Saturday, 28 February 2015

Jaley jaley hujung minggu

Macam biasa, kalau hujung minggu ade je aktiviti. Aktiviti makan kat luar lah selalunye. Hihi. Hari ni makan tengah hari kat Kudu Bin Abdul. Suami ai ni suka sangat berkari-kari bagai. Baru last week dah pesan kat ai kata tak mau dah makan kari, gulai semua sebab kolesterol tinggi dalam darah. Beberapa minggu lepas suami asyik sakit kaki, doc suspek gout tau haih. Bila check darah alhamdulillah takde, tapi kolesterol pulak tinggi. Kena beringat la ye, jangan tengok orang gems je kata dia kolesterol tinggi. Suami ai yang kecik molek pun kena, walaupun tinggi bukan tahap bahaya tapi possibilities untuk makin naik tu ada.

Lari topik plak weh. Hahahaha. Okay lepas makan, sama macam selalu gak mesti tak tahu nak pegi mane. Mula-mula nak gerak balik, sampai area Kampung Baru suami kate,

"Jom pegi KLCC, saya nak cari buku Nike"

"Kenape dengan buku tu..?"

"Ada koleksi gambar kasut Nike 70's, orang cakap bookstore kat KLCC ade"

"Elok gak, aye pun nak cari Diagnosis"

Sampai sana, jalan-jalan dan pegi lepak Kinokuniya. Sampai sana tengok ramai orang, rupanya ada Majlis Pelancaran Buku. Saya tak pulak amik gambar, jadi saya print screen la gambar dari FB Konikuniya. Hehehe.  Diari Nona Gila by Takahara Suiko dan Whatever You Say I Am by Anwar Hadi.



Diagnosis out of stock. Tu la, awal-awal dulu takmo cari.  #88lovelife pun takde sebab katenya jual online je. Padahal dah tahu online je sebab hari tu nampak komen kat IG Diana tu ada seller komen boleh beli dengan dia, tapi tak ingat dah sape. :]


  
Sambil suami tengok buku Nike dia tu, saya ambil buku ni dan baca. ;) Banyak benda lagi saya kena belajar sebab saya ni kadang macam budak-budak sangat padahal umur di ambang 30 dah weh. 
 

 

Okay ni sedap sangat! Saya teringin nak minum coffee, haih padahal dah janji dengan diri nak avoid tapi hari ni tak tahan la. Suami try ABC special, sedap plus ais dia gebu gebas. Len kali kalau datang sini lagi boleh ngap lagi ABC nih. Heeee.


Okay tu je la dulu.

Daaa~


No comments: