekali dapat positive tapi separuh je line dia. Excited saya masa tu, dua tiga hari kemudian saya period. Huuu. Suami memang tak suka sangat kalau saya terlalu excited. Heeee.

Petang tu kami suami isteri keluar makan, saya ajak suami pergi Guardian sebab nak beli Clear Blue Digital. Saya yakin saya hamil.




29/4/2015 - Macam sebelum ni pukul 6 pagi saya bangun dan test. Mula-mula saya guna strip dulu, line makin terang dan kemudian saya guna Clear Blue Digital pulak. Saya siap buat dua portion urine hehehe.

Masa tengah loading berdebar-debar saya. Then, naik PREGNANT. Still loading weeks. Masa tu saya shaking tak boleh cakap, then keluar 1-2 weeks. Ya Allah, Alhamdulillah. Terus tunjuk kat suami, sebenarnya masa ni suami saya demam. Sebab dia demam la saya semangat nak test, sebab saya rasa suami alahan. Boleh pulak macam tu kan?

Suami dengan tak larat bangun, terkebil-kebil mata nak tengok tapi tak nampak sebab lampu tak bukak. Saya amik handphone suluh kat skrin tu. Hehe suami cakap, baguslah kemudian peluk saya. Heee.

masa keluar "pregnant" ya allah terujanya saya, dah banyak kali guna ClearBlue salu dapat "not pregnant"

alhamdulillah

Dalam tengah hari saya email Dr bagitahu yang saya dapat positive pregnancy test dan tanya Dr perlu ke saya jumpa dia hari tu. Dr cakap yes.

Petang tu, saya jumpa Dr. Dr buka rekod saya, Dr confused. Sebab saya baru CD20. Kenapa saya boleh dapat postive. Telur yang bila sebab last month dah buat blood test memang officially negative. Saya akan ceritakan details nanti. Lepas consult kejap Dr ajak scan. Masih tak nampak kantung sebab terlalu awal. Dr suggest untuk buat beta hcg blood test untuk confirmkan. Dr bekalkan saya Duphaston dan Folic Acid dan jumpa dia balik selepas 2 minggu untuk scan.

Pulang ke rumah tapi dalam hati ada sedikit risau sebab masih tak nampak kantung. Tak tahu lagi macam mana.

Malam, saya cuba test lagi. Masih ada. Alhamdulillah.


30/4/2015 -  Dalam pukul 10.45 pagi saya call nurse untuk tahu result darah saya. Nurse cakap mesin ada problem semalam so dalam pukul 11 lebih dia akan call saya balik. Saya pulak asyik nak pee je. Tengok phone ada 3 missed calls dari Pusrawi. Saya call balik dan nurse cakap;

"confirm dah ye, puan pregnant"

"ya Allah alhamdulillah, berapa weeks nurse?"

"alamak mana kertas tadi, saya tak ingat pulak. tapi masih awal ye sebab tu tak nampak masa scan"

"la ye ke, takpelah. alhamdulillah" frust sikit

"tahniah tau. **** dah tahu ke belum ni?" **** kawan saya and kitorang buat rawatan sama-sama.

"belum lagi, ingat nak bagitahu jugak kat dia nanti, risau pulak takut dia sedih."

"tu la..ni saya pulak yang terharu"

"terima kasih. saya lagilah nurse, alhamdulillah.."

"jangan lupa makan Duphaston ikut time tau"

"inshaallah, masa makan dia macam mana nurse. kena ikut time yang sama kan"

"8 pagi dan 8 malam pun boleh, make sure masa jangan lari jauh sangat ek"

"okay terima kasih nurse.."

"tahniah sekali lagi dan jaga diri.. assalamualaikum"

"waalaikumussalam.."






Dah macam OPK dah saya test. 2 kali sehari, risau sebab awal sangat lagi ni. Semoga Allah melindungi kandungan hingga selamat bersalin. UPT makin terang. :)

Okay, saya selitkan sedikit rentetan permulaan "so-called" alahan suami saya.

23/4/2015 - Hari tu, suami balik kerja kitorang sama-sama try perfume baru. Saya sembur kat saya, sembur kat suami. Ambil perfume suami sembur lagi. Lepas Maghrib, suami kata dia sakit kepala dengan asyik sendawa sebab angin. Lepas Isyak, badan dia panas. Panas sangat. Suami cancel nak main futsal, lepas tu dia "adoi, ni mesti duk bau perfume tadi la ni, saye dah la tak boleh bau macam-macam" Saya gelak tak berhenti masa tu.

Dalam pukul 10 makin panas, so saya cakap "jom pegi Pusrawi nak yunk, teruk sangat dah ni"

Sampai Pusrawi, suhu memang tinggi. Lupa lak berapa. Jumpa Dr dan Dr suruh masuk bilik hijau, bilik rawatan ada banyak katil kat situ. Nurse amik darah dan drip air vitamin. Kuning airnya. Hihi. Dalam 10 minit suami cakap mintak bekas dengan nurse sebab dia nak muntah.

Suami muntah, haih. Risau saya. Dalam pukul 12 tgh malam tu baru air habis. Result darah pulak, ada infection, alaaa keshian shuami shaye huuu. Dr bagi antibiotik dan ubat ape tah lagi. Balik rumah then esoknya suami MC.

Dalam sehari dua, masih demam tapi dah kurang.

27/4/2015 - Pagi sebelum pegi sekolah, saya salam suami. Masa tu saya dah pakai perfume yang sama sebelum ni. Nak jadikan cerita, dalam pukul 11 pagi suami call tanya ubat kat mana. Dia demam balik. Saya kata

"aik, cane syg leh demam balik ni? bukan dah okay ke?"

"ni sebab bau pefume pagi tadi la ni" 

"hahahahahaha, biar betul bub. bub alahan ni. pelik aih pelik aihhh hehehehe" saya memang ikut dan terlintas nak panggil suami ape. Syg la, Bubub la. Hihi.

"bukan laa, saye memang tak leh bau perfume tuuuuuu percayalah"

"hahahaha, ye la tuuuu. ubat ada kat almari tv tu"


1/5/2015 - Masa ni saya dan confirm pregnant. Alhamdulillah. Cuma masih menanti masa untuk melihat kantung dan kedudukan. Selagi tak tengok, gundah gulana saya.

Suami masih demam dan selsema sikit-sikit. Dia ambil antibiotik kat klinik dia pulak sebab tak cukup kot. Dan pagi ni suami kata  


"rase loya la pulak, takkan morning sickness kot?"

"yunk, serius tau by just rasa cepat letih dan asyik nak kencing je. early pregnancy selalunya memang ada rasa loya dan sensitif pada bau huuu, sorry kalau syg pulak yang kena alami benda-benda tu hihi" saya memang asyik gelak je.

"okay, tapi bayo saye hahahaha"

":P :P asyik bayo je kejenya hahahaha, by bayo installment ahh"


Alhamdulillah, hari-hari saya panjatkan syukur pada Allah atas rezeki yang diberi. Hari-hari doa agar selamat semuanya dan hari-hari jugak saya test. Menanti dan menunggu saat untuk scan. I love you, Baby. <3



*saya doakan kawan-kawan TTC yang lain akan dapat merasa pengalaman menjadi bakal ibu dan ibu. Allah uji kita tapi disebalik ujian, Allah sediakan rahmat yang sangat besar untuk kita lebih menghargai. Percayalah, kita semua boleh hamil. Yakin, yakin rezeki itu datangnya dari Allah*




Friday 1 May 2015

Emotional sangat hari ni.


Semalam tak sempat tengok El Gamma Penumbra dalam Asia's Got Talent, tadi tengok la kat youtube, tu pun orang masukkan. Official punya tak de lagi. Terus emo. Rasa nak nangis, pastu dengar pulak lagu Thousand Years ni. Lagilah sebak.

Waaaa, nape entah emo semacam. Lagu ni ringtone saya sebelum kahwin. 7 tahun kenal suami sebelum kahwin, teringat susah senang dia, banyak tolong dan berkorban untuk saya. Sedihnya..

Suami keluar kejap, tu yang saya boleh emo sensorang. Okay nak layan cita happy lak. Papai.


Saturday 25 April 2015

Shopping di NILE.COM.MY


Sebenarnya kan, dah lama duk usya website NILE.COM.MY ni. Sebabnya, murah dan kira mampu miliklah. Pastu tengok orang pakai cantik je. So, saya apa lagi. Cubalah nak menyopping kat situ hari ni.

Sebenarnya baru lepas buat payment, barang pun tak sampai lagi. Tapi excited nak up entry. HAHAHA. Pagi-pagi lagi dah duduk depan laptop dengan tape pengukur untuk check measurement, nasib suami takde kalau tak jenuh kena perli. Hehe.

Salah satu sebab nak shopping, sebab rasa macam pakai baju yang sama je setiap kali keluar. Bosan dah. Dulu masa tinggal di Terengganu dan Kelantan setiap minggu atau dua minggu sekali boleh topup baju baru. Macam mana boleh topup baju setiap minggu? Next entry la saya cerita. Tu pun kalau saya ingat :P



Tempting koot. :P 

NILE.COM.MY


Okay, kat bawah ni antara items yang saya beli.

 Tengok Cik Epal pakai baju ni cantik je. So saya belilah.


 Ada review orang kata scarf ni boleh jadi shawls, jadi saya belilah jugak :P Ada satu lagi shawls, tapi saya lupa print screen.


Baju-baju saya banyak warna biru. Kali ni amik based warna coffee pulak tapi still ada biru. Hihi.
 


NILE ni ada servis COD jugak and kalau beli RM100 ke atas dapat free shipping. Okay la kan, dalam RM100 boleh dapat macam-macam barang. Ngee.

Tak sabar nak tunggu barang sampai. Wee. 

:)




Tuesday 7 April 2015

Random Semalam


Puji lagi gas lambat habis, semalam tengah masak aglio olio elok dia padam. Hahahaha. Sebab dah separuh jalan, saya sambung masak dalam rice cooker. Ngee.

Monday 6 April 2015

Nasi goreng kampung versi Atkins.


Sebenarnya saya bukanlah pengamal diet atkins. Pernah lah cuba, tapi bertahan sampai tengah hari je sebabnya tengah hari tak tahu nak makan apa. Heee.

Tapi, malam ni datang semangat lah pulak. Lepas tengok kat group atkins tu, nampak macam sedap je. Kebetulan bahan semua ada so saya buat, esok tinggal panaskan dan tabur ikan bilis goreng je.


Cara:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk dan sedikit garam.
  2. Pecahkan telur dan kacau.
  3. Lepas telur masak, masukkan kubis bunga yang telah disagat/potong halus.
  4. Masukkan sayur pilihan masing-masing, dan cili.
  5. Balancekan rasa ikut suka.
  6. Taburkan ikan bilis yang telah digoreng.
  7. Siap!


Semangat nak diet tu datang kejap-kejap je, berkubur dah azam saya kat suami. Hari tu cakap nak turunkan berat untuk suku pertama tahun ni. Tapii, nan ado turunnya.