Friday, 13 February 2015

TTC 6 - Next step


Lama betul nak boleh ke update blog ni. Zaman bujang dulu, rajin nau hari-hari update. Lepas kahwin, banyak yang takdan. Hehe. Lepas HSG, Isnin review result dengan Dr. Okay je semua, hari tu tak TVS pun. Kalau dikira, lepas ni terus IUI, tapi sebab saya tak pernah lagi amik Clomid, so Dr suggest untuk try dulu 1 atau 2 cycle. Kalau tak berjaya, proceed IUI.

Sekarang tengah tunggu period datang. Frust betul kot, dah 3 cycles okay je period walaupun 35 hari. Ni dah CD42, tak period pun lagi. Cuma sekarang spotting je, ingat spotting beberapa hari datanglah period, tapi nan hado. Haih, maybe saya stress sangat 2 minggu lepas tu yang lambat tu. Takpun sebab banyak makan. Geram pulak bila fikir pasal kerja ni.

So sebab takde tanda-tanda lagi nak period dan maybe tak period bulan ni, saya dah book untuk bekam Isnin depan. Lama dah tak bekam. Dulu saya bekam di Sri Gombak, kali ni saya cuba cawangan Noraini Bekam kat KL ni. Dengan Kak Fina.Nak buat bekam kesuburan. 2 cup kat perut, 6 kat badan. Harap semuanya okay.


Daaa~

Saturday, 17 January 2015

TTC 5 - Pengalaman HSG saya.


Baru ada peluang nak menaip. Sibuk sangat sebab dah bukak sekolah ni. Sabtu lepas saya berpeluang untuk merasai pengalaman prosedur HSG. :)


sumber : google



Apakah Hysterosalpingogram (HSG)?



HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

 
sumber:google


Bila prosedur ini boleh dilakukan?



Ujian HSG hanya akan dilakukan pada hari 10-13 dalam kitaran haid. Ini adalah bagi mengelakkan ujian dijalankan pada masa subur. Ujian ini boleh mengakibatkan kekejangan kepada perut akibat kemasukan dye, namun begitu kesan ini sangat minima dan tidak membawa kesan negatif kepada pesakit.


So, kitorang sampai Pusrawi dalam pukul 10 dan buat pendaftran dan masa tu saya CD10. Sebab hari Sabtu sibuklah sikit sebab diorang separuh hari je. Saya memang nak buat hujung minggu so tak payahlah nak ambik mc or cuti.

  1. Duduk kejap dengan suami kat depan, nurse panggil masuk dalam bilik dan salin pakai baju yang telah disediakan. Warna purple bajunya. Hihi.
  2. Nurse suruh duduk kejap sebab Dr sibuk ada banyak patient. Dalam 15 minit kemudian, nurse suruh baring dan buka kaki macam nak bersalin tu.
  3. Dr datang dan mulakan prosedur. Takut jugak tapi nurse suruh rilex dan letak kedua tangan atas bantal.
  4. Dr masukkan spekulum dan rod panjang dan masukkan dye.
  5. Masa Dr masukkan dye tu rasa jugak senak.
  6. Dr suruh mengiring skit ke kanan untuk snap pic, yang ni senak dia lain macam.
  7. Lepas tu mengiring ke kiri. Senak/sakit tapi terkawal.
  8. Dr keluarkan semua alat, sambil saya dalam keadaan baring Dr review result saya dengan tunjuk gambar-gambar dari mula sampai habis. Ada 6 keping semuanya.

Lepas rehat kejap, bersihkan mana patut dan salin baju balik. Bleeding jugak sikit tapi sehari je. Esoknya dah kering. Keluar dari bilik tu saya cari suami saya. Sebabnya beg dan phone semua kat dia. Tengok depan kaunter dia takde, tahu dah ni mesti pegi cafe kat depan bahagian radiologi tu. Amboi, sedapnya dia makan nasi lemak sebungkus. Hahahaha. Saya duduk situ dan suami tanya nak makan tak. Saya kata tak nak la. Suami kata, sedap ni rugi kalau tak rasa. Suami bangun dan ambik 2 bungkus nasi lemak. Menambah dia makan noh..

Tengah makan, nurse call tanya ada kat mana. Hehehe. Kelakar pulak, patutnya keluar dari bilik tu kena terus pegi kaunter amik resit untuk buat bayaran, saya elok datang makan dulu. Lepas makan, setelkan bayaran.

Alhamdulillah, result tube saya okay. *Wink2* Tunggu Isnin untuk review result penuh dengan Dr Nastasha.

Nanti saya ceritakan pulak consultation saya dengan Dr Natasha pada hari Isnin tu. :)

update: HSG di Pusrawi RM300, campur dengan apa lagi ntah total semua RM314.

Till then,
Daaaaa..

Monday, 12 January 2015

Alhamdulillah


Dah setel HSG, nanti saya cerita-in. Busy bila dah start buka sekolah ni. Ahaks!



Friday, 9 January 2015

Dup dap dup dap, esok HSG


Since saya dah period 1 Januari lepas, saya call untuk buat HSG pada 10hb. Then email Dr Natasha bagitahu yang saya booked pada CD10 untuk HSG. Dr suruh saya jumpa dia. So saya pilih hari Rabu.

TVS untuk check rahim dan ovari. Sebelah kanan ada telur yang sedang membesar. Semuanya okay dan boleh proceed untuk HSG esok hari. Sebelum ni Dr dah bekalkan saya dengan ubat dan borang. Dr bagi saya Zithromax 4 biji untuk dimakan malam ni. 4 biji sekaligus dan Clebrex untuk sebelum HSG dan 1 biji lagi petang, petang tu makan kalau sakit.

Btw, Dr cadangkan lepas HSG next cycle boleh buat IUI. Saya nak jugak tapi saya nak turunkan berat badan dulu. 5-10% dari berat sekarang. Susahnyaaaaa nak turun berat ni....Ape pun Dr kata, jangan fikir sangat lagi pasal IUI, kita setelkan HSG dulu. :) Result review hari Isnin depan.

Saya akan buat HSG ni kat Pusrawi. Kos dia RM300. Yang ni tak cover la. Huhuhu. Berdebar-debar pulak. Sekarang tengah Google maklumat pasal HSG. Yang penting mental kena bersedia. Wish me luck!!

Friday, 26 December 2014

TTC 4 - Spotting selepas period dan form untuk HSG


Lamanya tak update pasal TTC saya ni kan. Nak menaip pun kekok, nak susun ayat lagilah. Saya balik kampung lama jugak cuti sekolah ni, 2 minggu. Hee. Isnin lepas, jumpa dengan Dr.Natasha sebab sebab saya nak tanya tentang saya spotting selepas period dan decide untuk HSG.

Dr. buat speculum untuk check samada ada discharge atau polips. Dr. kata ada merah-merah je. So lepas tu terus TVS. Masa TVS, Dr kata rahim saya tebal dalam 20mm macam tu. Akhir bulan ni kena buat pregnancy test dulu. Sebelum ni pernah dah rahim saya tebal 20mm. Hmm.. Haih. Jadi saya tak letak la harapan.

Jadi, Dr. dah isikan form untuk HSG. Once period, CD2 dah boleh call buat appointment untuk HSG on CD11 atau CD12. Yang penting, period. Bukan spotting.

Can't wait for HSG!!

Friday, 19 December 2014

Lulur melulur.



Semalam, suami dan saya sepakat nak lulur badan masing-masing. Alah, lulur kat rumah pakai ape yang ada je. Saya lulur suami dulu, then suami lulur saya pulak. Kitorang tumpukan bahagian belakang sebab kat situ la kita jarang tonyoh.


Hujung tahun lepas, Farmasi Color Cosmetic (FCC) buat jualan gudang sempena ulang tahun diorang, banyak la saya borong. Sebab saya suka sangat CC Cream dia. Best! Bedak Silky Touch, scrub dan macam-macam lagi. :)

Berbalik pada lulur badan, saya kemain tau lulur suami lama, satu badan kot. Macam kat spa dah. HAHAHAHA. Tapi beliau, lulur belakang saya T____T Hari tu saya pegi spa buat facial je, tak sempat nak lulur sebab takde mase. Facial pun dah nak dekat 2 jam.

Apa saja untukmu duhai suami.. Hihi.


Thursday, 18 December 2014

Curi masa sikit.




Sejak saya balik dari kampung Ahad lalu (suami ambil kat sana), bermula dari hari Isnin sampailah ke hari ni (Khamis), suami ajak saya keluar time dia rehat tengah hari. Kadang-kadang saya ajak dia pergi sarapan dulu. Hihi.

Sebenarnya saya ingat hari ni hari Jumaat, pelik pulak suami ajak keluar awal. Saya ingat keluar awal sebab nanti nak solat Jumaat (heh!). Rupanya suami nak survey kasut untuk kitorang. Lame dah jugak saya nak kasut sebab kitorang kadang keluar naik train, bas, jalan kaki. Seronok macam tu, tak yah hadap jem dan nak bayar parking. Yang termasuk dalam pilihan

Nike Air Max

Tapi, survey memang lebih cuma belinya tak tau la bila. Hahahaha. Salu dah macam tu. TV pun sama, survey dari tahun lepas, belinya baru 2 hari lepas. Kuikuikui.











Macam tak keje je orang yang tengah pilih baju tu. Hihi.