-
-
-
-
-
-
“The longer you wait for something, the more you’ll
appreciate it when you get it. Because anything worth having is
definitely worth waiting for.”
~Anonymous~
First saya jumpa blog dr tasha, saya buka bahagian HOME dan di akhir kata aluan dr, dr letak quote ni. Deep sangat quote ni. Kita semua pernah menunggu, tak kiralah menunggu untuk dapat kerja ke, kereta, pasangan, zuriat dan macam-macam lagi.
Sakit menunggu tu kadang tak dapat digambarkan dengan perasaan. Nak cerita pun tak tahu macam mana. Dulu saya nak sangat kahwin awal, tapi Allah tetapkan tahun ke 7 hubungan kami, barulah kami berkahwin.
Lepas kahwin saya create blog ni untuk saya ceritakan perjalanan hidup saya lepas berkahwin. Nak masukkan cerita jalan-jalan, being pregnant, having babies tapi lain pulak jadinya..Jadi blog pasal infertility journey sebab sebelum kahwin ingat nak pregnant tu senang je. Orang takde pengalaman, gitulah gamaknya berfikir. Menunggu lagi..
Tak berapa lama untuk kami berbanding orang lain. Tapi sakitnya menunggu tu...
our little bibimbap..
Suami cakap bibir nipis macam saya ;)
Ibu sentiasa doakan agar baby sihat je kat dalam rahim ibu. Membesar dengan sihat, dikurniakan rupa paras, fizikal dan dalaman yang sempurna, dipermudahkan urusan kelahiran nanti dan banyak lagilah doa ibu.
I love you, baby.
:)
4 comments:
Best nya... doakan akak berjaya juga nanti :)
InshaAllah kak, sy selalu ajak baby sama2 doa agar sahabat2 ttc yang lain akan dikurniakan zuriat masing2.. aamiinn..
*hugs*
Assalamualaikum kak. Sy pun tengah dalam proses buat iui dengan dr tasha next week after 2 years kahwin. Huuuu. Akak buat dekat pusrawi overall kos dia mahal tak? Boleh claim GL tak?
Wsalam, ikut company jugak dik. Macam akak start treatment hujung tahun 2014 sampai awal tahun 2015 still boleh guna GL untuk cover tvs, scan, consultation, ubat selain ubat hormon. Tapi update terbaru dari kawan akak yang buat treatment kat pusrawi, sekarang tak cover dah. Huhu. Sebab kalau dah refer doc natasha consider fertility so memang tak cover. Boleh email akak kalau nak sembang2.
nadiashafiqa@gmail.com
Akak doakan semoga iui tihah berjaya. Amiinn3... <3
Post a Comment