Saturday 7 March 2015

Secret Group


Beberapa tahun sebelum kahwin suami ada buatkan satu Secret Group kat FB untuk kami berdua. Kesnya, saya la asyik rajin menempel kat wall dia. Kadang-kadang suami pun ada post kat wall saya. So daripada orang lain meluat tengok kitorang :P adalah baiknya kitorang je yang tengok apa kitorang post.

Sebelum kahwin, kitorang berjauhan sebab suami masih belajar dan saya dah kerja masa tu. Nak bincang or share apa-apa selalu dalam group tu la. Masa nak tunang dan nak kahwin lagi lah banyak perbincangan. Senang buh dalam tu, permanent dan tak payah nak delete bagai. Nanti tua boleh tengok balik. 

Lepas kahwin topik perbincangan mula berubah. More to penambahbaikan dalam perkahwinan. Semalam, suami takde kat rumah sebab pegi memancing. Tup-tup ada notification dari group. 

Tadaaaa!!



Amboi, takut saya tau. Ngeee. Terima kasih kerana sentiasa mengingatkan saya tentang semua ni. Maklumlah, saya ni pelupa orangnya. :)


No comments: