Friday 27 February 2015

Stress Punca Tidak Subur

Paste kat sini, nanti boleh tengok selalu. Orang cepat lupa cenggini la. Hehe. Bulan ni stress punya pasal, saya asyik brown spotting je. Herrrrr. Tak jadi jumpa Dr untuk start clomid.



Salah satu punca tidak subur ialah stress. Selalu stress. Stress melampau. Trend masa kini ramai wanita berkerjaya yang memegang jawatan-jawatan penting dalam sesuatu organisasi. Setiap hari berdepan dengan pelbagai situasi mencabar. Keadaan ini akan menimbulkan stress atau tekanan yang akan memburukkan lagi masalah kesuburan wanita.

Tahap stress yang melampau kepada wanita akan menyebabkan hormon tidak dikeluarkan dengan baik dan seterusnya gagal mengeluarkan telur dari ovari. Keadaan ini dinamakan stress-induced anavulation. Jika kitar haid tidak mengalami ovulasi, bermakna tiada ovum dikeluarkan dan tidak dapat disenyawakan. Hamil adalah sesuatu yang mustahil.

Stress akan mempengaruhi bahagian otak yang dikenali sebagai hipotalamus yang memainkan peranan dalam penghasilan hormon-hormon gonad. Stress juga didapati mempengaruhi sistem imunisasi yang akan mengganggu proses awal kehamilan.

Stress juga akan mengganggu emosi pasangan sama ada lelaki atau perempuan. Ia akan mengurangkan rasa ghairah terhadap aktiviti seks sehingga jarang berlakunya kekerapan berjima' yang menyebabkan terbantutnya peluang untuk hamil.

Tips bagi memperkukuhkan kesuburan bagi pasangan berkahwin:-

*Urus stress secara bijak dengan pergi bercuti ke tempat peranginan yang sesuai bila anda mula merancang untuk mengandung.
*Nikmatilah hubungan kelamin dengan tenang tanpa perlu memikirkan sangat tentang keinginan untuk menimang zuriat buat sementara waktu.
*Solat hajat, terdapat amalan-amalan dan zikir-zikir khusus untuk memudahkan anda menimang cahaya mata.
*Dapatkan berat badan ideal dengan diet seimbang dan senaman
*Amalkan diet sihat - diet seimbang, makan banyak sayur - sayuran dan buah - buahan setiap hari, kawal pengambilan daging ayam atau ternakan yang disuntik. Cuba beralih kepada ayam organik
*Amalkan pengambilan makanan yang mempunyai pelbagai vitamin.

No comments: