Sunday, 6 June 2021

fuh! fuh! fuh! tiup habuk sikit haha

 assalamualaikum.


hai blog lamanya sy tak menaip ni. dah nak hampir setahun. alhamdulillah kehidupan semua berjalan lancar. belum terlambat lah sy nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada smeua pembaca blog. yang blog walking ke, yang google search ke hehe.



inilah family kecil sy. dari asalnya nak dapat seorang pun jenuh berendam air mata. alhamdulillah Allah maha pemurah Allah beri sy 3 anak lelaki. ye semua boys. fenin jugak baba dan ibu melayan tiga beradik ni tapi diorang ni sebab semua boys kan dia macam geng, kejap gaduh kejap nak share mainan buat aktiviti senyap-senyap pun iye jugak.


nanti ada masa sy menaip lagi. entah bila la pulak tu.  


bye~



Thursday, 18 July 2019

Pregnant Lagi. Hehe.

Setahun sorang ke sis?

Hahaha.

Sekarang sy sedang pregnant anak ketiga. Ini sebenarnya sebab merancang sendiri. Alhamdulillah ala kulli hal. Dah masuk 32 weeks dah rupanya. Boleh tengok kat side blog ada sy masukkan ticker adik baby.

Tak boleh nak taip panjang lagi, nanti la sy cerita. Doakan sy selamat bersalin dan dipermudahkan semuanya.



Monday, 8 April 2019

Masalah Pepijat atau Bed Bugs

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya lahai tak menaip kat sini. Alang-alang ada masa depan komputer ni bolehlah saye menaip sikit. Minggu lepas saye sekeluarga balik kampung hampir 10 hari sebab cuti sekolah. Masa cuti sekolah tu sebenarnya duk risau saye lupa nak tutup plug dan punca air penapis Cuckoo. Alhamdulillah takde ape yang berlaku. Risau la jugak kot kepanasan or meletup ke kan.

Ahad 31.3.2019 kitorang sampai rumah dalam 1 pagi. Esoknya nak kerja okay. Walaupun suami yang drive, saye dan anak-anak over penat :P

Nak dijadikan cerita, dah penat-penat semua tidur kat luar je la lepas angkat barang. Saye tidur kat bawah dengan anak-anak dan suami tidur kat sofabed.

Tutup lampu, Nuh dan Ali duk gerak-gerak. Saye tepuk-tepuk je la. Tapi still gerak dan macam gelisah je diorang. (euww tengah taip ni rasa kepala pun gatal je) T____T

Duk kejap suami bangun cakap nak tidur kat dalam. Saye cakap jap. Saye suluh ngan lampu phone, tengok-tengok. 


Seriously kitorang tak tahu ape name binatang ni pada mulanya. Ye lah, tak pernah alami dan tak pernah ada kat dalam rumah.

Penuh bawah comforter tu. Telinga Nuh dan merah-merah kena gigit. Ali selamat. Nuh memang serangga suka kat dia tak tahu lah kenape haha.

Angkat anak masuk dalam bilik. Suami saye pegi bawak bantal yang dia tidur masuk dalam bilik. Hmm, cari penyakit. 


Esoknya lunch hour suami hantar video ada entiti atas bantal kat ruang tamu. Saye terus call mama tanya. Mama cakap "pepijat kot?" Mama tak pernah tengok tapi dari gaya saye cerita mama kate kemungkinan itu adalah pepijat. Saye google memang sama rupa bentuk dia.




Masa tu jugak saye dan suami ambik bantal  dan selimut yang kat depan yang terlibat tu masuk dalam plastik. Bantal terus buang dan selimut nak pegi dobi dan basuh dengan air panas.  

Memang seram gila nak hadap bendalah ni. Macam-macam saya google sebab nak tahu cara penyelesaian rupanya agak susah nak bebas dari cengkaman bed bugs ni once dah kena.

Sofa bed tu paling infected. Penuh kat celah-celah sofa tu.




Rupa sofa bed kitorang. Korang bayangkanlah celah-celah tu ada telur dan anak pinak dia. EUUUUUWWWWWW.

Cara tradisional saye tak tahulah dan saye tak tak lagi sebab baca review semua failed.

First thing first saye dan suami buat.

1) Vakuum tempat yang nampak bed bugs dan telur-telur dia.
2) Guna iron steam untuk steam telur dan bendalah bed bugs tu. Sebab pepijat ni akan mati kalau kena kepanasan lebih dari 60 darjah celcius.

Esoknya saye google lagi. Saye jumpa ini dan review banyak cakap bagus.

Bio D Sleeptite Bed Bug & Dust Mite Control




Saye beli di Cold Storage dengan harga RM29.90. Sebelum tu saye tengok kat LAZADA (klik link). Tapi sebab saye nak urgent, saye terus pegi mall cari. Korang boleh cari di Giant, Cold Storage and mane lagi tah. Korang tengok kat link saye bagi tu ada dia bagitahu.

Setakat ni nampak berkurang tapi masih ada la nampak 3-4 ekor berkeliaran. Ambik masa dan kena rajin vakuum, steam dan spray tempat yang kita rasa ada tu. Korang kena trial and error la spray tu. Ada yang kata tak berkesan untuk dia. 

Masalahnya sekarang macam mana dia ada kat rumah. Hmm musykil betul. 

Harap mimpi ngeri ini berakhir. Letih wehhh. Nyampahnyaaa.



Friday, 1 February 2019

Nuh dan Ali




 Nampaknya nak upload gambar tak boleh guna apps, kena guna chrome jugak. Ee susah pulak. Ini gambar dua beradik yang dah jadi BFF. Ada masa mereka baik, minum susu sebelah-sebelah, ada masa mereka berebut mainan yang satu. Haha.

Nuh Huzaifah 3 years old
Ali Luthfi 1 year old

Alhamdulillah.

Lamanya tak update

  1. Baru ada hati nak buka blog. Semuanya tergendala sebab laptop rosak, kat sekolah tak guna komputer sangat kecuali time kena key in data atau buat kerja penting.
  2. Ali dah setahun dah lebih dah. Alahai cepat je masa berlalu. Kite guna apps blogger ni, macam mana nak masukkan gambar ye? Tak jumpa pulak.
  3. Nuh dah 3 tahun. Teringat zaman ttc nak dapatkan Nuh ni. Alhamdulillah.
  4. Nak try godek untuk masukkan gambar jap.




Tuesday, 26 December 2017

15.12.2017

Assalamualaikum




Alhamdulillah sy selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 15.12.2017, 4.53 pagi dengan berat 3.22kg secara normal.

Dah 10 hari berpantang. Dan alhamdulillah jugak kali ni Allah permudahkan semuanya. Nampaknya Nuh dah ada geng. Hihi. Nama tunggu baba register baru ibu reveal. Hihihi.

Tuesday, 28 November 2017

37w 1d


 Assalamualaikum wbt.

Dapat la menaip sebab Nuh ada kat taska. Hihi. Sekarang abang tu dah pandai on laptop okay. On semata-mata nak tengok gambar baba. Asal nampak gambar baba terus dia "baba, baba". Kalau time gambar ibu dia diam seribu bahasa. Okay fine! Kadang boleh la tengok ada file atau apps yang terdelete kat laptop ni, kadang tetiba gambar lama ada kat tab mozilla. Macam mana dia open sampai boleh masuk situ tak tahu lah. Lagi satu laptop ni touch screen, jadi mudah bebeno la dia scroll2 je ikut sedap dia.

 Keadaan dik baby sekarang memang macam tu la. Hari-hari aktif je dia. Compared tu abang, lain betul dia. Berguling-guling dalam perut ni haa. Kalau panggil mesti akan dapat respon. Abang dia dulu? Jual mahal okay, hehe.


Cuba teka mana satu Nuh mana satu dik baby? Eh lupa ada tarikh haha. Yang b & w tu dik baby. Baba, ibu dan abang dah bawak dik baby nak scan 3d/4d/5d okay tapi memang habit korang adik beradik la kot susah nau nak tunjuk muka. Dik baby lagi la, sempat dia pusing kepala kat atas balik then satu apa tak nampak. Muka, gender semua tak boleh nak godek. Yang gambar atas ni pun masa check up gynae ibu buat luahan tak nampak muka dik baby. Memang kat situ boleh scan 3d/4d/5d cuma bila print jd b & w. Dapat jugak la baba dan ibu tengok awak tengah hisap jari, letak tangan kat kepala, nganga mulut la. Hihi. Can't wait to see you. Doakan ibu mudah bersalinkan awak ye aaminn..


Pheww..

 
Pregnancy kali ni ibu asyik happy je. Masa abang dulu pun happy tapi ibu kuat jealous sampai baba stress hahaha. Kali ni makan selera, naik 22 kg dari berat asal. Kalau ibu tak kurus, berzaman la baba mengutuk ibu sebab ibu cakap ibu akan kurus balik hahaha. Tu belum part berkerak lagi tu. Kah!!

Tak sabar nak mula balik my bf journey. Pam pam pam sampai bambam.


Doakan semoga semuanya selamat ye. 

Aaaminn..