Saturday 8 April 2017

Simptom pcos kembalikah?

Assalamualaikum,

Terus kepada tajuk la kan. Sy sebenarnya dah mula rasa pelik sebab last period sy Disember 2016 kot. Aduhai, selepas bersalin period sy mula datang masa umur Nuh 9 bulan iaitu pada bulan Oktober 2016. Dah berapa sticks upt saya test semuanya BFN. Sy rasa sebab berat naik mendadak dan sy craving sangat manis sejak akhir-akhir ni. Ni dah start naik balik jerawat kat dagu seperi masa lalu. T_T

Masa sy pregnant Nuh, sy langsung tak suka kek and benda manis-manis. Tapi start bulan Feb tahun ni, sy mula craving. Sangat! Berat dari 52 dah jadi 57 sekarang. Dah la 52 tu last sy dapat masa sy kat Uni. Huaaaa, okay fully breastfeed bukanlah alasan kukuh okay untuk kekal kurus ditambah sekarang anak dah besar dan boleh jalan so maknya banyak la masa terluang.

Sebelum ni, nak jejak dapur nak suap makanan pun tak sempat. Anak nak mengempeng je.Tapi tak sure lak normal untuk breastfeeding mommy period tak tetap macam tu. Sy dah email dr, tunggu dr balas. 

Nampaknya kena usaha untuk turunkan berat balik. Ada terdengar ke terbaca (penyakit lupa berleluasa) lebihan 700 kcal yang kita makan akan menyebabkan berat naik 1 kg. Kalau salah tolong betulkan.Ikut bmi, sy kena dapatkan berat 48kg plus suami sy kecik molek orangnya. Sy tak mahu dah jadi raksasa balik macam dulu.

bukan kaki sy

No comments: