Friday, 25 September 2015

Fitflop yang best!

Salam Aidiladha semua!

Tahun ni tahun kedua untuk kami suami isteri beraya di KL. Kitorang kahwin 2013 masa raya puasa. Raya Haji beraya di kampung suami. Tahun lepas tak balik, tahun ni pun tak balik. Tahun ni tak balik sebab, suami nak save cuti dah untuk next year. Banyak dah beliau amik sebelum ni. Untuk balik kampung, memancing dan Aidilfitri.

Alkisahnya semalam di pagi raya saya just buat pulut cicah rendang.. Tengah hari kitorang keluar. Tanya suami nak pegi mana, suami cakap;

"kita pegi Paradigm la nak?"

"haaa okay je.."

Jalan-jalan dalam Paradigm Mall tu, ya ampun ramai sangat orang. Ni kes kat Factory Outlet ke ape namanya buat sales. Saya dan suami masuk la jugak tengok, kalau nak beli seluar tu memang berbaloi la tapi kalau setakat beli selai dua je pastu nak bayar memang kitorang tak la. Sebab panjang bebeno linenya.

Dalam tu pulak dah macam sardin hehehehehe. So, kitorang jalan lagi dan tengok Speedy buat sale jugak. Rasanya dalam Paradigm tu buat sales kot.

.
.
.
.
.
.

Sebenarnya, 22 September baru ni birthday saya. Hehehe. Tua dah. Tak lama dah nak cecah 30. Seperti tahun-tahun sebelum ni, saya memang tak pernah harapkan hadiah dari suami sebab suami memang suka bagi hadiah randomly sepanjang tahun.

Tapi malam birthday saya tu suami cakap;

"ce teka, saya nak bagi apa tahun ni? saye bagi 3 percubaan. kalau salah, kire cancel hehehehe"

"laa, ade jugak main tak jadi gitu?"

"ehhh, ofkos la.."

Okay, saya dah tak ingat apa yang teka. Hahahaha. Tapi tiga tiga tu salah.

 Suami pun cakap, ingat tak hari tu kita tengok sandal tebal tu. 

"fitflop tu eh??"

"haah, tapi sebab awak teka salah. no more"

"ape ni! ape ni! nakkk"

"hahahaha, no.."

Tapi semalam suami ajak masuk kedai ni dah suruh saya pilih, weee! Elok sangatlah sebenarnya beli Fitflop di musim-musim ni, sebabnya kaki saya dah mula sakit kalau jalan lama. Asyik duk pakai flat Clarks hadiah hantaran je. Heeee. Sampai dah terkopek tapak dalam walaupun luaran elok lagi. Beli flat H&M masa promo tapi pakai lama-lama kaki sakit jugak and yang tak tahan, kaki jadi busuk. Hahahaha.



Ce teka saya amik yang mana? 


Masa try saya duk jalan-jalan dalam kedai tu. Memang best, setakat ni la. Kena tunggu lagi dua tiga bulan kita bagi review lagi. Lepas beli terus pakai. Suami pulak beli cap. Alang-alang untuk second item dapat voucher RM40.


Last, makan!


Makan kat Nando's. First time try. Ingat Nando's ingat pulak kat diva AA tu. Kikiki. Ada kan dia selit jugak pasal Nando's masa kes Me'nate tu. 




Dulu masa aktif berblog kat blog lama, sikit-sikit ambik gambar. Sekarang....? Time teringat je hihi. Sebenarnya, masa pregnant ni lain sikit habit saya. Yang dulu suka sekarang tak suka. Yang dulu tak suka, sekarang suka.


Tapi, apapun kali ni cipta rekod sebab setelah sekian lama tak menaip panjang.

:P








Monday, 21 September 2015

waiting....

-
-
-
-
-
-

“The longer you wait for something, the more you’ll appreciate it when you get it. Because anything worth having is definitely worth waiting for.”
~Anonymous~


 First saya jumpa blog dr tasha, saya buka bahagian HOME dan di akhir kata aluan dr, dr letak quote ni. Deep sangat quote ni. Kita semua pernah menunggu, tak kiralah menunggu untuk dapat kerja ke, kereta, pasangan, zuriat dan macam-macam lagi.

Sakit menunggu tu kadang tak dapat digambarkan dengan perasaan. Nak cerita pun tak tahu macam mana. Dulu saya nak sangat kahwin awal, tapi Allah tetapkan tahun ke 7 hubungan kami, barulah kami berkahwin.

Lepas kahwin saya create blog ni untuk saya ceritakan perjalanan hidup saya lepas berkahwin. Nak masukkan cerita jalan-jalan, being pregnant, having babies tapi lain pulak jadinya..Jadi blog pasal infertility journey sebab sebelum kahwin ingat nak pregnant tu senang je. Orang takde pengalaman, gitulah gamaknya berfikir. Menunggu lagi..

Tak berapa lama untuk kami berbanding orang lain. Tapi sakitnya menunggu tu...



our little bibimbap..

Suami cakap bibir nipis macam saya ;)

Ibu sentiasa doakan agar baby sihat je kat dalam rahim ibu. Membesar dengan sihat, dikurniakan rupa paras, fizikal dan dalaman yang sempurna, dipermudahkan urusan kelahiran nanti dan banyak lagilah doa ibu. 

I love you, baby.


:)


Sunday, 30 August 2015

Random di hari cuti.


Hari ni saya bangun awal sikit. Awal sikit je. Tapi bangun awal pun, lepas solat saya just baring dan lepak. Dari semalam terasa nak lipat baju, tapi tak lipat-lipat jugak. 2 minggu ni sebelum basuh baju, saya akan lipat dulu baju yang dah kering. Dah setel lipat baru mula basuh baju. Takdelah terasa bebannya. Huahuahua.

 Kalau ikutkan, lipat baju suamilah yang paling senang. Lipat dua macam ni je. Senang nak pilih katanya. Ni tshirt nak pegi kedai bawah atau area-area rumah je. Tu dah senget-senget bukan salah saya ye. Hehehe.


Yang berkolar dan baju kerja hang je. Seluar keje pun hang. Suami pesen teratur, hanger nak kena sama, tersusun ikut tone warna. OCD la lebih kurang. Saya ni main sebat je.

Baju jalan pulak, suami lipat sendiri letak dalam satu box panjang. 


 
 Bilik ketiga. Peti ais kena letak dalam bilik sebab dapur kecik yang amat. Dalam bilik ni semua baju suami, baju saya dalam almari di bilik tidur kitorang. Sebab tak bercampur, saya rasa mudah pulak. Hihi.



Okay, maksudnya di sini, saya malas lipat baju saya lah sebenarnya hahahahaha. Jadi, apa yang nak disampaikan adalah, kami habiskan cuti merdeka kami kat rumah je. Sebab dalam masa yang sama nak jimat duit. Jimat tak jimat pun, makan kat luar tu tetap ada cuma kurang berjalan.


Okay, nak buat roti bakar jap. Daaaa~


Saturday, 29 August 2015

:)




[sumber: tumblr]


Friday, 21 August 2015

Minum air gula ketika mengandung (MGTT)


Selasa lepas ANC saya di kk. Timbang, check urine, HB dan last jumpa nurse. Jumpa nurse, nurse komen pasal berat saya yang boleh dikatakan naik mendadak. Huuuu. Dari 60.4kg sekarang 64.3kg. Extra 3 kg katanya. Jadi, jadual asal untuk minum air gula bulan Oktober nanti kena awalkan, yakni pada hari ni. T_________T

Start puasa pukul 10 malam semalam, dan pukul 8 pagi saya sampai kk. Tapi, ramainya lah yang kena MGTT hari ni. No saya di panggil, nurse amik darah dulu. Lepas ambik darah, nurse cakap minum air ye. Saya nampak air oren. Hehehehe.

Masa nak duduk, ada sorang tu tengah merah-merah matanya dan air dalam gelas ada setengah lagi. Susah nak telan katanya. Saya pun, amik gelas baca bismillah dan rasa dulu seteguk. Suam. Lepas tu minum tak berhenti. Tengah menaip ni terasa dalam tekak. Huhuhu..

Lepas minum tanya nurse pukul berapa pulak kena ambik darah, nurse kata 11.15. Nanti dia panggil no balik. Tunggu kat luar, dalam setengah jam saya rasa nak termuntah. Rasa je la. Lepas tu sendawa pulak dah. Adoi kuat jugak rasa oren tu.

Dalam pukul 10 mula rasa macam dehydrate. Kurang air. Tanda kurang air saya, miss v mula rasa ngilu. Hmm. Tahan je la sampai 11.15. Nak minum air tak berani takut effect result. Ada baca, boleh je minum sikit tapi tak mau lah.

11.20 no dipanggil dan mula ambik darah kali kedua. Resultnya minggu depan, kalau tak call means normal..Kalau dapat panggilan tu faham-faham je la. T____T


Harapnya idak la. Harapnya berat naik sebab saya kuat tido. Debo pulak. Itu aje lah update saya.

:) 



Friday, 31 July 2015

Pemakanan dan tips sebelum positif UPT.

Assalamualaikum semua.

Heee, bagi salam pulak kali ni. Dalam bulan Syawal ni, banyak bebeno rumah terbuka lah, sekolah terbuka lah, dewan terbuka lah kan. Dah pesan kat diri sendiri makan tu jangan over sangat, tapi kadang terbabas jugak. :P


Entry kali ni saya nak berkongsi serba sedikit tips tentang pemakanan dan usaha-usaha yang saya dan suami buat sebelum dapat postive UPT bulan 4 lepas.

Supplement/Pemakanan (saya)

  1. Multivitamin Blackmores
  2. Asid Folic
  3. Fish Oil
  4. Susu kambing Hiraq dan Syifa
  5. Pati Delima Gulsan
  6. Air suam + hirisan lemon setiap pagi dan petang
  7. Jamu Zulaikha (on off)

Supplement/Pemakanan (suami)

  1. Tribestan (untuk meningkatkan performance sperm)
  2. Madu
  3. Jamu Yusuf (on off)
  4. Air lemon + madu
  5. Air lemon

Kalau nak diceritakan tentang pemakanan saya sebelum ni, memang teruk jugak. Tak terkawal. Semua benda saya nak makan. Dan fav saya adalah kelapa. Tak kiralah coconut shake ke, air kelapa ke, air kelapa + aiskrim, kelapa jeli semua tu fav saya. Saya selama ni tak sure yang saya ni sebenarnya tak tahu atau tak ingat yang fungsi air kelapa tu sebenarnya "mencuci". Bila tahu tu rasa macam, what?? Bila tahu masa hujung bulan 12,2014 tu terus saya stop.


Awal tahun 2015 saya mula stop kebanyakan makanan/minuman kegemaran saya. Antaranya;

  1. Semua yang ada air kelapa. Tapi, kuih yang ada kelapa tu saya makan jugak kadang-kadang.
  2. Adik beradik kopi.
  3. Kek
  4. Teh
  5. Nanas
  6. Ikan keli

Saya tetapkan azam yang saya nak pregnant dengan lebih sedikit usaha sebab nak try Clomid dan kalau tak berjaya, proceed to IUI.

Masuk Feb, saya ditukarkan ke tempat kerja yang saya tak mahu. Tapi, nak tak nak kenalah terima. Masuk tempat kerja baru, susah nak cari makanan tengah hari. Masa ni lah bermula aktiviti so-called diet saya.

Saya pernah buat diet atkins, tapi hanya bertahan sampai tengah hari. Sadis betul. Huhuhuhu. Jadi, sebab susah nak cari makanan tengah hari, saya mula ubah cara pemakanan dan cara hidup saya.

  1. Makan berat pada waktu pagi. Pagi tu jam 740 sekali dan pukul 10 sekali.
  2. Tak makan nasi waktu tengah hari. Makan buah dan minum air banyak-banyak.
  3. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis berais.
  4. Berzumba atau aerobik di waktu petang. Just amik masa dalam 30-40 minit sehari. Suami memang aktif futsal dan tak merokok.
  5. Makan sebelum malam. Kadang terbabas jugak bila suami ajak keluar malam.

Dua bulan yang pada mulanya terpaksa, buat berat saya dari 63kg menjadi 58kg tanpa saya sedari. Tahu pun masa appointment dengan doc, kena timbang dan check bp dan saya pregnant dengan berat 59kg.


Selain dari tu, saya jugak berusaha dari segi kerohanian. Allah, terasa diri sangat lalai sebelum ni.

Antara usaha since Feb 2015;

*Jumpa ustaz.

*Solat sunat taubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Terasa berdosa pernah terlintas nak delay untuk dapat zuriat masa awal kahwin dulu sebab masalah kewangan.

*Selalu baca doa untuk mendapatkan zuriat. "rabbi la tazarni" dan "rabbi habli", tak kira waktu. Time sujud terakhir, masa drive, lepas waktu subur, lepas bd. Boleh kata macam sepanjang masa ayat-ayat ni meniti di bibir saya sambil letak tangan di perut.



*Zikir "ya khaliq, ya bari', ya musowwir"

*Banyakkan bersedekah. Tak kira untuk siapa, saya banyak sediakan makan-makan untuk kanak-kanak, sedekah pada masjid, ibu bapa, suami dan lain-lain. Ada sekali saya keluar makan dengan suami, ada seekor kucing ni sampai hampir sekor ikan saya cubitkan untuk dia, selalunya dapat dua tiga mulut terus pergi. Pelik pulak, sebab kucing ni siap cuit saya dengan kaki dia huhu tapi lepas cubitan terakhir tu saya cakap slow-slow pada kucing tu "doakan saya direzekikan anak tau".

*Kirimkan doa pada rakan-rakan yang pergi umrah.

*Mohon ibu dan ayah doakan agar dipermudahkan urusan untuk mendapatkan zuriat.

*Sentiasa bergembira. Sebelum tu kan saya asyik stress fikir pasal tempat kerja baru. Tapi, fikir-fikir tak mengubah apa-apa pun. Tapi tak tahulah kenapa masuk bulan Feb tu saya mula suka tengok Running Man. Hehehehe. Asyik duk gelak dengan suami tengok game show ni.




 fav saya, sparta kook. kikikiki.


*Mohon maaf dengan semua orang terutamanya suami. 


*Bernazar, ada hukum mengatakan makruh. Saya tak cakap saya nazar tapi kata-kata saya tu macam saya nazar la jugak. Awal bulan 4 saya macam yakin yang saya akan pregnant. Nak kata instinct, macam tak masuk akal kan tapi Ya Allah kuat sangat perasaan saya masa tu. Jadi saya cakap pada suami "kalau aye pregnant cycle ni, aye akan bagi ape je yang wak nak"

Sekali, pregnant betul hehe alhamdulillah. Suami mintak belikan dia mesin mancing. T____T. Dah la saya tak berapa gemar hobi beliau tu. Tapi lepas saya pregnant, beliau cuti memancing sampailah saya bersalin InshaAllah. Jadi mesin tu, simpan dalam box dulu. :)


Rasanya itu sahajalah kot. Ini hanya usaha saya dan suami. Semua atas kehendak Allahu Taala yang menentukan segala-galanya. Mungkin dah sampai rezeki saya dan suami sebelum sempat mencuba Clomid dan IUI.

Setiap kali teringat, setiap kali tu la saya panjatkan syukur pada Allah Taala yang mengurniakan rezeki pada kami suami isteri secara naturally. Allah tahu kedudukan kewangan kami. Sebaknyaaaaaaaaaaaa.



Sampai di sini dululah. Semoga bemanfaat.

:') Kuatkan semangat!!






Thursday, 16 July 2015

Second Trimester

Sedar tak sedar, hari ni genap 15 weeks kandungan saya. Alhamdulillah, loya dan muntah-muntah mula menjauh pergi. Sekarang tengah deal dengan keletihan. Keletihan bukan  sebab apa sangat, sebab badan makin membulat kot. Hihi. Selera makan pun dah mula bertambah. 

Selain dari membulat, sepanjang Ramadhan ni saya diuji dengan UTI (Urinary Tract Infections) :( Saya memang ada history dengan UTI sejak zaman sekolah rendah. Memang problem sedikit bila puasa. Bila puasa, badan kita akan kekurangan air. Untuk orang yang normal InshaAllah boleh tahan even kencing banyak kali. Untuk orang macam saya pula, bila kerap kencing di bulan  puasa lepas tu tak topup balik air, tu yang terjadinya infection di pundi kencing. Sakit abaq ang!







Takpelah, demi baby ibu sanggup hadapi apa jua dugaan. Lama dah tak scan ni. Last scan bulan 6 hari tu, next appointment untuk scan bulan 8 nanti. Sebenarnya terasa nak scan kat swasta tapi suami tahan saya hehehe. Sabar katanya. 


Tujelah buat masa sekarang. Saya beraya di rumah mentua dulu tahun ni. Nasib balik awal, takdelah kena hadap jem. Sebut pasal jem, untuk ttcians yang baru pregnant atau lepas hari subur,  jangan berani travel lagi tau. Kalau nak travel, lapik punggung dengan bantal atau kusyen masa dalam kereta tu. Ni 1st saya travel jauh sejak pregnant, KL-Ganu. Masa awal-awal dulu lagilah, keluar berjalan pun tak. Pergi dan balik kerja je. Bukan apa, kita tak tahu kondisi rahim dan baby kita macam mana. Apapun, sentiasa berdoa dan tawakkal pada Allah kerana Dia lah sebaik-baik pemberi pertolongan.


Selamat Hari Raya Aidilfitri :)