Rasa loya dan mual semasa trimester pertama kehamilan adakalanya membuatkan bakal ibu menjadi malas untuk makan, padahal waktu itu adalah saat kritikal pertumbuhan janin. Sepatutnya pada trimester pertama, ibu perlu makan banyak makanan berkhasiat bagi memastikan janin membesar dengan sihat.
Namun demikian, sikap tidak lalu makan di awal kehamilan adalah perkara normal kerana ketika ini berlakunya perubahan hormon dalam badan ibu. Tetapi jangan terlalu melayan perasaan tersebut kerana ibu perlu tahu bahawa pemakanan ibu memberi kesan terhadap perkembangan bayi di awal kehamilan.
Oleh itu ibu perlu cari apakah jenis makanan yang boleh dimakan tanpa rasa mual dan paling penting ia sihat serta mampu memberikan khasiat kepada ‘orang di dalam’. Jika tetap rasa loya dan mual, makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap.
Brokoli
Ibu hamil terutama pada trimester pertama sangat digalakkan mengambil banyak sayuran hijau seperti brokoli yang kaya dengan kandungan folat, kalsium, karotenoid dan serat yang membantu perkembangan mata bayi dalam kandungan. Kalium yang terdapat dalam brokoli juga membantu menormalkan tekanan darah.
Yogurt
Ibu hamil sering ditekankan agar minum susu yang banyak membekalkan kalsium. Tetapi ada kalangan ibu hamil langsung tidak boleh menghidu bau susu apatah lagi meminumnya. Jadi, gantilah ia dengan mengambil yogurt kerana ia mengandungi protein, kalsium, vitamin B dan zink. Kandungan kalsium dalam yogurt juga dikatakan lebih tinggi berbanding susu.
Buah Beri
Kumpulan buah-buahan beri sememangnya sedap walaupun rasanya masam manis. Ia membantu ibu menghilangkan rasa mual. Buah beri seperti strawberi, blueberi, rasberi yang kaya dengan vitamn C, potassium, folat, serat dan antioksidan yang tinggi memang digalakkan kepada ibu hamil.
Daging
Daging yang kaya dengan protein, vitamin B12, B6 dan niacin sememangnnya bagus untuk mengelakkan masalah anemia sepanjang mengandung. Daging juga mengandungi kolin yang membantu perkembangan bayi. Pengambilan daging di awal kehamilan sangat penting untuk janin dan ibu sendiri.
Kekacang
Kekacang merupakan sumber protein, zat besi, protein, folat, kalsium dan zink. Mineral ini diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan janin pada tiga bulan pertama. Kekacang boleh dijadikan snek kudapan bagi menghilangkan rasa loya dan mual yang muncul pada bila-bila masa. Selain mengenyangkan ia berkhasiat.
*copy paste untuk rujukan*
No comments:
Post a Comment