Thursday 19 March 2015

MR.DIY


Suami saya ni kalau dah mai rajin dia macam-macam dia akan buat. Tapi most of time dia memang rajin la berbanding saya. HAHAHAHA. Kadang-kadang tukar susunan barang la, baju la, masak la. Untungla saya kan?

Baru-baru ni lepas park kereta, tengok tepi rumah sampah ada kayu. Tepi rumah sampah tu selalu orang letak kayu, sofa lama, cermin dan macam-macam lagi la kot orang nak recycle balik. Suami tengok, dia kata elok jugak kalau nak buat tempat sangkut seluar ni since suami dah ubah kedudukan susunan baju dalam so called "GUA" dia tu so paku tempat sangkut seluar dan terlindung dengan rak jadi tak tempat nak sangkut dah. Hihi. Suami panggil bilik tengah tu "GUA" sebab dalam tu ada baju-baju dia dan vinyl records dia tu. Macam walk in wardrobe la lebih kurang. Sepatutnya perempuan la ada walk in wardrobe kan, ini lelaki pulak. Sabo je.



Asalnya macam ni. Kalau saya memang blur nak buat apa ni. Hihi.



 Dalam proses, saya tukang pegang je la. Nak gergaji pun tak reti. Nak tolong pulas skru lagi tak larat. *buat-buat je tak larat tu :P*


 Siap dah satu. Kemas la sikit nak letak toiletries bagai tu.


 Yang kedua, easel untuk cermin. Biras bagi set bilik tidur untuk bilik tamu kitorang. Tapi set meja solek ni tinggal cermin je, mejanya habis pecah. Macam mana la orang lori tu angkut. Haih. Tapi sekarang letak dalam bilik kitorang dulu cermin ni. Nanti nak pindah ke bilik tamu.


 Last, tempat sangkut seluar. :)

Semua kos ni tak sampai RM20. Drill dah ada kat rumah. Tinggal beli skru, pengukur dan besi L shape tu je. Tenaga suami tu tak ternilai la. Haha. Seminggu lebih jugak duk menghadap nak siapkan.


Saya tanya jugak, nanti kita pindah nak kena cabut ke semua tu. Suami kata entah la. Hihihi. Sakan duk DIY dinding orang, padahal kita ni menyewa je. :D








No comments: