Sunday, 30 August 2015

Random di hari cuti.


Hari ni saya bangun awal sikit. Awal sikit je. Tapi bangun awal pun, lepas solat saya just baring dan lepak. Dari semalam terasa nak lipat baju, tapi tak lipat-lipat jugak. 2 minggu ni sebelum basuh baju, saya akan lipat dulu baju yang dah kering. Dah setel lipat baru mula basuh baju. Takdelah terasa bebannya. Huahuahua.

 Kalau ikutkan, lipat baju suamilah yang paling senang. Lipat dua macam ni je. Senang nak pilih katanya. Ni tshirt nak pegi kedai bawah atau area-area rumah je. Tu dah senget-senget bukan salah saya ye. Hehehe.


Yang berkolar dan baju kerja hang je. Seluar keje pun hang. Suami pesen teratur, hanger nak kena sama, tersusun ikut tone warna. OCD la lebih kurang. Saya ni main sebat je.

Baju jalan pulak, suami lipat sendiri letak dalam satu box panjang. 


 
 Bilik ketiga. Peti ais kena letak dalam bilik sebab dapur kecik yang amat. Dalam bilik ni semua baju suami, baju saya dalam almari di bilik tidur kitorang. Sebab tak bercampur, saya rasa mudah pulak. Hihi.



Okay, maksudnya di sini, saya malas lipat baju saya lah sebenarnya hahahahaha. Jadi, apa yang nak disampaikan adalah, kami habiskan cuti merdeka kami kat rumah je. Sebab dalam masa yang sama nak jimat duit. Jimat tak jimat pun, makan kat luar tu tetap ada cuma kurang berjalan.


Okay, nak buat roti bakar jap. Daaaa~


Saturday, 29 August 2015

:)




[sumber: tumblr]


Friday, 21 August 2015

Minum air gula ketika mengandung (MGTT)


Selasa lepas ANC saya di kk. Timbang, check urine, HB dan last jumpa nurse. Jumpa nurse, nurse komen pasal berat saya yang boleh dikatakan naik mendadak. Huuuu. Dari 60.4kg sekarang 64.3kg. Extra 3 kg katanya. Jadi, jadual asal untuk minum air gula bulan Oktober nanti kena awalkan, yakni pada hari ni. T_________T

Start puasa pukul 10 malam semalam, dan pukul 8 pagi saya sampai kk. Tapi, ramainya lah yang kena MGTT hari ni. No saya di panggil, nurse amik darah dulu. Lepas ambik darah, nurse cakap minum air ye. Saya nampak air oren. Hehehehe.

Masa nak duduk, ada sorang tu tengah merah-merah matanya dan air dalam gelas ada setengah lagi. Susah nak telan katanya. Saya pun, amik gelas baca bismillah dan rasa dulu seteguk. Suam. Lepas tu minum tak berhenti. Tengah menaip ni terasa dalam tekak. Huhuhu..

Lepas minum tanya nurse pukul berapa pulak kena ambik darah, nurse kata 11.15. Nanti dia panggil no balik. Tunggu kat luar, dalam setengah jam saya rasa nak termuntah. Rasa je la. Lepas tu sendawa pulak dah. Adoi kuat jugak rasa oren tu.

Dalam pukul 10 mula rasa macam dehydrate. Kurang air. Tanda kurang air saya, miss v mula rasa ngilu. Hmm. Tahan je la sampai 11.15. Nak minum air tak berani takut effect result. Ada baca, boleh je minum sikit tapi tak mau lah.

11.20 no dipanggil dan mula ambik darah kali kedua. Resultnya minggu depan, kalau tak call means normal..Kalau dapat panggilan tu faham-faham je la. T____T


Harapnya idak la. Harapnya berat naik sebab saya kuat tido. Debo pulak. Itu aje lah update saya.

:) 



Friday, 31 July 2015

Pemakanan dan tips sebelum positif UPT.

Assalamualaikum semua.

Heee, bagi salam pulak kali ni. Dalam bulan Syawal ni, banyak bebeno rumah terbuka lah, sekolah terbuka lah, dewan terbuka lah kan. Dah pesan kat diri sendiri makan tu jangan over sangat, tapi kadang terbabas jugak. :P


Entry kali ni saya nak berkongsi serba sedikit tips tentang pemakanan dan usaha-usaha yang saya dan suami buat sebelum dapat postive UPT bulan 4 lepas.

Supplement/Pemakanan (saya)

  1. Multivitamin Blackmores
  2. Asid Folic
  3. Fish Oil
  4. Susu kambing Hiraq dan Syifa
  5. Pati Delima Gulsan
  6. Air suam + hirisan lemon setiap pagi dan petang
  7. Jamu Zulaikha (on off)

Supplement/Pemakanan (suami)

  1. Tribestan (untuk meningkatkan performance sperm)
  2. Madu
  3. Jamu Yusuf (on off)
  4. Air lemon + madu
  5. Air lemon

Kalau nak diceritakan tentang pemakanan saya sebelum ni, memang teruk jugak. Tak terkawal. Semua benda saya nak makan. Dan fav saya adalah kelapa. Tak kiralah coconut shake ke, air kelapa ke, air kelapa + aiskrim, kelapa jeli semua tu fav saya. Saya selama ni tak sure yang saya ni sebenarnya tak tahu atau tak ingat yang fungsi air kelapa tu sebenarnya "mencuci". Bila tahu tu rasa macam, what?? Bila tahu masa hujung bulan 12,2014 tu terus saya stop.


Awal tahun 2015 saya mula stop kebanyakan makanan/minuman kegemaran saya. Antaranya;

  1. Semua yang ada air kelapa. Tapi, kuih yang ada kelapa tu saya makan jugak kadang-kadang.
  2. Adik beradik kopi.
  3. Kek
  4. Teh
  5. Nanas
  6. Ikan keli

Saya tetapkan azam yang saya nak pregnant dengan lebih sedikit usaha sebab nak try Clomid dan kalau tak berjaya, proceed to IUI.

Masuk Feb, saya ditukarkan ke tempat kerja yang saya tak mahu. Tapi, nak tak nak kenalah terima. Masuk tempat kerja baru, susah nak cari makanan tengah hari. Masa ni lah bermula aktiviti so-called diet saya.

Saya pernah buat diet atkins, tapi hanya bertahan sampai tengah hari. Sadis betul. Huhuhuhu. Jadi, sebab susah nak cari makanan tengah hari, saya mula ubah cara pemakanan dan cara hidup saya.

  1. Makan berat pada waktu pagi. Pagi tu jam 740 sekali dan pukul 10 sekali.
  2. Tak makan nasi waktu tengah hari. Makan buah dan minum air banyak-banyak.
  3. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis berais.
  4. Berzumba atau aerobik di waktu petang. Just amik masa dalam 30-40 minit sehari. Suami memang aktif futsal dan tak merokok.
  5. Makan sebelum malam. Kadang terbabas jugak bila suami ajak keluar malam.

Dua bulan yang pada mulanya terpaksa, buat berat saya dari 63kg menjadi 58kg tanpa saya sedari. Tahu pun masa appointment dengan doc, kena timbang dan check bp dan saya pregnant dengan berat 59kg.


Selain dari tu, saya jugak berusaha dari segi kerohanian. Allah, terasa diri sangat lalai sebelum ni.

Antara usaha since Feb 2015;

*Jumpa ustaz.

*Solat sunat taubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Terasa berdosa pernah terlintas nak delay untuk dapat zuriat masa awal kahwin dulu sebab masalah kewangan.

*Selalu baca doa untuk mendapatkan zuriat. "rabbi la tazarni" dan "rabbi habli", tak kira waktu. Time sujud terakhir, masa drive, lepas waktu subur, lepas bd. Boleh kata macam sepanjang masa ayat-ayat ni meniti di bibir saya sambil letak tangan di perut.



*Zikir "ya khaliq, ya bari', ya musowwir"

*Banyakkan bersedekah. Tak kira untuk siapa, saya banyak sediakan makan-makan untuk kanak-kanak, sedekah pada masjid, ibu bapa, suami dan lain-lain. Ada sekali saya keluar makan dengan suami, ada seekor kucing ni sampai hampir sekor ikan saya cubitkan untuk dia, selalunya dapat dua tiga mulut terus pergi. Pelik pulak, sebab kucing ni siap cuit saya dengan kaki dia huhu tapi lepas cubitan terakhir tu saya cakap slow-slow pada kucing tu "doakan saya direzekikan anak tau".

*Kirimkan doa pada rakan-rakan yang pergi umrah.

*Mohon ibu dan ayah doakan agar dipermudahkan urusan untuk mendapatkan zuriat.

*Sentiasa bergembira. Sebelum tu kan saya asyik stress fikir pasal tempat kerja baru. Tapi, fikir-fikir tak mengubah apa-apa pun. Tapi tak tahulah kenapa masuk bulan Feb tu saya mula suka tengok Running Man. Hehehehe. Asyik duk gelak dengan suami tengok game show ni.




 fav saya, sparta kook. kikikiki.


*Mohon maaf dengan semua orang terutamanya suami. 


*Bernazar, ada hukum mengatakan makruh. Saya tak cakap saya nazar tapi kata-kata saya tu macam saya nazar la jugak. Awal bulan 4 saya macam yakin yang saya akan pregnant. Nak kata instinct, macam tak masuk akal kan tapi Ya Allah kuat sangat perasaan saya masa tu. Jadi saya cakap pada suami "kalau aye pregnant cycle ni, aye akan bagi ape je yang wak nak"

Sekali, pregnant betul hehe alhamdulillah. Suami mintak belikan dia mesin mancing. T____T. Dah la saya tak berapa gemar hobi beliau tu. Tapi lepas saya pregnant, beliau cuti memancing sampailah saya bersalin InshaAllah. Jadi mesin tu, simpan dalam box dulu. :)


Rasanya itu sahajalah kot. Ini hanya usaha saya dan suami. Semua atas kehendak Allahu Taala yang menentukan segala-galanya. Mungkin dah sampai rezeki saya dan suami sebelum sempat mencuba Clomid dan IUI.

Setiap kali teringat, setiap kali tu la saya panjatkan syukur pada Allah Taala yang mengurniakan rezeki pada kami suami isteri secara naturally. Allah tahu kedudukan kewangan kami. Sebaknyaaaaaaaaaaaa.



Sampai di sini dululah. Semoga bemanfaat.

:') Kuatkan semangat!!






Thursday, 16 July 2015

Second Trimester

Sedar tak sedar, hari ni genap 15 weeks kandungan saya. Alhamdulillah, loya dan muntah-muntah mula menjauh pergi. Sekarang tengah deal dengan keletihan. Keletihan bukan  sebab apa sangat, sebab badan makin membulat kot. Hihi. Selera makan pun dah mula bertambah. 

Selain dari membulat, sepanjang Ramadhan ni saya diuji dengan UTI (Urinary Tract Infections) :( Saya memang ada history dengan UTI sejak zaman sekolah rendah. Memang problem sedikit bila puasa. Bila puasa, badan kita akan kekurangan air. Untuk orang yang normal InshaAllah boleh tahan even kencing banyak kali. Untuk orang macam saya pula, bila kerap kencing di bulan  puasa lepas tu tak topup balik air, tu yang terjadinya infection di pundi kencing. Sakit abaq ang!







Takpelah, demi baby ibu sanggup hadapi apa jua dugaan. Lama dah tak scan ni. Last scan bulan 6 hari tu, next appointment untuk scan bulan 8 nanti. Sebenarnya terasa nak scan kat swasta tapi suami tahan saya hehehe. Sabar katanya. 


Tujelah buat masa sekarang. Saya beraya di rumah mentua dulu tahun ni. Nasib balik awal, takdelah kena hadap jem. Sebut pasal jem, untuk ttcians yang baru pregnant atau lepas hari subur,  jangan berani travel lagi tau. Kalau nak travel, lapik punggung dengan bantal atau kusyen masa dalam kereta tu. Ni 1st saya travel jauh sejak pregnant, KL-Ganu. Masa awal-awal dulu lagilah, keluar berjalan pun tak. Pergi dan balik kerja je. Bukan apa, kita tak tahu kondisi rahim dan baby kita macam mana. Apapun, sentiasa berdoa dan tawakkal pada Allah kerana Dia lah sebaik-baik pemberi pertolongan.


Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Sunday, 7 June 2015

0_0



Entah apa masalah malam ni, selalunya saya lah yang berlumba masuk bilik tido. Mata kalau dah mengantuk, buat macam mana pun tak boleh nak tahan. 

Sebab tak mengantuk, perut pun jadi lapar. Saya bancuh teh o, terpaksa bancuh teh sebab milo dah habis. Risau jugak nak minum teh ni dengan badan dah memang sedia berangin, ermmmm tapi okay je la kot sebab untuk cicah biskut cream cracker je.

Eh, tengah taip entry ni saya menguap pulak. Kikikiki. Boleh la slow-slow nak tido ni. Suami dah terbang ke mana dalam mimpi tu, hehehehe. Dia kerja esok, saya takpe..Cuti lagi.






Penutup malam ni.


-

-

-

-

Comelnya awak Arrianshah Akid masa kecik. Aunty suka tengok awak. <3


Selamat malam.





Wednesday, 3 June 2015

Scan dan hearbeat baby :)


Baru dapat bertenet, hujung minggu habiskan masa kat rumah abang ipar sebab mil, fil dan anak saudara suami datang KL.



TVS : Kalau dikira, ini kali kedua saya scan. First scan memang tak nampak langsung.



TAS : Ni masa kat Klinik Kesihatan. Dah la suami saya kerja kat situ. Nurse cakap suka la suami saya dapat kembar. Tapi sebab scan abdominal je, macam tak sure.



TAS : Kat Klinik Kesihatan hari yang sama. Tak jelas sangat. Hehehehe.



TVS 25/05 : Yang ni paling saya puas hati. Selalu tengok scan ni sebab nampak jelas kepala baby dan mata baby. Comel sangat awak kat dalam tu. :') Dr zoom kat jantung baby. Kelip-kelip. Yang bulat kat depan baby tu sumber makanan baby Dr cakap.


 TVS : Heartbeat baby. Masa ni la Dr Tasha cakap yang dia confirm baby okay. Sebelum ni kan saya bleeding, jadi dia tak berapa nak confirm. Subhanallah, macam tak percaya. :')


Saya lupa nak ambil gambar scan yang 2nd kantung nampak masa TAS kat kk. Masa TVS, rupanya macam blood clot, Dr kata macam kantung pun ye jugak tapi dalamnya kosong. Besar saiznya, dalam 3cm. Dr kata dia tak efek baby. Ada dua kemungkinan akan jadi dengan blood clot / kantung tu. 

  1. Saya akan bleeding.
  2. Badan saya akan absorb.
Jadi, saya on Proluton lagi hari tu untuk kuatkan rahim saya. Dr akan tengok balik next week.




 
TAS 1/06/15 : Masa scan dah nampak tangan baby. Tengok balik blood clot / kantung selepas seminggu, Alhamdulillah, badan saya absorb. :) Dah kecik dah, memang langsung tak obvious dah size dia. Dengar heartbeat baby jugak hari tu.


Dan 1/06 tu la kali terakhir saya dengan Dr Tasha, Dr pass saya ke Dr Habibah untuk check up baby dan untuk buka buku pink kat Pusrawi. Saya dah buka buku pink kat KK. Sekarang tengah bincang dengan suami nak teruskan kat kk atau Pusrawi. Fikir-fikir semua data saya ada dalam fail tu dan Dr akan maklum yang kandungan saya ni agak berisiko.


Tak sure lagi macam mana ni. Nanti fikir balik.


Saya masih on Duphaston, Dr Tasha suruh makan sampai 14 weeks.


Alhamdulillah, semoga baby sentiasa sihat. Amin...