Saturday, 2 May 2015

Alhamdulillah, All praises to Allah. :)


Tak tahu nak mula dari mana. Tapi Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan rezeki kepada kami suami isteri.



28/4/2015 - Dalam pukul 6 pagi, saya buat UPT memang terkejut sangat sebab dalam 15 saat line kedua tu muncul. Faint line, but it's there!

Masih rahsiakan dari suami dan semua orang,




Petang, 4.40 pm - Saya cuba sekali lagi test. Mana tahu yang first tu evaporation line. Kalau saya betul-betul pregnant, tak kira masa line tu mesti ada.



Yes! It's there.

Saya mula bagitahu suami. Suami saya tak percaya sebab sebelum ni saya pernah sekali dapat positive tapi separuh je line dia. Excited saya masa tu, dua tiga hari kemudian saya period. Huuu. Suami memang tak suka sangat kalau saya terlalu excited. Heeee.

Petang tu kami suami isteri keluar makan, saya ajak suami pergi Guardian sebab nak beli Clear Blue Digital. Saya yakin saya hamil.




29/4/2015 - Macam sebelum ni pukul 6 pagi saya bangun dan test. Mula-mula saya guna strip dulu, line makin terang dan kemudian saya guna Clear Blue Digital pulak. Saya siap buat dua portion urine hehehe.

Masa tengah loading berdebar-debar saya. Then, naik PREGNANT. Still loading weeks. Masa tu saya shaking tak boleh cakap, then keluar 1-2 weeks. Ya Allah, Alhamdulillah. Terus tunjuk kat suami, sebenarnya masa ni suami saya demam. Sebab dia demam la saya semangat nak test, sebab saya rasa suami alahan. Boleh pulak macam tu kan?

Suami dengan tak larat bangun, terkebil-kebil mata nak tengok tapi tak nampak sebab lampu tak bukak. Saya amik handphone suluh kat skrin tu. Hehe suami cakap, baguslah kemudian peluk saya. Heee.

masa keluar "pregnant" ya allah terujanya saya, dah banyak kali guna ClearBlue salu dapat "not pregnant"

alhamdulillah

Dalam tengah hari saya email Dr bagitahu yang saya dapat positive pregnancy test dan tanya Dr perlu ke saya jumpa dia hari tu. Dr cakap yes.

Petang tu, saya jumpa Dr. Dr buka rekod saya, Dr confused. Sebab saya baru CD20. Kenapa saya boleh dapat postive. Telur yang bila sebab last month dah buat blood test memang officially negative. Saya akan ceritakan details nanti. Lepas consult kejap Dr ajak scan. Masih tak nampak kantung sebab terlalu awal. Dr suggest untuk buat beta hcg blood test untuk confirmkan. Dr bekalkan saya Duphaston dan Folic Acid dan jumpa dia balik selepas 2 minggu untuk scan.

Pulang ke rumah tapi dalam hati ada sedikit risau sebab masih tak nampak kantung. Tak tahu lagi macam mana.

Malam, saya cuba test lagi. Masih ada. Alhamdulillah.


30/4/2015 -  Dalam pukul 10.45 pagi saya call nurse untuk tahu result darah saya. Nurse cakap mesin ada problem semalam so dalam pukul 11 lebih dia akan call saya balik. Saya pulak asyik nak pee je. Tengok phone ada 3 missed calls dari Pusrawi. Saya call balik dan nurse cakap;

"confirm dah ye, puan pregnant"

"ya Allah alhamdulillah, berapa weeks nurse?"

"alamak mana kertas tadi, saya tak ingat pulak. tapi masih awal ye sebab tu tak nampak masa scan"

"la ye ke, takpelah. alhamdulillah" frust sikit

"tahniah tau. **** dah tahu ke belum ni?" **** kawan saya and kitorang buat rawatan sama-sama.

"belum lagi, ingat nak bagitahu jugak kat dia nanti, risau pulak takut dia sedih."

"tu la..ni saya pulak yang terharu"

"terima kasih. saya lagilah nurse, alhamdulillah.."

"jangan lupa makan Duphaston ikut time tau"

"inshaallah, masa makan dia macam mana nurse. kena ikut time yang sama kan"

"8 pagi dan 8 malam pun boleh, make sure masa jangan lari jauh sangat ek"

"okay terima kasih nurse.."

"tahniah sekali lagi dan jaga diri.. assalamualaikum"

"waalaikumussalam.."






Dah macam OPK dah saya test. 2 kali sehari, risau sebab awal sangat lagi ni. Semoga Allah melindungi kandungan hingga selamat bersalin. UPT makin terang. :)

Okay, saya selitkan sedikit rentetan permulaan "so-called" alahan suami saya.

23/4/2015 - Hari tu, suami balik kerja kitorang sama-sama try perfume baru. Saya sembur kat saya, sembur kat suami. Ambil perfume suami sembur lagi. Lepas Maghrib, suami kata dia sakit kepala dengan asyik sendawa sebab angin. Lepas Isyak, badan dia panas. Panas sangat. Suami cancel nak main futsal, lepas tu dia "adoi, ni mesti duk bau perfume tadi la ni, saye dah la tak boleh bau macam-macam" Saya gelak tak berhenti masa tu.

Dalam pukul 10 makin panas, so saya cakap "jom pegi Pusrawi nak yunk, teruk sangat dah ni"

Sampai Pusrawi, suhu memang tinggi. Lupa lak berapa. Jumpa Dr dan Dr suruh masuk bilik hijau, bilik rawatan ada banyak katil kat situ. Nurse amik darah dan drip air vitamin. Kuning airnya. Hihi. Dalam 10 minit suami cakap mintak bekas dengan nurse sebab dia nak muntah.

Suami muntah, haih. Risau saya. Dalam pukul 12 tgh malam tu baru air habis. Result darah pulak, ada infection, alaaa keshian shuami shaye huuu. Dr bagi antibiotik dan ubat ape tah lagi. Balik rumah then esoknya suami MC.

Dalam sehari dua, masih demam tapi dah kurang.

27/4/2015 - Pagi sebelum pegi sekolah, saya salam suami. Masa tu saya dah pakai perfume yang sama sebelum ni. Nak jadikan cerita, dalam pukul 11 pagi suami call tanya ubat kat mana. Dia demam balik. Saya kata

"aik, cane syg leh demam balik ni? bukan dah okay ke?"

"ni sebab bau pefume pagi tadi la ni" 

"hahahahahaha, biar betul bub. bub alahan ni. pelik aih pelik aihhh hehehehe" saya memang ikut dan terlintas nak panggil suami ape. Syg la, Bubub la. Hihi.

"bukan laa, saye memang tak leh bau perfume tuuuuuu percayalah"

"hahahaha, ye la tuuuu. ubat ada kat almari tv tu"


1/5/2015 - Masa ni saya dan confirm pregnant. Alhamdulillah. Cuma masih menanti masa untuk melihat kantung dan kedudukan. Selagi tak tengok, gundah gulana saya.

Suami masih demam dan selsema sikit-sikit. Dia ambil antibiotik kat klinik dia pulak sebab tak cukup kot. Dan pagi ni suami kata  


"rase loya la pulak, takkan morning sickness kot?"

"yunk, serius tau by just rasa cepat letih dan asyik nak kencing je. early pregnancy selalunya memang ada rasa loya dan sensitif pada bau huuu, sorry kalau syg pulak yang kena alami benda-benda tu hihi" saya memang asyik gelak je.

"okay, tapi bayo saye hahahaha"

":P :P asyik bayo je kejenya hahahaha, by bayo installment ahh"


Alhamdulillah, hari-hari saya panjatkan syukur pada Allah atas rezeki yang diberi. Hari-hari doa agar selamat semuanya dan hari-hari jugak saya test. Menanti dan menunggu saat untuk scan. I love you, Baby. <3



*saya doakan kawan-kawan TTC yang lain akan dapat merasa pengalaman menjadi bakal ibu dan ibu. Allah uji kita tapi disebalik ujian, Allah sediakan rahmat yang sangat besar untuk kita lebih menghargai. Percayalah, kita semua boleh hamil. Yakin, yakin rezeki itu datangnya dari Allah*




Friday, 1 May 2015

Emotional sangat hari ni.


Semalam tak sempat tengok El Gamma Penumbra dalam Asia's Got Talent, tadi tengok la kat youtube, tu pun orang masukkan. Official punya tak de lagi. Terus emo. Rasa nak nangis, pastu dengar pulak lagu Thousand Years ni. Lagilah sebak.

Waaaa, nape entah emo semacam. Lagu ni ringtone saya sebelum kahwin. 7 tahun kenal suami sebelum kahwin, teringat susah senang dia, banyak tolong dan berkorban untuk saya. Sedihnya..

Suami keluar kejap, tu yang saya boleh emo sensorang. Okay nak layan cita happy lak. Papai.


Saturday, 25 April 2015

Shopping di NILE.COM.MY


Sebenarnya kan, dah lama duk usya website NILE.COM.MY ni. Sebabnya, murah dan kira mampu miliklah. Pastu tengok orang pakai cantik je. So, saya apa lagi. Cubalah nak menyopping kat situ hari ni.

Sebenarnya baru lepas buat payment, barang pun tak sampai lagi. Tapi excited nak up entry. HAHAHA. Pagi-pagi lagi dah duduk depan laptop dengan tape pengukur untuk check measurement, nasib suami takde kalau tak jenuh kena perli. Hehe.

Salah satu sebab nak shopping, sebab rasa macam pakai baju yang sama je setiap kali keluar. Bosan dah. Dulu masa tinggal di Terengganu dan Kelantan setiap minggu atau dua minggu sekali boleh topup baju baru. Macam mana boleh topup baju setiap minggu? Next entry la saya cerita. Tu pun kalau saya ingat :P



Tempting koot. :P 

NILE.COM.MY


Okay, kat bawah ni antara items yang saya beli.

 Tengok Cik Epal pakai baju ni cantik je. So saya belilah.


 Ada review orang kata scarf ni boleh jadi shawls, jadi saya belilah jugak :P Ada satu lagi shawls, tapi saya lupa print screen.


Baju-baju saya banyak warna biru. Kali ni amik based warna coffee pulak tapi still ada biru. Hihi.
 


NILE ni ada servis COD jugak and kalau beli RM100 ke atas dapat free shipping. Okay la kan, dalam RM100 boleh dapat macam-macam barang. Ngee.

Tak sabar nak tunggu barang sampai. Wee. 

:)




Tuesday, 7 April 2015

Random Semalam


Puji lagi gas lambat habis, semalam tengah masak aglio olio elok dia padam. Hahahaha. Sebab dah separuh jalan, saya sambung masak dalam rice cooker. Ngee.

Monday, 6 April 2015

Nasi goreng kampung versi Atkins.


Sebenarnya saya bukanlah pengamal diet atkins. Pernah lah cuba, tapi bertahan sampai tengah hari je sebabnya tengah hari tak tahu nak makan apa. Heee.

Tapi, malam ni datang semangat lah pulak. Lepas tengok kat group atkins tu, nampak macam sedap je. Kebetulan bahan semua ada so saya buat, esok tinggal panaskan dan tabur ikan bilis goreng je.


Cara:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk dan sedikit garam.
  2. Pecahkan telur dan kacau.
  3. Lepas telur masak, masukkan kubis bunga yang telah disagat/potong halus.
  4. Masukkan sayur pilihan masing-masing, dan cili.
  5. Balancekan rasa ikut suka.
  6. Taburkan ikan bilis yang telah digoreng.
  7. Siap!


Semangat nak diet tu datang kejap-kejap je, berkubur dah azam saya kat suami. Hari tu cakap nak turunkan berat untuk suku pertama tahun ni. Tapii, nan ado turunnya.



Sunday, 5 April 2015

Cubaan.




Tapi takdelah kot sampai nak halus cenggitu, wakakakaka. Kalau ye pun nak, rasanya macam tak mungkin je ianya menjadi kenyatan. Hehe.

 Tadi cuba buat, ishhh sakit, penat krem segala ada. Mengah terus lepas jumping jack tu. Okay, esok cuba lagi.

 

Friday, 3 April 2015

Cerita Gas


Tadi kat sekolah, ada kawan cerita pasal tong gas. Ye la dah masuk bulan GST dah kan. Mama pun ada cakap yang masa dia nak beli gas, orang tu kata 1.04 baru ada gas. Saje la tu simpan stok sebab nak naikkan harga.

Kawan saya duk bercerita la yang dia tukar gas dalam 3-4 bulan sekali sebab bujang dan duduk berdua je. Saya pun pernah la jugak terfikir, yang gas rumah kitorang ni dah masuk 2 tahun kot? Kitorang kahwin pun dah setahun tujuh bulan, suami tinggal kat umah ni sebelum tu lagi.

Hehehe, pernah la saya bagitahu suami, "gas rumah kita ni tak nak habis ke?" Suami kate "kalau nak cepat habis, masaklah tiap-tiap hari yeeeee hikhik" Amboiiiihhh, bukan saya tak masak okay. Kadang suami yang ajak saya makan kat luar. :P

Tapi tu la, lambat jugak gas tu nak habis ye. Kawan saya cakap "berkat la tu kot" Ihik! Berkat la sangat gas oi..