Kebetulan update blog ni, sy nak update la umur anak, rupanya dah closed website yang sangat popular ya untuk blogger dari zaman dulu. Haih. Tak boleh nak update dah laa. Sis biarkan je dulu la nanti dah tak function kita kasi buang.
Thursday, 12 January 2023
2023!! Pernah makan tak Percik Perut Ayam?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Wei dah 2023, ahahaha. Cepatnya masa berlalu and cepatnya anak-anak sy semua akan bersekolah mulai Mac nanti. Yang kecik tu pun tahun ni dah masuk 4 tahun. Alhamdulillah.
Bulan Disember lepas diberi kesempatan balik kampung. Kampung sy di Kelantan dan suami di Terengganu. Bila ada peluang balik kampung ni, memang akan di usahakan untuk balik dua-dua negeri sebab nanti i merajuk kalau balik Terengganu aje. :P
Masa balik Kelantan baru-baru ni, sy berkesempatan beli Percik Perut Ayam, suami sy memang tak makan la dia cakap tak boleh nak bayangkan tapi serius la sedap kot. Maybe kalau korang terbayang perut ayam tu idok la menyelerakan tapi ini dicuci bersih laa.
Selalu percik perut ni dijual sekali dengan nasi Air Dingin. Bukan la masak dengan air dingin, Air Dingin tu nama tempat. Betulkan kalau sy salah info. Makan dengan nasi panas sangat sedap. And Kelantan banyak makanan sedap. Sy memang tak boleh move on dengan Kuetiaw Celup Campur. Sedapnya. Dia tak sama macam sup. Dia ada rasa masam limau tu.
And try la nasi tumpang please. Nasi impit campur dengan masak kuning or selalunya sambal tumis udang, ada telur dadar dan serunding. Padu sangat rasanya. Katanya nasi tumpang paling sedap ada di Pasir Hor. Kali ni tak sempat nak pegi sana. Sy beli di vendor lupa namanya area Jalan Pekeliling.
Nanti ada masa sy update lagi. Ni selingan sahaja sambil study. Sy final exam Sabtu dan Ahad ni. Part time student sekarang. Doakan saya habis dengan jayanya bulan 10 nanti. Amiin..
Macam biasa kalau balik kampung, naik la 2 kg heheheh.
Sunday, 6 June 2021
fuh! fuh! fuh! tiup habuk sikit haha
assalamualaikum.
hai blog lamanya sy tak menaip ni. dah nak hampir setahun. alhamdulillah kehidupan semua berjalan lancar. belum terlambat lah sy nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada smeua pembaca blog. yang blog walking ke, yang google search ke hehe.
inilah family kecil sy. dari asalnya nak dapat seorang pun jenuh berendam air mata. alhamdulillah Allah maha pemurah Allah beri sy 3 anak lelaki. ye semua boys. fenin jugak baba dan ibu melayan tiga beradik ni tapi diorang ni sebab semua boys kan dia macam geng, kejap gaduh kejap nak share mainan buat aktiviti senyap-senyap pun iye jugak.
nanti ada masa sy menaip lagi. entah bila la pulak tu.
bye~
Thursday, 18 July 2019
Pregnant Lagi. Hehe.
Monday, 8 April 2019
Masalah Pepijat atau Bed Bugs
Friday, 1 February 2019
Nuh dan Ali
Nuh Huzaifah 3 years old
Ali Luthfi 1 year old
Alhamdulillah.
Lamanya tak update
- Baru ada hati nak buka blog. Semuanya tergendala sebab laptop rosak, kat sekolah tak guna komputer sangat kecuali time kena key in data atau buat kerja penting.
- Ali dah setahun dah lebih dah. Alahai cepat je masa berlalu. Kite guna apps blogger ni, macam mana nak masukkan gambar ye? Tak jumpa pulak.
- Nuh dah 3 tahun. Teringat zaman ttc nak dapatkan Nuh ni. Alhamdulillah.
- Nak try godek untuk masukkan gambar jap.