(sumber : peribadi)
Selalunya note macam ni akan ditulis bila suami keluar main futsal, memancing atau ada hal lain dan beliau balik ketika saya telah tidur berdengkur (ahaks). Okay, puasa pun belum dah kena apply cuti untuk block patients. Macam raya tahun lepas, suami memang ambil cuti 2 minggu sebab tahun lepas kami kahwin ketika cuti hari raya, ahaks! dan saya pula memang cuti raya seminggu dan untungnya tahun lepas bersambung dengan cuti penggal kedua. Tahun ni nampaknya, saya cuti seminggu ajelah kot dan suami masih dengan 2 minggu beliau. Jeles mak!!
Suami berkerja di hari Sabtu untuk program remeja. Dah beberapa malam saya menolong beliau, memerah otak untuk Explore Race ni. Bab men-GOOGLE suami cakap saya memang pakar. Jumpa je kalau nak cari ape-ape. Kihkihkih. Nasib je padahal, takpun suami ampu saya kot? HAHAHAHA. Dari pagi saya duk ulang alik dalam rumah, basuh kain segala, buat kerja rumah dan paling banyak menghadap laptop ni, bila tengok jam dah nak pukul 1. Dasyat sungguh penangan duk saja ni.Okay lah, saya beransur dulu. Daaaaa.
No comments:
Post a Comment