Monday 8 April 2019

Masalah Pepijat atau Bed Bugs

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya lahai tak menaip kat sini. Alang-alang ada masa depan komputer ni bolehlah saye menaip sikit. Minggu lepas saye sekeluarga balik kampung hampir 10 hari sebab cuti sekolah. Masa cuti sekolah tu sebenarnya duk risau saye lupa nak tutup plug dan punca air penapis Cuckoo. Alhamdulillah takde ape yang berlaku. Risau la jugak kot kepanasan or meletup ke kan.

Ahad 31.3.2019 kitorang sampai rumah dalam 1 pagi. Esoknya nak kerja okay. Walaupun suami yang drive, saye dan anak-anak over penat :P

Nak dijadikan cerita, dah penat-penat semua tidur kat luar je la lepas angkat barang. Saye tidur kat bawah dengan anak-anak dan suami tidur kat sofabed.

Tutup lampu, Nuh dan Ali duk gerak-gerak. Saye tepuk-tepuk je la. Tapi still gerak dan macam gelisah je diorang. (euww tengah taip ni rasa kepala pun gatal je) T____T

Duk kejap suami bangun cakap nak tidur kat dalam. Saye cakap jap. Saye suluh ngan lampu phone, tengok-tengok. 


Seriously kitorang tak tahu ape name binatang ni pada mulanya. Ye lah, tak pernah alami dan tak pernah ada kat dalam rumah.

Penuh bawah comforter tu. Telinga Nuh dan merah-merah kena gigit. Ali selamat. Nuh memang serangga suka kat dia tak tahu lah kenape haha.

Angkat anak masuk dalam bilik. Suami saye pegi bawak bantal yang dia tidur masuk dalam bilik. Hmm, cari penyakit. 


Esoknya lunch hour suami hantar video ada entiti atas bantal kat ruang tamu. Saye terus call mama tanya. Mama cakap "pepijat kot?" Mama tak pernah tengok tapi dari gaya saye cerita mama kate kemungkinan itu adalah pepijat. Saye google memang sama rupa bentuk dia.




Masa tu jugak saye dan suami ambik bantal  dan selimut yang kat depan yang terlibat tu masuk dalam plastik. Bantal terus buang dan selimut nak pegi dobi dan basuh dengan air panas.  

Memang seram gila nak hadap bendalah ni. Macam-macam saya google sebab nak tahu cara penyelesaian rupanya agak susah nak bebas dari cengkaman bed bugs ni once dah kena.

Sofa bed tu paling infected. Penuh kat celah-celah sofa tu.




Rupa sofa bed kitorang. Korang bayangkanlah celah-celah tu ada telur dan anak pinak dia. EUUUUUWWWWWW.

Cara tradisional saye tak tahulah dan saye tak tak lagi sebab baca review semua failed.

First thing first saye dan suami buat.

1) Vakuum tempat yang nampak bed bugs dan telur-telur dia.
2) Guna iron steam untuk steam telur dan bendalah bed bugs tu. Sebab pepijat ni akan mati kalau kena kepanasan lebih dari 60 darjah celcius.

Esoknya saye google lagi. Saye jumpa ini dan review banyak cakap bagus.

Bio D Sleeptite Bed Bug & Dust Mite Control




Saye beli di Cold Storage dengan harga RM29.90. Sebelum tu saye tengok kat LAZADA (klik link). Tapi sebab saye nak urgent, saye terus pegi mall cari. Korang boleh cari di Giant, Cold Storage and mane lagi tah. Korang tengok kat link saye bagi tu ada dia bagitahu.

Setakat ni nampak berkurang tapi masih ada la nampak 3-4 ekor berkeliaran. Ambik masa dan kena rajin vakuum, steam dan spray tempat yang kita rasa ada tu. Korang kena trial and error la spray tu. Ada yang kata tak berkesan untuk dia. 

Masalahnya sekarang macam mana dia ada kat rumah. Hmm musykil betul. 

Harap mimpi ngeri ini berakhir. Letih wehhh. Nyampahnyaaa.



No comments: