Friday 16 June 2017

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Walaupun agak terlewat nak ucap sebab kita sudah pun berada di penghujung Ramadhan tapi kite nak ucap jugak selamat menyambut ramadhan al mubarak untuk semua yang membaca blog kite ni. Ahaks! Ada ke yang baca? Hmm.

Tahun ni merupakan tahun ke 4 saya dan suami menyambut ramadhan bersama-sama. Dan syawal nanti adalah anniversary kitorang yang ke 4 weehuuu! Alhamdulillah. Macam-macam yang kitorang hadapi bersama-sama. Walaupun dah kenal 7 tahun sebelum kahwin, bila dah kahwin sangat lain perasaannya. Hihi.

Apapun, sempena bulan ramadhan yang mulia dan penuh dengan barakah ni, saya doakan agar kawan-kawan dan pembaca blog saya beroleh kebahagiaan dan kegembiraan yang maksimum dalam kehidupan korang. Saya juga doakan semoga Allah makbulkan doa/permintaan kawan-kawan sekalian. Aaaamiinn.

Untuk yang bakal pulang ke kampung next week, silalah berhati-hati di jalan raya. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Jangan lupa doa naik kenderaan, ayatul qursi dan bismillahi lazi.

.LOVE.

No comments: