Monday, 15 September 2014

TTC 1 - Kempen Kesedaran Fertiliti Bulan Ogos 2014.

Bulan lepas, saya terbuka blog Dr. Natasha, dan ternampak entri tentang Kempen Kesedaran Fertiliti Bulan Ogos 2014. Saya pun isi semua form dan buat call klinik untuk set appointment. Bukan saya nak ragu dengan rawatan yang saya dapatkan sekarang, saya nak kepastian yang sebetulnya, kenapa period saya sentiasa tak okay. Doc pula sentiasa positif dan kalau saya tak period, doc syak saya pregnant walhal saya tahu saya tak. Takkan pulak saya nak cadangkan kat doc yang saya nak TVS.

Dah, dah saya tetap akan sambung rawatan susulan yang sekarang. Tadi, saya dah selamat buat treatment pertama di KL Fertility & Gynaecology Centre. Masa Dr.Natasha buat TVS, dan hasilnya nampak lebih kurang macam ni, tapi saya punya tak rapat-rapat macam ni..

 
Gambar dari blog Dr.Natasha

Sebelah kanan tak banyak, dalam 4 biji, yang sebelah kiri banyak, bulat-bulat, jarang-jarang tapi ada dalam 11 biji. Masa tu saya macam nak menangis. Sebelum ni saya ada fikir yang saya ni PCOS, tapi tak official. Bila Dr bagitahu tadi, saya mungkin PCOS, saya rasa macam tak berpijak pada bumi yang nyata. Rasa macam "tak mungkin..".

Paling ketara sebab berat saya naik mendadak lepas kahwin yang menjejaskan hormon saya. Macam bulu macam lelaki tu takde sangat, just ada kumis je sikit.

1. Apakah penyakit polycystic ovarian syndrome (PCOS)?
PCOS juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal syndrome’. Dianggarkan bahawa 5-10 peratus wanita yang berada di dalam umur reproduktif mengalami masalah ini. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol. Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini adalah kait-paut dengan genetik.

2. Apakah gejala-gejala penyakit PCOS?
• Kitaran haid yang tidak teratur. Apabila haid datang kerapkali ianya berpanjangan dan banyak
• Kegemukan atau obesiti
• Kencing manis
• Kolesterol Tinggi
• Kemandulan
• Ketumbuhan bulu-bulu yang berlebihan seperti lelaki i.e misai, janggut dan di bahagian dada

3. Bagaimanakah diagnosis PCOS dibuat?
Doktor anda akan mengesahkan pesakit itu menghidapi PCOS sekiranya 2 daripada 3 kriteria tersebut di bawah dipenuhi:
• Kitaran haid yang tidak teratur
• Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang
• Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’

4. Apakah itu ‘polycystic ovary’?
Ini adalah apabila scan pelvis menunjukkan kilang ovari mempunyai cyst kecil-kecil selalunya sebanyak 12 atau lebih. Setiap satu cyst itu bersaiz anggaran 2-8mm di bahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil ‘string of pearls’.  Cyst kecil ini TIDAK akan membesar hingga boleh menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan. Sebanyak 20% kalangan wanita yang normal apabila diimbas pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’. Hanya sebanyak 6-7% wanita yang ada ‘polycystic ovary’ menghidapi penyakit PCOS.

Gambar ultrasound ovari menunjukkan 'polycystic ovary'
Add captionGambar ultrasound ovari menunjukkan ‘polycystic ovary’


5. Kenapakah pesakit PCOS sukar hamil?
Ini disebabkan masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. Tiap-tiap bulan, folikel kecil akan berkembang dan matang di dalam kilang telur, ovulasi akan berlaku apabila folikel itu matang dan dilepaskan ke dalam saluran peranakan. Akan tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan, i.e hormon lelaki dan insulin yang berlebihan, ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan dan kematangan telur. Ovulasi tidak akan berlaku dan kitaran haid terganggu. Oleh itu, pesakit akan lebih sukar untuk hamil.

6. Apakah risiko-risiko kesan masa panjang pesakit PCOS?
• 10-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis. Terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.
• Masalah kolesterol tinggi
• Masalah darah tinggi
• Masalah sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi
• Kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid.
• Masalah tidur
• Penyakit murung

7. Apakah rawatan untuk pesakit PCOS?

• Turunkan berat badan bagi pesakit yang gemuk. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan baik seperti haid menjadi teratur semula.
• Pill perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid yang teratur
• Ubat kencing manis i.e metformin terutamanya pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, menghidapi kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi.
• Ubat fertiliti untuk merangsang ovulasi contohnya ‘clomiphene’ atau ‘Gonadotrophin’.
Pembedahan ‘ovarian-drilling’. Ini bukanlah ‘first line’ treatment. Kebiasaannya, ini adalah untuk pesakit yang ‘resistant’ kepada ubat rangsangan ovulasi.



25 hb nanti appointment seterusnya untuk tengok keadaan telur tu, masa tu kena bawak semen suami, diorang dah bekalkan botol untuk letak.

Untuk hari ni. bayar untuk TVS sahaja . RM 100.


Uwaaaaa sedihnya. Sedihnya. Nak cuba kurangkan makan benda bergula. Nak betulkan period dulu. Saya nak sedih hari ni je, esok saya nak buka buku baru.


No comments: